Salam to all readers,
| KANDORA! Memupuk Perpaduan Melalui Muzik Cerita Rakyat | Sempena permulaan tahun baru 2023, KANDORA telah mengajak semua orang dari seluruh Malaysia untuk bersatu melalui "drumming". Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu KANDORA kan? KANDORA bermaksud satu pergerakan perpaduan dengan bermain drum. Melalui slogan "Drums of Unity", KANDORA percaya bahawa perpaduan dapat dipupuk dengan kuasa irama muzik drum yang mampu dimainkan oleh orang ramai dalam pada masa yang sama.
KANDORA! berjaya mengumpulkan seramai 2,300 penyertaan dan 862 orang peserta telah hadir untuk bermain drum bersama-sama dengan hanya menggunakan baldi dan senduk yang telah diadakan di pusat membeli-belah AEON Midtown Falim pada 21hb Januari 2023 baru ini. Acara ini telah berjaya direkodkan di dalam "Malaysian Book of Records" sebagai satu cara perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia melalui permainan drum baldi beramai-ramai.
Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini bertujuan untuk menyerlahkan nilai dan mesej yang terkandung dalam lirik cerita rakyat bagi membangkitkan rasa perpaduan di kalangan penonton Malaysia. Semasa persembahan drum berlangsung, drum-drum baldi telah disusun di sekeliling kawasan persembahan untuk dimainkan oleh penonton yang hadir dengan diiringi muzik band dan fasilitator drum. Bukan itu sahaja, melalui persembahan ini juga, KANDORA! ingin menyebarkan mesej perpaduan “Hormat dan Harmoni” di mana penonton yang hadir dapat berkumpul untuk merasai pengalaman bermain drum secara harmoni sebagai satu Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan bangsa.
KANDORA! menyokong SDG 16 : Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial yang memberi tumpuan kepada pembentukan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.
Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” terdiri daripada tiga komponen — kerjasama kolaboratif dan program-program yang membentuk keupayaan untuk menyokong komuniti B40 dan terpinggir melalui pengedaran “Abundance Bags” kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak, meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk komuniti seni persembahan tempatan yang telah terjejas dek pandemik Covid-19 melalui jualan barangan KANDORA! dan akhir sekali, dalam semangat untuk berkongsi kegembiraan dan kemakmuran sempena Tahun Baru Cina, KANDORA! telah memberikan hadiah-hadiah menarik seperti iPad, ‘earbuds’ Huawei, jam tangan pintar dan banyak lagi kepada peserta-peserta bertuah!
Acara ini ditaja khas oleh Peaches & Pen, Thinker Creative, Nit Printing, Soul Mechanics, Rex Network Marketing, Edsense, Mene Consulting dan Rosemary Floral & Gift.
Zufar Adzahan, Co-founder of KANDORA!.- menyatakan bahawa Hormat and Harmoni is a unity message that brings audience together to experience drumming in harmony as ONE Malaysia regardless of age, gender, and race. We are building a community of percussion enthusiasts to preserve and popularize local folklore songs through interactive drum circle in a congregation."
Acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu berhormat, Yang Berhormat Mohd Azlan Helmi bin Helmi (Exco Komunikasi, Multimedia & NGO), Yang Berhormat Puan Thulsi Manogaran (ADUN Buntong), Yang Berbahagia Datuk Hariri (wakil Datuk Bandar Ipoh), Puan Nurmalis Musa (CEO Tourism Perak), Tuan Meor Rezal Fitri Dato' Dr. Hj. Meor Redwan (CEO Digital Perak), Tuan Khuswindera Singh (Ketua Cawangan Majlis Belia India Buntong), Dr.Kasuma Satria Mat Jadi (AEON-Ketua Pegawai Sumber Manusia & Pengarah Komunikasi Korporat), En Wan Adli, Co-founder Kandora! Kantan Drum Circle dan juga Tan Teck Yin (President JCI Kinta).
Tambah lagi, acara "KANDORA" drumming yang berlangsung di AEON Midtown Falim ini turut dijayakan oleh orang ramai, rakan niaga serta;
- Komuniti Smart Kids\
- Rumah kanak-kanak Joyful
- Mrs.Rajeswary, Thilaga, Dr.Puvanes, Ramayee, Dr.Vatsala, Parimala,Dr.Uma, Vasantha
- Rumah kanak-kanak Praise
- Salvation Army Boy Home
- Salvation Army Girls Home
- RUmah Kanak-kanak Rainbow
- Rumah The Shepard Boys
- Persatuan Ceylonese- Mrs.Jegathambikai Chelliah, Mr Devan Arthilalingam, Mr.Sabapathy Pillay
Untuk ketahui lebih lanjut atau info terkini berkenaan KANDORA! boleh layari laman web di bawah:
Facebook: KANDORA!
Instagram: @Kantandrumcircle
“Perpaduan
adalah kekuatan… bila ada kerjasama dan kolaborasi, banyak perkara indah dapat
dicapai. ”
Thank you for reading!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!