Salam to all readers,
| Pengalaman Mengerjakan Umrah Pertama Sendiri Selama 12Hari 10Malam | Agak lama aku menyepi, ikutkan aku banyak nak kongsi dengan korang semua, disebabkan kekangan masa. Asal weekend ada je aktiviti nak dibuat, nakk buka laptop lagilah malas. Alhamdulillah awal tahun baru ini, aku selamat mengerjakan umrah pertama aku sendiri. Memang benar, tak semua orang tahu rancangan aku untuk menegerjakan umrah. Hanya kaum keluarga terdekat je tahu. Even Sue yang rapat sesama hiking pun aku tak bagitau.
Aku bercadang memang nak pergi dalam tempoh usia aku sekarang. Aturan Allah tu memang cantik sekali, last year aku ke Matta Fair dalam bulan 9 (2023) untuk survey travel agensi yang menawarkan pakej Umrah. 2 tahun lepas mak aku pergi under Andalusia. So, aku decide pergi another travel agent yang menawarkan pakej yang lebih berpatutan. Survey punya survey aku decide pergi dengan Glocal Travel. Ya aku pergi seorang, tiada siapa yang aku kenal, aku kenal dengan jemaah lain di KLIA pada 23 Feb 2024. Entry kali ini aku cerita terperinci, apa barang yang aku bawa, persiapan mental dan fizikal juga harus dititikberatkan.
Aku pergi dengan duit saving aku, waktu tak cukup juga duit dikira-kira. Tapi betullah Allah tu akan memampu seseorang itu untuk kerumahnya. Dari awal aku register sehinggalah aku nak berangkat memang aku jaga setiap perbuatan, apa yang kita bualkan, banyakkan berzikir, jaga solat (perbetulkan solat), kursus umrah sampai 2 kali aku pergi. Alhamdulillah semua perkara dipermudahkan Tuhan. Ya benar, ada sedikit gementar, tapi kalau asyik terikut-ikut perasaan takut nanti tak boleh buat pula. Justeru, aku serahkan segalanya pada Tuhan. 30 hari sebelum nak berangkat ke Umrah, aku dah siap-siap pergi ambil suntikan Meaningicocal sekali suntikan tambahan Influenza. Aku ambil dekat klinik Siti suntikan Meaningicocal dalam RM180. Manakala suntikan Influenza aku ambil dekat klinik biasa dalam RM70 kalau tak silap. Tapi better buat survey kalau nak buat suntikan Meaningicocal sebab ada klinik tawar lebih murah lagi, klinik Siti ni charge sangat mahal ya.
Barang-Barang WAJIB dibawa untuk ke Umrah:
Dari segi pakaian;
- telekung (2-4 helai)
- jubah (2-4 helai)
- baju set seluar (2 helai)
- baju tidur (3 helai)
- tudung sarung/khimar
- Niqab
- Stoki (6 pasang)
- handsock (6 pasang)
- anak tudung (5helai)
- kasut tawaf (1)
- kasut (1)
- Selipar (1)
- Sweater/long coat
Dari segi barang peribadi:
- Pad/ panty liner
- Disposable panties
- Bra/single
- seluar panjang dalam
- skincare
- toiletries
benda paling WAJIB bawa:
- Sling bag/ spray wuduk
- Passport/ visa
- Al-Quran/ buku panduan/ buku doa
- Ubat-ubat
- Duit cash/ tasbuh digital
- Niqab
- Power bank
- Universal socket/ charger
- Sunglasses/ payung
Lain-lain:
- Sambal/ sos cili
- Jajan/gula-gula
- Kopi 3 in 1
- Manggi cup
- Sabun basuh baju/ berus
Umrah ini pula boleh terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu faktor dalaman dan juga faktor luaran. Faktor dalaman terdiri kenapa, apa tujuan kita nak pergi, persediaan, dan juga pengisian. Manakala, faktor luaran lebih kepada bagaimana, tutorial dan step by step untuk mengerjakan umrah. Faktor dalaman terletak pada individu itu sendiri, tujuan asal kita nak pergi atas sebab apa. Aku lebih kepada untuk syukur, dan rindu sangat dengan Rasullullah. Mungkin kita terlalu lelah mengadap duniawi, percaya atau tidak di Tanah Mekah sangat tenang sekali, aku dapat spend banyak masa dalam masjid, pergi dataran, jemaah yang lain sangat-sangat baik sekali.
Seminggu sebelum nak berangkat, double check tengok barang apa tak cukup, punyalah berdoa supaya rakan sebilik ngam 1 kepala (mak pesan berdoa awal-awal supaya dapat roomate yang elok dekat sana, urusan dipermudahkan, period stop kejap (walaupun dah makan ubat still takut juga okay). Sebab semua kuasa Tuhan.
Ini malam sebelum hari nak berangkat, kemas satu kali lagi. Double check if ada barang tak masuk lagi ke tidak. Pada keesokkan harinya, awal aku bangun ya, tengok beg, mak aku pepagi dah buka siaran tv Mekah sana. Punya puluhan ribu orang bersesak di dataran. Aku minta tolong Nazira, cousin aku hantar ke airport Jumaat (23/2/2024), mak aku ikut sekali pergi menghantar. Awalnya nak suruh Pak Itam aku, sebabka ada solat Jumaat, takut Pak Itam aku nak balik awal, so mak aku cadang minta tolong Nazira je, anak Pak Uteh aku. Kami bertolak dari Telok sekirar jam 12.00pm disebabkan penerbangan aku jam 4.00pm waktu tu. Tup-tup dalam perjalanan nak ke airport ada orang maklumkan penerbangan delay ke jam 9.00pm pula. Jadinya aku, mak dengan cousin aku duduk melepak dekat airport sampai ke Asar. Lepas Asar, mak dengan cousin aku dah gerak balik. Moksu aku pun datang sekali dekat airport bawa bibik.
Dalam pukul 3.00pm macam tu dah ada taklimah untuk semua jemaah dari agensi aku. Mak aku turut serta walaupun dia tak ikut. Total jemaah yang pergi ada dalam 38 orang untuk agensi aku ini. Aku gerak dengan Travel Glocal. Mostly, semuanya dari Perak, aku seorang dari Selangor, 2 family lagi dari Kuala Lumpur.
Siap-siap juga solat Jamak fardu Maghrib dan Isyak sebelum naik kapal terbang. Selesai taklimat ini, dalam jam 4.00pm macam tu, mak aku pun dah nak gerak balik ke rumah. Sebelum mendarat, aku dah text mak aku awal-awal, memandangkan gerak solo ini, jadi apa-apa terus maklumkan pada dia. Dalam flight, aku tidur je, bila bangun makan or minum celik jugalah. Biasa tengok cerita, tapi bila naik flight sampai 8 jam ni nervous dia lain, buka zikir jerlah dalam penerbangan.
Muka nervous nak flight 8jam. Aku naik Mas, makanan dalam flight Mas mewah je, cuma kita tak berapa selera nak makan. Nervous + excited, ada 1 perasaan yang tak dapat nak diungkapkan waktu tu. Disebabkan aku check in awal sangat tak sama dengan jemaah lain, jadinya kelompok kiri kanan depan belakang aku semua Indon, jemaah sekali dengan aku mostly duduk bahagian depan. Nasiblah!
Setiap 2 jam tengok jam je kerja aku, sebabkan tak boleh tidur. Asyik tengok peta dah sampai mana.
Sekitar jam 5.30am waktu Malaysia kami sampai di Jeddah. Welcome to the airport King AbdulAziz, Jeddah. Punya besar aquarium belakang aku ini. Waktu sampai muka dah macam belacan, ialah punya lama dalam flight, sakit juga pinggang.Sepanjang penerbangan aku tak pergi toilet pun, dah nak sampai baru aku masuk kejap. Sampai-sampai dekat King Abdul Aziz airport ni, terus pergi ambil beg, dan gerak sekali dengan jemaah lain untuk dapatkan bas. Patutnya kiteorang menginap di taif 1 malam tapi disebabkan ada kekangan jadi kiteorang semua dapat bermalam di Jeddah 1.
Kiteorang menginap di Emerald hotel, Jeddah. Hotelnya sangatlah selesa. So sampai-sampai je dekat hotel, kiteorang diagihkan kunci bilik sekalilah tahu rakan sebilik. Aku bilik dengan Mama & kak Dila. Dorang datang kira 1 family, 4 lelaki 2 perempuan. jadinya mama dengan kak Dila sebilik dengan aku. Dua-dua 1 kepala. Dapatlah berehat lama sikit, pagi tu kena bangun siap-siap berishkan diri (sekali mandi sunat ihram).
Masing-masing dah excited dah nak berangkat ke Taif, melihat bandar Kota Mekah. Sepanjang perjalanan kita dapat melihat pemandangan bukit bukau, batu, padang pasir, dekat sana dah start ada tumbuh-tumbuhan hijau guys, maka beringatlah kita semua, jangan tinggal solat, dekatlah diri kepada Tuhan, berbuat baik dengan semua orang. Sepanjang perjalanan turut menceritakan kisah-kisah Nabi, jadi syok tengok. Disebabkan aku pergi rata-rata orang tua yang dah biasa pergi. Dorang banyak kongsikan pengalaman. Seronok dengar lepas sorang-sorang bercerita.
Kami banyak berjalan dalam bas je, disebabkan terlalu panas dan tak cukup masa. Sebelum berangkat ke Kota Mekah kiteorang sempat ke Kilang Ros dekat sini kaya dengan minyak wangi. Banyak sangat bau-bauwan sampai tak tahu dah mana satu terlebih wangi. Sempat juga aku borong madu dekat sini.
Setelah selesai ke kilang Ros, kami singgah ke Masjid untuk solat sekali bermiqat bersama di dalam bas diiringi oleh Mutawif. Sesampai sahaja di Kota Mekah kiteorang terus ke bilik hotel untuk berehat sekejap, lepas Isyak kami semua turun untuk mengerjakan Umrah pertama bersama. Agak struggle juga, sebab sangat ramai orang di dataran. Alhamdulillah sekitar jam 2.00am pagi jugalah kami baru selesai menghabiskan umrah pertama yang diiringi Mutawif. Kami duduk di Mekah selama 5 hari. Alhamdulillah, sepanjang berada disana, diberi kesihatan yang baik, kaki kuat untuk berjalan, dalam keadaan suci.
Setelah dah bermiqat, kenalah jaga pantang larang ihram. Jangan sesekali sengaja untuk melakukan.
Di Mekah kami menginap di Pullman Hotel, yang terletak di Clock Tower. Kira dekat jugalah nak ke dataran. Mujur aku pandai bawa diri, so masuk hari kedua di sana, aku gerak ke Masjid sendiri. Ikutkan panjang lagi kisah ini. Jadi, akan ku ceritakan lagi perjalanan aku mengerjakan Umrah disana di story akan datang.
Next story, akan kuceritakan betapa indahnya Kota Mekah, orang berebut-rebut mengejar pahala. Masyallah! Insyallah akan datang aku continue story ini. Korang doakan aku rajin je untuk up cerita.
Thank you for reading!
Alhamdulillah. Seronok bila dapat ke sana.
ReplyDeleteBestnya semoga ada rezeki ke sana inshaALLAH :)
ReplyDeleteBestnyaaaaa semoga saya juga ada rezeki untuk ke sana pada satu hari nanti. InshaaALLAH. :)
ReplyDelete