Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 2] - Azwar Syuhada

Saturday 27 May 2023

Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 2]

 Salam to all readers,


| Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 2] | Kak, cepat sambung pleaseee, weyhh I'm like shock gila korang still stay menunggu cerita aku. Aku mati-mati ingat dah takde yang baca blog. Let's story part 2 okay. Lately, aku active dekat TikTok sebab aku memang takdan nak menulis blog. Tapi aku tak boleh stop blogging, sebab I memang suka suka menaip dan kongsi apa aku buat. Yang mana baik moga menjadi manfaat buat korang semua.


4th May 2023: Kami berjumpa di Starbuck KKIA, Sabah. Bila masing-masing dah sampai, sekitar jam 12.40pm macam tu kami bergerak ke Jambatan Tamparuli, Sabah menaiki van (ada 2 van untuk bawa kami ke Kundasang). Aku 1st time datang Sabah, jadi teruja sikitlah masuk kawasan orang. For me, Sabah is beautiful place yang patut kita support. Kawasan perkampungan dia cukup mendamaikan. Kami singgah ke Jambatan Tamparuli sebelum berhenti makan tengahari. Disebalik Jambatan Tamparuli ini ada kisah cintanya, you guys boleh google okay. 





Perhentian kami di Jambatan Tamparuli ini tidak mengambil masa yang lama, kami berhenti around 20min macam tu. Lepas tu terus bergerak ke Bataras untuk makan tengahari sekaligus beli bekalan makanan (if nak topop makanan). Makanan dekat area sini banyak tak halal, yang agensi kami bawa kami ini ada tunjuklah kedai-kedai yang halal. Jadi, pergi mana yang dekat, tak kuasa nak jalan jauh. So aku order nasi ayam penyet madu, Sue order ayam penyet biasa. Not bad, sedap juga. Perhentian dekat sini sampai 3.30pm petang je. So, lepas makan, kami terus bergerak ke Bataras Hypermarket cari bekalan makanan (sebab dorang dah informed awal sini je boleh beli, kalau beli dekat atas nanti harga lagi mahal.)



Bataras Hypermarket ini ibarat 99Speedmart je pun. So, aku memang grab beli air mineral banyak-banyak. Tambah, aku memang jenis kuat minum air. Selesai beli bekalan apa patut kami terus dapatkan van. Masing-masing kekenyangan dan muka puas shopping.

Jadi perjalanan di teruskan ke homestay penginapan kami. Jenuh jugalah nak sampai ke homestay. hehe..Dari Bataras nak ke Kundasang pun makan masa juga, satu lagi perhentian kami singgah berehat before ke homestay adalah dekat geopark akinabalu. Berhenti solat sekali pergi ladies baru teruskan perjalanan.



6.00pm: Akhirnya sampai juga ke homestay. Kami menginap di D'Villa Ria atas sikit dari Kinabalu Park. OGP agensi biasa dia akan ambil sini untuk trip ke GK. Katanya, nak bagi pendaki adapt dengan suasana dan cuaca. Sebab suhu dekat homestay ini dah sama level dekat Kinabalu Park. Cuma group family India (dorang stay tempat lain). Before tu, dorang stop dekat tempat kami untuk dengar taklimat untuk esok (hari pendakian).

Taklimat cukup singkat, dia tanya kesihatan kita, sama ada dah training ke belum, dah biasa pergi hiking ke? Dia tekankan untuk banyakkan minum air bagi mengelakkan AMS. Btw, aku ambil ubat mabuk gunung (u guys boleh dapatkan di farmasi). Ada orang tak makan, depend pada individu siapa nak ambil. Pakaian hari pertama pendakian boleh pakai baju hiking biasa, tak terlalu sejuk katanya, but prepare je glove dalam bag sekali sarung tangan. Kalau lapar, berhenti dan makan. Sebab badan kita perlukan tenaga untuk bekerja untuk naik ke atas. Selesai taklimat, kami kemas barang, bersihkan diri, before keluar dinner. Dinner dekat situ juga, sebelah homestay. Sini siap pakej makan sekali. 





Ini rupa bilik homestay kami, macam asrama kan. Kau tengok botol air mineral aku nak bawa ke atas. Azab porter yang bawa beg aku. hahaha.. Maafkan saya bang!! Sejuk-sejuk dekat sini pun mujur ada heater boleh mandi air panas. Aku macam biasa, siapkan diri dulu baru nak berjimba. Dan kemas barang apa nak bawa naik ke atas, dan mana nak tinggalkan dekat homestaykan letak satu tempat, sebab esoknya kena pindah letak dekat office dorang. Makesure tidak tinggalkan barang berharga. 


Nampak simple kan? Tapi bila dapat makan makanan macam ini dalam suasana sejuk perghh nikmat dia tak terkata duh. Dengan hirup air teh panas dimalam hari, memang sedap. Lepas selesai makan, masuk bilik persiapkan diri, tidur awal sebab esok kena bangun awal untuk perjalanan ke Kinablu park.


5th May 2023: Seawal jam 7.00am kami dah bersiap untuk breakfast pula. Korang jangan missed makan (ingat badan kita perlukan tenaga secukupnya). Jadi jangan skip makan. Selesai breakfast, van pun dah sampai untuk bawa kami ke Kinabalu park. Sekitar jam 7.40am kami pun sampai dah Kinabalu park.


Sampai-sampai orang dah ramai, ini kena tunggu turn pula, agensi kami tengah uruskan nametag dan juga urusan porter. Siapa tak bawa stick boleh sewa siap-siap dekat sini. Kami bawa sendiri dari KL. Sewa stick dekat sini RM10 -1 kalau tak silaplah. 

Porter beg pula: 1kg = RM14

Aku punya 12kg tak silap, yang penting tak sampai RM200 la. Aku memang standby duit siap-siap dan pasti beg aku berat, sebab aku angkat sendiri pun bagai nak mati. Korang jangan terkejut, yang angkat barang berat-berat sini majoriti budak-budak belasan tahun. Waktu kami pergi tu kira time cuti sekolah lagi, jadi ramailah budak-budak kerja jadi porter beg untuk jana side income.

Tapi aku memang tabik dengan kudrat dorang ada boleh angkat beg berat-berat, dan pace kelajuan dorang memang lagi laju. Ko ikut pun, still tak boleh lawan. hahaha..Selesai urusan porter beg, nametag pun dah dapat, kami bergerak ke checkpoint pertama iaitu di Pondok Timpohon. Maka, bermulalah pendakian kami ke Gunung Kinabalu.


Ini trail pendakian. Pendakian hari pertama (5th May 2023) adalah 6km sahaja untuk sampai ke Laban Rata. Untuk ke Laban Rata uguys jalan sahaja ikut pace korang. Aku sesungguhnya mendaki dengan penuh lembab ubi, disebabkan aku kerap berhenti. Jangan paksa diri korang kalau tak larat, kalau rasa sesak nafas, berhenti ambil nafas hembus dari mulut. Haus? Minum. Lapar? Berhenti makan. Jangan tengok orang laju, korang ikut sama naik nak laju juga. Untuk ke Laban Rata santai je.











Ini muka tengah excited. Waktu ini kami tunggu porter dan juga kami sampai. Dorang naik van lain. Sementara tunggu tu, kami duk pulun bergambar kejap. Ini stamina tengah full, baru nak panaskan enjin time ini. Bila guide dah sampai kami diberi sedikit taklimat. Apa pantang larang nak masuk hutan pun kena jaga.

Benda wajib kena jaga bila masuk hutan:
1) Jaga adab, jangan cakap besar
2) Jangan jerit-jerit, kita masuk tempat orang, jaga adab
3) Mana perempuan datang haid jangan sepah-sepah buang pampers. Jaga kebersihan diri.
4) Jangan terlalu gementar
5) Kalau rasa sesak nafas, cepat-cepat bagi tahu guide. 

Akhir sekali, tawakal dan mulakan langkah dengan Bismillah...




10.00am: Mulalah perjalanan kami ke Laban Rata. Even jarak perjalanan nak ke Laban Rata hanya 6km, rasa senak jugalah nak naik. Awal perjalanan aku relax lagi. Masuk 3km aku dah start slow. Kami berhenti makan di Layang-layang, kami dah diberi juadah makanan tengahari siap-siap. Hanya berbekalkan nasi, telur dan ayam masak merah. Lebihnya minum air masak.Lepas makan, baru ada tenaga semula untuk mendaki.



Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 2]




Sue ni muka dia maintain je, muka aku dah pucat sikit. Dia ini mana-mana bukit ke gunung ke relax je. Muka aku je tak berapa relax. Biasa, aku amek gambar ini, cuma kalini punya trip Gunung Kinabalu aku sedikit pancit. Kesian dia terpaksa bergambar sendiri. Mana sempat aku tangkapkan juga.

1.00pm: Kami sampai ke Layang-layang untuk makan tengahari. Setelah selesai makan tengahari, kami bergerak meneruskan perjalanan ke Laban Rata. Dalam pada perjalanan nak ke Laban Rata, kami terserempak dengan JV Waterproof weyhhh, porter kantin yang cukup popular di TikTok & juga Youtuber tu. "Tenang is Good" dia punya tagline. Sempatlah, kami berdua bertegur sape. Bertambah semangatlah nak naik ke atas lepas terserempak dengan JV. Masa kiteorang naik ini, ramai pendaki dari negara luar, ada yang dari India, Korean, Mat Salleh pun ada juga. 

Masa nak naik, korang akan berselisih juga dengan orang nak turun. Jika berselisih biasa dorang akan bagi kata-kata semangat. Orang Malim gunung dekat sini pun baik-baik. Tak putus-putus bagi semangat. Sebab dorang pun tahu, nak naik ke sini kos pun tinggi. Dah alang-alang tu, naiklah sampai atas. Kayuh pelan-pelan sampai Insyallah sampai.





5.00pm: Finally setelah meniti tangga-tangga yang tiada penghujung, akhirnya kami jua ke Laban Rata. Sampai Laban Rata, kami sempat lagi luangkan masa bergambar dibawah, sementara nak ke kantin. Waktu kami sampai tu, dah ramai dah yang sampai kat atas. Ada yang sampai seawal jam 12.00pm lagi. Perghh..tak terlawanlah dek aku. 




Kantin tutup pukul 7.00pm. Mujur kami sempat sampai dan terus makan. Makan siap bertambah lagi tu, sedap pula masakan panas dekat Laban Rata, korang juga boleh menikmati air kopi/teh panas-panas disaat cuaca sejuk dekat atas. Kami stay di Mokodou Hostel. Jarak hostel dengan kantin tidak terlalu jauh, bolehlah bergerak lagi. Tapi kalau kau dapat hostel jauh nak ke kantin, kau nak turun pun berkira-kira juga, ditambah kaki kau dah start sakit. 


Selesai makan, kami terus masuk hostel, kemaskan diri, solat, malam tu kami dah siap-siap pakai baju summit attact untuk tengah malam (pagi esoknya). Jam, 8.30pm lampu auto tutup untuk berehat, jam 1.00am dah kena bangun untuk summit attact. Dekat hostel ini tiada heater ya, nak mandi pun macam bercinta, kalau boleh taknak buang air kecil pun kat atas, sejuk tak mau-mau atas ini.


Hostel kami cukup-cukup menempatkan kami 1 group, campur laki perempuan. Tukar baju semua dalam toilet je. Selesai kemaskan diri, siap-siapkan beg untuk esok, sebab kita tak tahu pukul berapa kita turun, next days dah ada orang baru pula datang menginap. Jadi, kena kemas siap-siap. 


Muka kakak dah pucat gila menahan kesejukan. Sebelum tidur satu badan sapu minyak angin, tapi waktu ini tak adalah sakit sangat. Alhamdulillah, lena juga tidur sampai jam 1.00am. Mujur si Sue, dah kunci jam siap-siap. 

5th May 2023: Jam 1.00am masing-masing dah siap bangun, untuk keluar breakfast di kantin. Lepas breakfast, kami kembali ke hostel untuk mendengar taklimat dari guide untuk summit attact ke atas. 



Breakfast dia tekak mat salleh pula, makan jugalah sosej, telur dan roti. Paling penting kena minum air panas before gerak. Atas ini sejuk ya, bukan suka-suka pakai baju sejuk. Lampu atas kepala tu memang kena pakai, sebab kita menyusuri jalan gelap, 1st time kami hiking waktu pagi.

Even tinggal berbaki 2km sahaja untuk ke puncak, dia punya azab nak capai ke atas tu agak mencabar ya. Agak-agak korang kami berjaya tak sampai ke puncak?

Nantikan entry selanjutnya okay!


Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!