End of Year 2022 with Gather with Family! Selamat Tahun Baru 2023! - Azwar Syuhada

Monday, 2 January 2023

End of Year 2022 with Gather with Family! Selamat Tahun Baru 2023!

 Salam to all readers,


| End of Year 2022 with Gather with Family! | Selamat tahun baru 2023 gais! Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Buat pertama kalinya pengakhiran penghujung tahun kami berkumpul satu family beramai-ramai sekali dengan buat tahlil. Rasa suasana hari raya tetiba. Ikutkan pagi semalam aku nak up story baru dalam blog, tup-tup badan tak larat langsung nak buka laptop. Aku kurang sihat sejak sampai sini. Mujur Isnin cuti, at least dapat rest sekejap. 


Pak Alang akulah punya rancangan nak buat makan-makan, tak jemput orang masjid pun, kami berkumpul satu family je. Before this ada buat juga, so tengok-tengok family kiteorang sendiri pun dah penuh satu rumah. Kalau dulu asal kenduri mak akulah yang ligat di dapur. Kalini repeat order dekat catering. Mak aku hanya masak sambal tumis udang. Tugas aku macam biasalah kemas rumah, alihkan barang yang tak perlu dekat tempat lain. Aku sampai rumah mak sekitar jam 11 lebih (belah pagi Sabtu). Balik-balik memang aku kemas apa yang patut barulah boleh rest kejap. Petang ini sekitar jam 4.00pm keluar balik dengan anak Pak Itam aku pergi ambil kek dekat Secret Recipe. Macam biasalah, kalau keluar pergi 1 tempat tu bukan kiteorang, banyak lagi tempat persinggahan kami berdua. 


Pergi kedai plastik cari tupperware plastik (mak aku risau ipar/adik dia pakai tupperware dia, so dia suruh beli bekas plastik siap-siap). Selesai mencari tupperware plastik, kami bergegas ke Guardian (dengar kata ada 50% OFF), dalam pada taknak beli rembat juga 3 items. Selesai masuk Guardian, baru pergi Secret Recipe pick up kek yang dah ditempah. Before balik rumah, aku singgah rumah abah aku ambil tapai. 


Sampai-sampai rumah, tengok kereta dah penuh. Mujur kami berdua sempat solat Asar sebelum azan Maghrib. Ikutkan ada yang tak dapat hadir, ini kira half sahaja yang dapat datang. Tapi biasanya kalau berkumpul tak sampai 5 orang pun riuhnya setaman dengar kalau berborak. Aku? Aku tak campur, dengar boleh. Selesai solat maghrib, barulah baca tahlil, doa untuk nenek dan atuk dan saudara mara yang telah meninggal. Selesai bacaan doa, barulah kami berkumpul makan. Majoriti family belah aku memang lelaku. Penambahan kaum perempuan bilamana, cousin aku dah start berumahtangga. 




Pengakhiran tahun 2022 diakhiri dengan berkumpul bersama keluarga. MyNyawa dunia akhirat! Aku pernah gak merasa sambut tahun baru dekat Dataran Merdeka semata nak tengok ambang tahun baru dengan bunga api. Dimana waktu ketika itu wabak Covic-19 masih baru lagi. Bestlah layan bunga api, tapi yang tak best ketiak lecak!! Macam-macam bau ada, memang 1st and last la aku pergi. At least ada juga experience tengok ambang tahun baru macam mana. Lepas ini tengok jerlah bunga api luar rumah. 



Inilah adik beradik mak aku, tak complete lagi, Pak Ngah aku tak balik. Ada yang karakter garang boleh bergurau, ada yang suka memain, ada yang suka menyakat, ada yang memang garang. Agak-agak yang mana satu? Okaylah biar gambar sahaja berbicara. Paling penting, tiada yang bermasam muka bila berkumpul satu family dah okay sangat. 



Kemeriahan lauk pauk untuk dijamu selera bersama!


Happy birthday my beloved niece, Aurora! Ahjumma love u without expression. Anak buah aku seorang je, Aurora namanya, had sebelah tu anak Pak Itam aku, Nini namanya. Generasi kecik-kecik ini hanya ada 3 orang ini termasuklah baby Aireen, anak moksu aku. Disebabkan Dec baru ini ada 2-3 orang lahir bulan yang sama, jadi sambutlah bersama. Happy birthday to Aurora, Aireen and Nini! Bila tiga-tiga ada kat rumah, masing-masing excited main nak jaga baby Aireen. Kakak Ninilah terpaling rajin layan si Aurora. Aurora kepoci sikit, ada je benda dia nak story. 

Inilah baby Aireen, sepupu paling kecik sekali.


Ending 2022, I meet my dad!

Itu sahaja untuk pembuka cerita di tahun baru 2023. Apa yang aku harapkan tahun ini adalah untuk lebih positive, jaga kesihatan, kuat kerja dan kerja, gain more money, dan kekal berbakti kepada mak abah!

That't it! 

Goodnight and Selamat Tahun Baru 2023! 

Thank you for reading!

1 comment:

  1. Selamat tahun baharu 2023
    Semoga dipermudah segala urusan mendatang

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!