Azwar Syuhada

Tuesday 10 September 2024

Trip ke Setiu Wetlands, Terengganu [3H2M] bersama Vacayzen [Part 1]
10:22 pm0 Comments

 Salam to all readers,


| Trip ke Setiu Wetlands, Terengganu [3H2M] bersama Vacayzen [Part 1] | Korang percaya tak, aku umur sekarang baru dapat jejak Terengganu. Ia akhir bulan 7, aku berjaya meneroka Setiu Wetlands dengan mengikut travel agent dari Vacayzen. Aku ajak Zaza sekali bagi meraikan aku resign. Ia I need vacation after resign. hahaha.. Punya semangat plan nak pergi Dabong awalnya, alih-alih jumpa pakej pergi ke Setiu Wetlands tak sampai RM500 seorang, teruslah grab. Trip ini adalah trip untuk 3 hari 2 malam bermula dari 27-29 July 2024. Sumpahh aku cakap, aku seronok and enjoy every moment.


Sebab aku tak ada tempat nak meluahkan detik-detik keseronokan ini, aku share dalam blog. Kot-kot next time korang nak plan ke sini. Aku disclaimer siap-siap ya, this trip bukan sponsorship, aku cari sendiri dan bayar dan enjoy the trip. Setiu ini senang cerita ia kawasan kampung yang cukup menenangkan, jauh dari bandar, jauh dari kesibukan ibu kota. Kalau korang takde kampung nak merasa sendiri suasana kampung, aku suggest korang datang sini. Sebabkan aku banyak masa terluang sambil survey kerja baru, aku ingin dedikasi travelog Setiu Wetlands Terengganu aku dalam blog.


27/8/2024 - Berkumpul di Terminal Bas Selatan seawal jam 8.00am



Btw, aku gerak sekali dengan travel agency yang aku pergi ini. Ikutkan jumpa dekat Setiu, tapi kami dua ni malas nak naik bas. Saje tanya kot-kot boleh tumpang kalau dari KL, alhamdulillah kebetulan dorang pun dari KL juga, dapatlah bergerak sekali, just tambah RM90 per head untuk duit minyak dan kudrat orang yang drive. hehe..


Perjalanan KL ke Setiu Wetlands, Terengganu mengambil masa lebih kurang 5 jam jugalah. Sempat jugalah aku buat tahu mata dekat dalam kereta. Pantang masuk kereta tahunya nak lelap sahaja. hehe.. Jalan tak berapa nak jem sangat pada hari kiteorang gerak tu. Kami berhenti makan tengahari area Terengganu. Lepas makan kami pergi ke bengkel kereta, tetiba no plat kereta tercabut 1 huruf, teruslah pergi tampal. Kang tak memasal kena tahan pula.


Kami sampai ke Setiu Terengganu sekitar jam 2.00pm petang macam tu. Terus check in homestay, berehat lepas solat Asar baru bergerak ke rumah Tok. Nak tahu apa aktiviti kiteorang buat dekat rumah tok tak? Scroll la sampai habis.


1)  Belajar Membuat Satar dengan Mak Ngah &Amira




Satar merupakan salah satu makanan tradisi bagi orang negeri Terengganu. Ia diperbuat daripada ikan dan parut kelapa. Kami datang-datang, ikan dah ada, cuma tinggal nak kena parut kelapa dan juga belajar bagaimana nak membungkus satar dengan molek. Aku ni dah lama tak main ukiran seni, parut kelapa aku still gigih buat, bila tang membungkus satar ke laut, asyik nak tertanggal. Mak Ngah dengan Amira cukup expert bab membungkus satar. Selesai membungkus barulah dibakar, bakar tak perlu lama sangat, bila agak bungkusan satar tersebut dah sedang elok dibakar bolehlah diangkat.





Ini merupakan pertama kali aku belajar membungkus satar dan ketahui macam mana ia dibuat. Lagi satu, satar ini cukup sedap bila dijamah. 



Muka bahagia, nampak satar dah siap masak. Habis licin kiteorang makan satar. Sungguhpun balutan aku herot berot, menjilat jari jugalah kami semua perhabiskan. 


Selesai  membuat satar, kiteorang kembali balik homestay, dan bergerak keluar semula selepas solat Maghrib, kami makan area pantai penarikan. Makanan sini fresh ya, sambil layan bunyi ombak. Masing-masing muka happy bila dapat makan ikan siakap masam manis. Licin lincau jugalah semua hidangan kiteorang makan. Lepas kenyang makan malam kiteorang pergi tengok wayang kulit dekat area kedai makan tu juga.





2) Layan Wayang Kulit di Pantai Penarikan


Trip ke Setiu Wetlands, Terengganu [3H2M] bersama Vacayzen [Part 1]

lama juga mukadimah nak masuk jalan cerita. Masing-masing muka dah mengantuk, penat jalan jauh. Sudahnya kiteorang berangkat pulang awal sikit sebelum wayang kulit berakhir. Aku pun tak berapa faham apa yang dikeceknya, bahasa Terengganu pior orang kata. heheh..


Esoknya, kami kena bangun awal, ada aktiviti outdoor yang kami kena redah. Nak tahu apa dia? Nantikan part 2. 


Thank you for reading guys!

Reading Time:

Tuesday 27 August 2024

Klinik Rawatan Aesthetic dan Penjagaan Kulit Berkualiti
8:00 am1 Comments

 

| Klinik Rawatan Aesthetic dan Penjagaan Kulit Berkualiti | Dalam dunia yang semakin menekankan pentingnya penampilan dan kesihatan kulit, klinik aesthetic telah menjadi destinasi utama buat mereka yang mencari rawatan yang berkualiti tinggi. Klinik aesthetic bukan sekadar tempat untuk membaiki penampilan fizikal, tetapi sedikit sebanyak dapat memulihkan keyakinan dira dan kesejahteraan keseluruhan. Nak-nak kita yang kaum wanita ini, agak mencabar untuk mengatasi masalah jerawat, jeragat, dan masalah pigmentasi.



Kadang-kadang isu inilah buat kaum wanita jadi murung. Muka berjerawat pun boleh buat ‘people down’ sebab kurangnya keyakinan diri. Yup, aku sendiri pernah mengalami fasa ini.


Mujur dengan teknologi canggih dan rawatan yang disesuaikan mengikut keperluan individu, klinik aesthetic menawarkan pelbagai perkhidmatan, daripada rawatan kulit wajah, laser, sehingga ke prosedur non-invasif yang bertujuan untuk meningkatkan kecantikan semula jadi seseorang. Malah, dengan merujuk klinik aesthetic, pelanggan dapat berkomunikasi terus dengan doktor tentang masalah yang dialami dan apa langkah yang harus diambil. 


Cara untuk Memilih Klinik Aesthetic yang Terbaik

Nak pergi ke klinik aesthetic bukan boleh tangkap muat sahaja. Doktor aesthetic adalah doktor yang khusus memberi rawatan aesthetic untuk meningkatkan penampilan fizikal seseorang. Dimana, doktor ini semua harus memiliki  kelulusan perubatan jika mahu membuka sesebuah klinik aesthetic. Antara cara mudah korang wajib lakukan untuk memilih klinik aesthetic yang terbaik adalah:


Periksa Kredibiliti Doktor & Klinik Aesthetic

Kredibiliti seorang doktor memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti rawatan yang akan diterima. Pastikan doktor yang menjalankan prosedur di klinik aesthetic tersebut mempunyai kelayakan yang sah dan diiktiraf oleh badan perubatan dimana, doktor aesthetic biasanya mempunyai kelulusan perubatan seperti doktor perubatan (MD) atau doktor pergigian (DDS/DMD).


Selain itu, periksa latar belakang klinik aesthetic tersebut, sama ada ia mempunyai lessen yang sah dan reputasi yang baik atau tidak dalam industri.


Feedback dari Pelanggan

Rajinkan diri baca feedback daripada pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan di klinik aesthetic tersebut. Boleh rujuk di official website klinik aesthetic sendiri, ataupun boleh buat carian di platform Google, atau facebook. Boleh fokus pada komen tentang profesionalisme doktor itu sendiri, kebersihan klinik dan juga keberkesanan rawatan. Ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada kita sendiri untuk meneruskan rawatan di klinik aesthetic tersebut.


Periksa Jenis Rawatan & Teknologi yang Ditawarkan


Klinik aesthetic yang terbaik biasanya menawarkan pelbagai jenis rawatan yang menggunakan teknologi terkini. Semak senarai rawatan yang disediakan oleh klinik aesthetic tersebut dan pastikan menggunakan peralatan moden dan selamat. Rawatan seperti laser, botox, filler dan rawatan kulit lain memerlukan teknologi canggih untuk mencapai hasil yang optimum.


Pertimbangan Kos dan Pakej Rawatan


Setiap klinik aesthetic mempunyai kos rawatan yang berbeza-beza. Bandingkan harga dan pakej rawatan yang ditawarkan oleh beberapa klinik. Pastikan harga yang dikenakan sepadan dengan kualiti perkhidmatan ditawarkan. Jangan lekas tergoda dengan harga terlalu murah kerana ia mungkin menunjukkan kualiti rendah atau penggunaan bahan yang tidak selamat.


Persekitaran & Layanan Pelanggan


Persekitaran klinik yang bersih, selesa dan moden membawa ciri-ciri klinik aesthetic tersebut menjaga standard keberishan profesionalisme. Layanan mesra pelanggan dan responsive juga penting. Klinik aesthetic yang baik akan memberi consultant yang teliti sebelum mencadangkan rawatan, serta menjawab segala pertanyaan pelanggan dengan jelas dan jujur.


Lokasi yang Strategik


Lokasi juga memainkan peranan penting untuk kita dating buat rawatan. Kebiasaannya, orang sangat selesa bilamana lokasinya terletak dikawasan strategik seperti berdekatan dengan public transport, senang nak akses pakai waze, ruang parking kereta yang banyak, dekat dengan tempat makan, mudah nak dapat Grab. Bila dekat dengan kemudahan macam ni, orang pun seronok nak datang.



Kenali Klinik Dr Bazilah – Klinik Rawatan Kulit, Aesthetic & Rambut

Dr. Bazilah nama diberi merupakan pengasas klinik aesthetic ini. Muda dan ramah orannya. Terdapat 4 cawangan Klinik Dr Bazilah iaitu di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Seksyen 13, Shah Alam, Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur dan juga Persiaran Surian, Kota Damansara. Keempat-empat cawangan klinik Dr Bazilah ini senang di akses menggunakan Waze. Aku sendiri pernah mengunjungi Klinik Dr Bazilah cawangan Kota Damansara, sumpah aku cakap interior klinik Dr Bazilah sini cukup cantic dan selesa, ruang menunggu pun luas, staff mereka pun sangat ramah orangnya. Adik aku pergi cawangan Shah Alam untuk mendapat consultant perihal backacne dengan jerawat dekat muka. Alhamdulillah sekarang, jerawat belakang badan dia pun dah 10% hilang. Aku sendiri amaze.


Yes, Klinik Dr Bazilah juga turut menyediakan perkhidmatan consultation, so korang boleh berkomunikasi secara bersemuka apa masalah kulit wajah atau rambut yang dihadapi, dan doktor di sini akan bantu untuk menyelesaikan dan memberi cadangan untuk rawatan terbaik. Jangan khuatir, kerana Klinik Dr Bazilah ini merupakan LCP klinik yang telah diiktiraf. Kesemua doctor disini, doctor yangtelah diiktiraf dan mempunyai Health Practitioner yang berlesen dari KKM. Jadi boleh pergi dapatkan rawatan di sini tanpa ragu-ragu.





Antara Rawatan yang ditawarkan di Klinik Dr. Bazilah

  •  Rawatan jerawat
  •  Rawatan parut jerawat
  •  Ekzema
  •  Psoriasis
  • Allergy
  • Skin Pigmentation
  • Masalah Rambut/ rambut gugur
  • Aesthetic
  • Fungal
  • Minor Surgery - skin tag removal, wart removal, callus, mole removal, pyogenic granuloma removal
  • Sexual Transmitted Disease - Syphillis, herpes infection, gonorrhea, chlamydia

Feedback Pelanggan Selepas Mendapat Rawatan di Klinik Dr. Bazilah

 

Ini antara feedback dari pelanggan yang telah membuat rawatan di Klinik Dr Bazilah. Jelas kelihatan, feedback yang diberikan mendapat impak positif. Jadi, korang tak perlu was-was lagi untuk kesini untuk membuat rawatan wajah mahupun rambut.










Boleh lihat perbezaan before and after rawatan kulit wajah.



Lokasi Klinik Dr Bazilah

Buat korang yang ingin mendapatkan rawatan kulit mahupun masalah rambut, korang boleh consider Klinik Dr Bazilah ini hah. Nak mudah boleh buat temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan menunggu lama bila walk in. Boleh kunjungi Klinik Dr Bazilah yang berdekatan dengan korang. Ada 4 buah cawangan seperti yang tertera di bawah:


Klinik Dr Bazilah, Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931

Klinik Dr Bazilah, Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5035 7359

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000, Kuala Lumpur
Tel: 013 – 817 7005

Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-76613950

 

 Untuk makluman lanjut mahupun info terkini boleh ikuti Klinik Dr Bazilah di social media:

Whatsapp Kami Sekarangwa.me/60196571563
Facebook: klinikdrbazilah
Instagram: @klinikdrbazilah





Reading Time:

Friday 16 August 2024

Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 2]
12:18 pm1 Comments

Salam to all readers,


 Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 2] |  Ikutkan di Madinah tak banyak aktiviti, lebih kepada aktiviti sendiri. Justeru, masa yang ada banyak habiskan masa dalm masjid. Setiap waktu solat, orang dah penuh dekat masjid. Jadi, kiteorang akan gerak sejam awal. Jarak hotel nak masuk pintu masjid sangatlah dekat. 


Kalau korang nak bersedekah, better bagi petugas yang dalam masjid berbanding yang dekat luar. Sebab sekali kau bagi sorang dekat luar, dia panggil geng dia kerumun kau sorang. Budak-budak boleh sedekah jajan, ada setengah pak arab ambil, ada setengah diorang tak bagi anak dia ambil. Depend.


Dekat Madinah, korang berpeluang bagi burung merpati makan. Ada kawasan lapang situ, petang-petang banyak burung. Boleh beli makanan burung dekat adik yang berlegar-legar dekat kawasan tu.





Sekarang orang buat Umrah macam orang pergi Haji, sangat ramai manusia. Kita ibarat semut je dekat sana. Rumah Allah sangat ramai orang. Percayalah, ada rezeki Insyallah korang semua akan dijemput kelak. Dalam hati aku, no wonder orang suka pergi tiap-tiap tahun. Tempat ini cukup mendamaikan. Pergilah travel luar negara sejauh mana sekalipun, rumah Allah ini paling indah.


Alhamdulillah, sepanjang berada disana, semua baik-baik sahaja, jemaah-jemaah semua ramah dan prihatin, rakan sebilik, kak dila & Mama pun baik sokmo. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi. Sampai ke harini, group whatsapp Umrah masih ada yang bertanya khambar. Hari last kami di Madinah, selepas solat Zohor di masjid, kami dah siap-siap tunggu di kawasan lobby, untuk bergerak ke airport. Masing-masing waktu tu dah tak sabar nak balik Malaysia. Kalau nak datang kembali ke sini, rajinkanlah berdoa supaya Tuhan jemput kita ke rumahnya setiap tahun, cukupkan kewangan kita, bagi kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadah, semoga dipermudahkan segala urusan. Insyallah, Tuhan akan tunaikan kalau takde aral melintang.



Kenangan bergambar bersama kak Dila dan mamanya di airport sebelum terbang. Nak tunggu masuk bagasi pun take time, sebab orang ramai sangat. Alhamdulillah masing-masing jemaah dapat bawa air zam-zam balik. Semoga umrah yang kita semua lakukan diterima Allah. Penerbangan balik pada belah malam, aku sampai dekat tengahari juga di Malaysia. Penerbangan mengambil masa 8 jam juga. Alhamdulillah, semuanya selamat sampai ke Malaysia.


Ada rezeki kita berjumpa lagi! Thank you for reading guys!


Reading Time:

Tuesday 13 August 2024

Trip Taman Negara Pahang with Random People (2Days1Night) - Part 2
10:19 pm1 Comments

 Salam to all readers,


| Trip Taman Negara Pahang with Random People (2Days1Night) - Part 2 |  Okay kali ini aku nak sambung cerita apa aktiviti kami lakukan sesudah sampai ke Taman Negara. Sejurus kami bersiap bersihkan diri, lepas Zohor berkumpul di perkarangan dewan makan, dah cukup peserta baru kami bergerak.


Antara aktiviti yang dapat dilakukan di Taman Negara, Pahang


1) Melawat Perkampungan Orang Asli

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah melawat perkampungan orang Asli. Dimana kami melawat suku Bateq. Untuk ke kampung mereka still kena naik bot, orang asli disini masih mengekalkan tradisi mereka dan mengamalkan kepercayaan anismisme. Cuma dorang dah upgrade, dah pakai baju, ada yang belajar tinggi sampai ke menara gading lagi. Salah satu amalan dorang, sekiranya ada kaum dorang mati disitu, mereka akan auto akan berpindah dikawasan lain.


Dalam pada mendengar susur galur suku Bateq, kami turut didedahkan bagaimana untuk menyumpit. Orang disini, budak belasan tahun sudah diajar untuk memburu. Menarik juga belajar menyumpit ni, even aku tak lepas buat. Kami turut didedahkan macam mana nak menyalakan api without mancis. Yalah duduk hutan, semua sumber semulajadi. Orang asli biasanya lebih cenderung merawat penyakit sendiri berbanding untuk ke hospital/klinik. Sebab jauh, daun-daun, tumbuh-tumbuhan dalam hutan inilah ubat mereka. Dorang tahu mana satu boleh dipetik, mana satu yang beracun.






2) Rapid Shooting Sungai Tembeling, Pahang

Masa yang dinanti-nantikan. Actually, banyak-banyak aktiviti orang tertarik nak ke Taman Negara Pahang adalah disebabkan aktiviti rapid shooting Sungai Tembeling ini. Sejurus kami selesai melawat perkampungan orang Asli. Kami terus bergerak ke kawasan perkarangan rapid shooting sungai Tembeling. Ada kawasan yang selamat untuk bermain air ni, sebab sungai ini kedalamannya dalam ya. Phone kalau jatuh, susah nak diselamatkan balik. Jadi berhati-hati sewakti bermain air ini.


Abang yang bawa bot tu memang laju gila bawa, semua habis basah lencun. Lebih kurang 30min jugalah kami dibanjiri air, dan masing-masing menjerit tak ingat dunia. Ini paling syok, lagi ramai korang pergi lagi best. Trip kiteorang lagi happening bilamana bergabung dengan group lain. Lagi meriah rasanya.





Selesai aktiviti Rapid Shooting, kami bergerak balik sampai sahaja dekat port dom kami, kami terus sambung mandi Sungai sehinggalah terbenam matahari. Happening gila, banyak syok


3) Night Jungle Walk area Taman Negara


Belah malam pula, kiteorang ada Night Jungle Walk di belakang Chalet Mutiara Taman Negara. Jadi kena jalan senyap sebab kita lalu belakang chalet orang menginap. Muka masing-masing excited nak tengok binatang.










Kami berpeluang tengok kala jengking yang besar, dia akan keluar bila ada cahaya gelap macam ni, dan bunyi senyap. Kiteorang dilarang buka headlamp. Jadi follow rapat-rapat orang depan. Almost 1 jam setengah jugalah kami lakukan night jungle walk ini. Balik kem site semua masam-masam, ada continue lepak dekat sungai lagi.


4)  Hiking Bukit Teresek


Pada keesokan harinya, kami bersihkan diri siap-siap kemas barang, sebelum menjalankan aktiiti terakhir iaitu hiking Bukit Teresek.









Ini jelah muka-muka yang berjaya naik ke puncak Bukit Teresek, had lain duduk tunggu dekat bawah. Sekitar 2 jam jugalah untuk mendaki Bukit Teresek ini, dia punya tangga kalah Gunung Kinabalu. Sakitnya tu di sinii.

Setelah berjaya turun kami sempat naik ni, buat kenang kenangan, jambatan gantung dalam Taman Negara, nice gila!


Setelah turun, maka berakhirlah pengembaraan jelajah Taman Negara Pahang. Next round, kita pergi belah lain pula. Pada aku kalau korang nak ke Taman Negara pahang ni, better carpool dengan kawan-kawan senang sikit, untuk dapatkan bas / kereta sapu macam tipis je peluang. Sebab kawasannya dahlah jauh kedalam. Package kami ini total berharga RM2,280


Package include:
✅Accommodation, Meals (1B, 2L, 1D)
✅Night jungle Walk
✅Jungle Trekking
✅Canopy Walkway
✅Rapid Shooting
✅Visit Orang Asli Village
✅Guide, & Boat,
✅4×4 Shuttles
✅Permit Entrances (RM1 /PAX)

Kami ambil package Glamping Balcony (RM285/1pax)


Siapa nak pergi taman negara Pahang boleh direct dengan Danzecoresort ni, memang puas hati seris nya. Dari tempat tinggal, aktiviti, guide, makan semua tip top! Thank you!




#tamannegarapahang #tamannegara #kualatahan #nationalparkmalaysia #danzecoresort



Reading Time:

Friday 9 August 2024

Trip Taman Negara Pahang with Random People (2Days1Night) - Part 1
12:21 pm0 Comments

 Salam to all readers,


| Trip Taman Negara Pahang with Random People (2Days1Night) | Guys, trip ini awal tahun haritu, disebabkan aku kekangan masa sibuk dengan kerja sampai takde masa nak update, now tengah career break sambil mencari kerja baru. So let's go story balik dalam blog. Actually kiteorang plan nak pergi Taman Negara Pahang since last year lagi, lepas tu hujung tahun lepas banyak isu air pasang, banjir semua, delay punya delay terus proceed ke bulan 1, 2024. Aku pergi dengan kenalan-kenalan adik saudara aku.


Actually budget ke sini per person harga rahmah je, tapi pulun jugalah kumpul duit. Hidup ini keras geng! Nak pergi jenjalan een budget kesana murah, nak taknak kena bawa extra money juga untuk persinggahan tak dijangka. Apa itu persinggahan tak dijangka? Perjalanan nak kesana, duduk dalam kereta mesti lapar nak mengunyah, beli jajan dekat station minyak, pergi breakfast dekat luar sebab gerak awal pagi. Duit minyak, duit toll tu semua kos tak dijangka. Janganlah bawa duit cukup-cukup.



Kami pergi naik 2 kereta, 8 orang kesemuanya. Nak naik public transport macam payah pula nak dapat untuk kesana. Jadi decide bawa 2 kereta (wakil dari kiteorang juga, then tong-tong minyak + tol). Trip ini selama 2 hari 1 malam, aktiviti agak pack jadinya penat sedikit. Kami gerak dari Selangor jam 4am, then bertemu dekat area Gombak sana, then gerak sekali ke Taman Negara Pahang. Kiteorang gerak kira awal jugalah, sebab around jam 8am dah sampai Jerantut, jadi singgah breakfast dekat D Kayu Asam Burung. Masing-masing muka kelapara cari makan. 


Breakfast di Asam Burung Jerantut









Warung ini yang nampak dekat fyp TikTok, tapi rasa biasa-biasa je. Takdelah wow sangat. Dari Jerantut nak ke Taman Negara Pahang mengambil masa 2 jam lebih juga. Tapi kira awal juga kami sampai. Sekitar nak pukul 12pm kiteorang dah sampai dekat tempat parking kereta Kompleks Kuala Tahan. a, kena parking kereta dalam ini, tunggu 4x4 pick up untuk ke dom. Kalau bawa kereta masaklah, laluan tanah merah dia mencabarr.


Parking kereta berbumbung : RM10
Tak berbumbung: RM5


Jarak dari parking kereta ke kawasan Taman Negara hanya 15min sahaja. Jalannya sangat mencabar ya, gasaklah sape duduk hujung sekali, bontot tak cecah tempat duduk, naik tunggang terbalik dibuatnya. Bila dah sampai masing-masing gelak je.





Disebabkan kiteorang sampai awal jadinya, makan tengahari terus before check in glamping. Lauk hidangan dia memang padu, dari hari pertama kiteorang sampai sehinggalah keesokan harinya hari nak balik.




Inilah lauk hidangan yang disajikan kepada kiteorang. Ikan patin dia sedappp bakk hang. Semua lauk memang tiptop. Masa hari kiteorang datang, owner Taman Negara kiteorang menginap ini turun padang sekali. Cukup ramah orangnya.







Selesai makan tengahari barulah kami bergerak ke glamping balcony, rehat dan solat zohor. Lepas solat Zohor baru kiteorang mulakan pengembaraan jelajah Taman Negara.

Glamping Balcony, Taman Negara


Inilah dia glamping balcony, luar tu ada ruang nak lepak. 1 khemah 4 orang. Khemah kiteorang ada 2, sebelah menyebelah. Sangat selesa. Even rupa khemah ini tiadalah aesthetic sangat tapi amat selesa, tilam, bantal, selimut pun ada. Khemah pun bersih. Jarak pergi ke tandas pun dekat sahaja. Malam kemain sejuk. 

Trip Taman Negara Pahang with Random People (2Days1Night) - Part 1


Ikutkan adalah khemah yang look aesthetic, tapi harga keras sedikit. Ini pun dah cukup memadai, since aim kiteorang nak buat aktiviti dalam Taman Negara. If berkhemah duduk dalam glamping je, maybe boleh consider glamping cantik sikit. hehe.. So, selesai kami berehat bersihkan diri, kiteorang kena berkumpul semula di dewan makan tadi. Berkumpul disitu bersama group lain juga untuk memeriahkan suasana. Nak tahu apa akitiviti aku disana? Nanti aku share part 2. 

Thank you for reading guys!


Reading Time: