Salam to all readers,
| Happy Birthday Myself! | Yeahhhh yesterday is my birthday. Terima kasih banyak atas ucapan dan doanya ya. Kalau tahun sebelum ini, aku sambut birthday dengan lambakan kerja, but tahun ini aku lebih appreciate diri aku. A little things apa aku archieve aku sangat bangga. Siapa lagi nak happy kan diri kita sendiri kalau bukan kita kan? Tak payah nak bagi hint pada orang untuk bagi pada kita. Usaha + kerjakan sendiri kalau nak lebih nikmat rasanya.
Awal permulaan tahun 2023 yang cukup bermakna, walaupun bulan January make me like roller coaster. Awal plan aku ingat nak travelsolo ke Perak, tapi budget lari. So, aku tukar plan birthday kalini aku staycation dekat Hotel town KL dengan mak. Aku dah cakap dengan mak aku siap-siap travel dengan aku kat KL 100% naik public transport, aku tak drive. Excited lah dia dapat naik bas, LRT, MRT, pergi tempat dia nak. Tempat teringin dia nak pergi katanya Central Market, okaylah bawa juga, lepas satu ke satu destinasi. Kemain puaslah dapat berjalan.
Even, kampung halaman kategori dekat, aku jarang jugalah balik sebab setiap hujung minggu biasa aku dah ada aktiviti lain. Jadi, disebabkan aku jarang-jarang balik, jarang spend time dengan mak aku, jadi sempena birthday kalini aku bawalah dia datang ke KL. Tengok sendiri kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur. Aku dulu pun perakkk juga masa belajar dekat KL. Biasalah budak kampung bukan budak bandar.
Bila dah belajar, kerja, bercampur pula dengan ramai orang dekat sini, berkembang jugalah otak aku. Dekat KL aku kenal erti kehidupan sebenar, bukan kemewahan tapi cara dan budaya dorang menyara hidup. Masuk train korang nampak pula pelbagai ragam manusia. 1001 manusia dikeliling kita mempunyai masalah yang ditanggung. Ingat 1 perkara, kalau kita rasa diri kita susah ada orang lain lagi susah dari kita.
Salam kenal, selamat ulang tahun ya ...
ReplyDelete