Salam to all readers,
| Bestnya Shopping Barang di Tokopedia Indonesia ke Malaysia Menerusi Tolong Beli! | Pembelian Online tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri. Boleh dibilang dengan jari berapa kerap sangatlah aku masuk mall nak shopping, biasanya memang aku order online sahaja, baik shopping baju, perkakas rumah, skincare, dan juga makanan. Semua sekarang order dihujung jari sahaja. Sebab apa aku suka shopping online? Main utama aku shopping online sudah semestinya jimat masa, jimat tenaga, tak perlu bersusah payah angkut barang, beli online barang sampai depan pintu rumah. Kadang-kadang barangan online jauh lebih murah berbanding window shopping.
Pembelian secara online ini makin mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak PKP, dimana waktu tu semua orang tak dibenarkan keluar rumah, hanya wakil keluarga sahaja boleh keluar pergi beli barang. Sejak peristiwa itu, sehingga kini permintaan pembelian secara online mendapat sambutan yang tinggi. Sekarang tak perlu runsing tak dapat berjalan negara luar untuk shopping, kita bukan sahaja boleh shopping barangan dalam Malaysia sahaja, sekarang kita kalau nak dapatkan barangan dari negara seberang Indonesia pun dah senang sekarang. Ia macam konsep shopee Indonesia, Tokopedia Indonesia & Bukalapak.
Ini pun kawan aku yang rekomen kan, dia paling gila shopping online dari aku. Kalau dia tak beritahu, for sure aku sendiri tak tahu akan kewujudan ada servis beli barang Indonesia ke Malaysia. Lepas ini tak perlu susah kirim dekat kawan-kawan dah, shopping je terus sendiri. Pendek cerita apa sahaja barangan dari Indonesia yang korang payah gila nak dekat sini seperti makanan, kosmetik, pakaian, sparepart automative, korang beli je menerusi Tolong Beli. Apa ada hal kan?
Apa itu Tolongbeli.com.my ?
Tolong Beli merupakan servis perkhidmatan yang menawarkan pembelian barangan dari Indonesia marketplace dengan kadar upah yang berpatutan. Yes, berpatutan! Tolong Beli turut dikenali sebagai Tokopedia Malaysia, Bukalapak Malaysia dan juga Shopee Malaysia.
Syarikat Tolong Beli telah beroperasi selama 3 tahun dan telah berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikay Malaysia) atas nama TOLONG BELI DIYMAN RESOURCES (NO. PENDAFTARAN: 202003229276). Boleh dipercayai, kalau korang nak lebih jelas lagi, boleh buat semakan terus ke portal utama SSM.
Tolong Beli diwujudkan bagi memberi servis terbaik antara 2 negara jiran antara Malaysia dan Indonesia, dalam pada masa yang sama bagi memudahkan rakyat Malaysia membeli barang dari negara seberang tanpa perlu ke sana dengan kadar harga yang mampu milik. Tolong Beli turut bukan sahaja menguruskan pembelian barangan malah turut menguruskan urusan penghantaran samada menerusi laut atau udara. Kita tak perlu pening-pening, tunggu sahaja barangan sampai depan pintu.
3 Sebab Tolong Beli Menjadi Pilihanku
1) Memudahkan Shopping Barangan Indonesia di Mana Sahaja
Even dah banyak online shopping dekat pasaran Malaysia, tapi mesti ada item yang aku nak tiada dalam pasaran tersebut. Pendek cerita sangat limited. Indonesia pun ada marketplace macam kita juga, dimana di sana turut ada Shopee Indonesia, Bukalapak, Tokopedia Indonesia, Lazada Indonesia dan banyak lagi. Kadang-kadang, harga pasaran marketplace Indonesia jauh lebih murah dibanding negara kita sendiri. Itu yang aku suka.
Lepas ini tak payah pening-pening nak beli barang dekat Indonesia, aku dah boleh direct beli menerusi Tolong Beli. Boleh shopping bila-bila masa sahaja, dimana sahaja. Makesure ada duit dalam bank akaun, yang lain Tolong Beli yang uruskan dari segi pembelian sehinggalah penghantaran ke rumah.
2) Menawarkan Bantuan Proses Pembayaran ke Marketplace Indonesia
Kalau shopping dekat marketplace Indonesia ini masalahnya satu sahaja iaitu kaedah pembayaran di website mereka. Menerusi Tolong Beli, aku boleh dapat pelbagai barangan dari Indonesia dari website marketplace Indonesia sendiri yang tidak menerima bayarandari Malaysia. Di mana, Tolong Beli telah memudahkan dalam urusan pembayaran dengan matawang Malaysia (RM). Paling best, pembayaran boleh dilakukan secara online transfer, mesin ATM/CDM oleh pelanggan Malaysia. Mudah kan?
3) Proses penghantaran kurang dari 7-10 hari!
Kalau yang biasa shopping barang dari negara luar, pasti tahu proses penghantaran kadang-kadang mengambil masa terlalu lama, ada yang sampai 3 bulan tak sampai-sampai. Tapi kalau beli barang dari marketplace Indonesia menerusi Tolong Beli, penghantaran barang mengambil masa kurang dari 7-10 hari sahaja. Pendek cerita memang kejap je, barang dah sampai depan rumah. Biasalah perempuan paling excited bila barang yang dia dah beli dah sampai depan rumah.
Bagaimana Ingin Membeli Barangan di Tokopedia Indonesia ke Malaysia
Mudah sahaja cara pembeliannya, tonton video di bawah untuk melihat lebih jelas lagi bagaimana kaedah membeli barangan di Tokopedia Indonesia ke Malaysia!
Lepas ini tak perlu pening-pening bila nak terbang ke bandung, Jakarta, beli sahaja menerusi Tolong Beli! Jimat dan pantas.
Feedback Pelanggan Tolong Beli
Berikut antara feedback pelanggan yang telah membeli barangan Indonesia menerusi Tolong Beli. Rata-rata memberi feedback positif dan ada yang siap repeat order lagi! Ini lebih meyakinkan aku nak beli barang lagi menerusi Tolong Beli!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!