Pengalaman Hiking Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan! - Azwar Syuhada

Tuesday, 24 January 2023

Pengalaman Hiking Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan!

 Salam to all readers,


Pengalaman Hiking Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan!

| Pengalaman Hiking Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan! | Rindu aku tak? Aku pun rindu gila nak menaip blog, finally dapat juga curi masa sedikit update. Aku banyak gila nak kongsi dengan korang semua, apa aku buat pada hujung minggu, perkembangan aku sekarang, bulan ini bulan paling sibuk buat aku. Next entry aku share lebih details. Now, aku nak share aku pergi hiking ke Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan. Tak main dah hiking dekat KL, semua luar Selangor sekarang. Bukan kaling-kaling. hahaha.. Tapi jangan tanya aku bila nak open trip, aku tak buka trip mana-mana, korang pergi cari orang betul-betul hiker. Aku bukan hiker tegar lagi, aku still intermediate punya level. 


Finally, aku comeback melakukan aktiviti hiking setelah sekian lama tak pergi. Bulan 12 tahun lepas aku dengan member stop sekejap, memandangkan cuaca tak berapa baik (musim hujan), jadi kami start semula pada awal tahun baru ini. Kalini, kami ke Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan. Ini merupakan bukit ke-2 di negeri sembilan kami jejak. Sebelum ini, kami jelajah Bukit Batu Sawa, jadi kalini ke Bukit Batu Putih.


Trip kalini cukup santai sahaja, sebab trek dia tak sesukar seperti bukit sebelum ini. Ada jalan mendatar, ada jalan mencerun (tapi still boleh control). Paling best sekali perjalanan naik ke atas tak mengambil masa yang lama pun, 20min dah sampai. Trip kalini, kami pergi berlima, Sue bawa member dia lagi 3 orang, iaitu Syud, Nora dan Dibah. Ketiga-tiga memang masuk air, aku macam biasa, ambil masa untuk berkenalan, mujur masing-masing memang sekepala. Malam nak pergi tu, Sue tidur rumah aku, seawal jam 5.00am kami dah keluar rumah sebab nak fetch kawan Sue dekat rumah. Perjalanan dari KL nak ke Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan ini mengambil masa sejam 1/2 jugalah. Masa perjalanan nak ke Bukit Batu Putih ini, hujan pula, kami dah cuak dah kot2 tak boleh naik pula. 


Mujur sampai ke destinasi, hujan dah mula berhenti, kami sampai seawal jam 8.00am. Sampai-sampai je, berderet kereta dah bersusun. Ramai jugalah nak naik Bukit Batu Putih ini. Bukit Batu Putih ini merupakan salah satu bukit yang cukup popular dekat Negeri Sembilan. Korang Waze sahaja Bukit Batu Putih kalau nak ke sini. Kalau nak naik tengahari pun boleh, sebab ia tidak mengambil masa yang lama pun untuk samai ke Puncak.


Bukit Batu Putih ini terletak di kawasan Taman EkoRimba Tanjung Tuan, Port Dickson. Ketinggian bukit ini hanya 223meter. Kalini punya trip cukup santai sahaja, cuma dah nak sampai ke Puncak kena mengharungi batu sikit.


Laluan Pintu Masuk Utama Bukit Batu Putih, Port Dickson!



Ikutkan dulu kereta boleh bawa masuk sampai ke atas, sekarang dah tak boleh. So, siapa datang awal bolehlah cari port parking yang dekat dengan pintu masuk utama. Kami park jauh sikit, memandangkan dah takde tempat parking. Dekat kawasan ini banyak kera, jadi hati-hati bawa barang dalam beg. Permit RM3/seorang, tapi tulah nak dijadikan cerita masa kiteorang pergi takde orang pula jaga kaunter. Jadi kami jalan terus sahajalah.


Masuk dari pintu gerbang tu, korang kena jalan sampai ke atas, sampailah ternampak rumah api. Naik ke atas ini mengambil masa 15-20min jugalah. Kami tak naik ke rumah api, terus hiking ke Bukit Batu Putih. Kalau korang, nak lihat pemnadangan bolehlah gigih naik tangga tu, tapi korang hanya boleh berjalan di sekeliling sahaja.



Sebelum menampakkan rumah api, korang akan nampak satu laluan kecil bertangga di bahagian kanan. Mujur hujan renyai saja waktu tu, jadi laluan still cantik dan kering sangat smooth pendakian. Bagi aku siapa beginner nak naik ke sini pun sesuai, sebab laluan dia tak susah mana, mendatar, menaik sikit, dan mendaki batu-batu bila nak ke puncak. Tu sahaja, lain laluan memang santai. Kalau pergi dengan kawan-kawan memang tak terasa sangat, sebab mendaki sambil berborak, tahu-tahu dah sampai ke Puncak.


Inilah pemandangan pokok-pokok dalam hutan Bukit Batu Putih. Korang bukan sahaja dapat melihat keindahan hutan malah korang juga boleh melihat keindahan pantai dari atas. Memang cantik keindahan Allah. Bila tengok sendiri nikmatnya lagi best.


Inilah laluan pendakian ke Bukit Batu Putih, cantik kan?



Kami berempat je naik ke puncak bukit, Dibah duduk bawah. Puncak bukit ini punya ramai orang, nak tunggu turn ambil gambar perlulah bersabar. Orang paling relax sudah semestinya Sue, dari awal perjalanan sampai ke penghujung tak pernah rasa penat orang kata. Dialah drive, dialah paling relax. Arghh aku jealous... Agak lama jugalah kami duduk dekat atas puncak sambil melihat keindahan pantai.





Jadi buat mereka nak ke sini, jangan tunggu lagi, pergi je. Baik beginner, intermediate pun boleh naik ke atas. Boleh dikatakan pendakian ke Bukit Batu Putih ini mengambil masa 30min sahaja naik dan turun. Kalau kau duduk lama, berselfie bagai paling-paling sejam jugalah jawabnya. Nanti aku share video perjalanan naik ke atas okay. Paling penting jagalah kebersihan dalam hutan, janganlah buat sampah merata.





Thank you for reading guys!

1 comment:

  1. Best ya dapat hiking. Akak dh lama stop 😅. BTW, jom join GA ni https://www.syuderis.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!