Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 1] - Azwar Syuhada

Friday 2 August 2024

Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 1]

 | Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 1] |  Sungguhpun pengembaraan aku mengerjakan Umrah telah berlalu, tetapi kenangan di sana cukup indah dalam ingatan aku. Mekah & Madinah cukup istimewa dihati aku, tiada negara lain boleh lawan. Kawasan Nabi cukup mendamaikan, manakala Mekah cukup menenangkan sungguhpun bersesak dengan ramai orang. Hilang segala masalah di KL, memang fokus urusan disana sebaik mungkin.Sampai keharini, aku bersyukur gila kerana dikelilingi dengan orang baik-baik. Dapat atuk, nenek angkat, abang kakak, makcik pakcik yang prihatin lagi.


Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 1]


Kami menaiki bas untuk ke Kota Madinah dari Kota Mekah. Hanya 2 keluarga sahaja yang bergerak menaiki train. Perjalanan menaiki bas mengambil masa 8 jam manakala kalau naik train anggaran dalam 2 jam dah sampai. Disebabkan aku baru first time mengerjakan umrah, jadi aku decide naik bas. Untuk rasa sendiri perjalanan jauhnya. Kita at least ada bas, zaman Nabi kena jalan kaki. masyallah betapa kuat dan gagahnya Nabi Muhammad kita zaman dulu. Zaman atuk-atuk kita dulu ada juga yang merasa naik kapal lalu laut untuk ke Arab Saudi, now dah ada fly semuanya mudah dah. Kami duduk di Madinah hanya 4 hari. 


Sampai di Madinah pada belah malam, bas berhenti betul-betul di hadapan hotel iaitu di Grand Plaza. Sementara menunggu bag turun bawa naik ke atas, kami solat secara berjemaah di dalam masjid di kawasan dataran (kawasan payung). Hotel di Madinah agak kecil nak dibandingkan dengan di Mekah. Seelok-eloknya kalau korang nak pergi mana-mana, mahupun berjalan better bawa teman di area Madinah ini, sebab kawasan hotel, bangunan hotel sini semua sama. Mudah keliru, unless kau boleh ingat pintu masuk nombor berapa semua. Kami sampai hotel di Madinah sekitar jam 9.30pm (waktu Arab Saudi).


Sebelum sampai ke hotel, kami sempat singgah makan nasi Mandi dan juga singgah Jabal Malaikat. Tempat diturunkannya bantuan dari Allah ribuan Malaikat turun membantu Rasullah dalam peperangan Perang Badar. Uniknya, pasir ini tak melekat langsung pada pakaian kita. Cuaca agak panas, tapi angin sejuk kuat juga.


Jabal Malaikat



Inilah dia kawasan Jabal Malaikat, padang pasir yang sangat luas. Cuaca dekat sini agak panas. Boleh support abang arab jual aiskrim dekat bawah. Walaupun panas terik, ada juga orang gigih naik sampai ke puncak.





Ini bas yang kami naiki sepanjang perjalanan ke Kota Mekah dan juga Kota Madinah. Bas sangat selesa, toilet pun ada dalam bas. Tapi aku tak membuanglah dalam toilet tu.





Inilah kawasan luar hotel, keliling memang hotel, semua bangunan lebih kurang sama. Jadi, korang kena ingat pintu masuk mana korang kena masuk, jadi senang nak balik. Di Madinah, kiteorang banyak habiskan masa di Masjid, balik masjid, kami singgah kedai jual cenderamata area hotel kami menginap tu juga.


Belah malam pula, lepas solat, boleh singgah street food tengah hype disana. Asthethic lorong jual makanan Malaysia. Kota Madinah sangat menenangkan sangat-sangat. Kalau beli cenderamata area kedai di Madinah ini boleh lagi kalau nak tawar menawar.





Keadaan untuk masuk ke Raudhah


Ini pula keadaan untuk masuk ke Raushah. Sangat ramai orang ya, nak masuk ke sini semua orang kena register Nusuk dan ambil slot. Slit kiteorang untuk hari pertama jam 11pm. Masa hari first, semua muka frust sebab tak dapat duduk lama. Hari kedua apply masuk semua muka happy. Aku percaya, siapa-siapa yang masuk kesini korang akan rasa sedih sangat, hati jadi sayu sekelip mata. Betapa besar pengorbanan Nabi Muhammad kita,  menyebarkan Islam. Alhamdulillah kali ke-2 masuk Raudhah aku juga happy. Perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.


Ini juga jemaah yang datang bersama aku, dorang dari Terengganu. besar pahala akak ini, bawa mak mertua yang berkerusi roda. Moga ada rezeki untuk aku bawa mak aku bersama akan datang.


Ruang Masjid Kota Madinah


Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 1]

Ini ruang di dalam Masjid Kota Madinah, kalau nak sembahyang dalam masjid datanglah awal. Cuba masuk masjid sejam awal, masuk pintu 25. Duduk depan area yang ada bumbung ini. Kalau korang solat zohor dalam masjid, gerbang ini akan terbuka lepas solat Zohor after 5 -10min macam itu. Sungguh indah langit dibawah ini.








Setiap ukiran di dalam Masjid ini sangat unik dan cantik. Sementara nak tunggu azan bolehlah baca Al-Quran yang disediakan dalam masjid. Minum air zam-zam setiap kali berada dalam masjid. Unlimited air zam-zam ini. Makcik-makcik yang datang saing aku naishatkan, rajin berdoa kalau nak datang lagi. Insyallah Allah akan makbulkan atas keizinannya.


Ikutkan aku dekat sini tak berapa sihat, asyik selsema. Sesiapa yang buat pertama kali datang ke sini macam aku, better elak mandi banyak kali, pesanan dari jemaah yang lebih senior. Sebab cuaca dekat sana tak sama dengan Malaysia. Kalau korang jenis cepat demam,selsema, jangan lupa bawa ubat siap-siap.


Tinggal sedikit lagi untuk mengakhiri kisah perjalanan aku di Kota Madinah ini. Apa-apa pun terima kasih Tuhan kerana jemput aku ke sini, moga ada rezeki akan datang untuk aku ke sini lagi.

Thank you for reading!


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!