Bagaimana Eskayvie Phytax Bantu Atasi Masalah 3 Serangkai - Azwar Syuhada

Friday, 23 December 2022

Bagaimana Eskayvie Phytax Bantu Atasi Masalah 3 Serangkai

 Salam to all readers, 


Penyakit 3 serangkai sering menjadi mimpi ngeri kepada sesiapa yang menghidapnya kerana penyakit ini merupakan penyebab utama kematian di Malaysia. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dikatakan saling berkaitan dan sebab itu ia disebut serangkai. 


Seseorang itu boleh menghidap salah satu atau gabungan ketiga-tiga penyakit tersebut. Ketiga-tiga penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi yang lebih berbahaya seperti serangan jantung, strok dan sakit buah pinggang. Jika gagal untuk dikesan dari awal ataupun tidak dapat rawatan dengan segera maka ia boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung dan seterusnya menyebabkan kematian.


3.5 Juta Rakyat Malaysia Telah Menghidapi Penyakit Kencing Manis




Mengikut hasil kajian yang telah dibuat oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017, dianggarkan bahawa seramai 3.5 juta rakyat Malaysia telah menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes. Ramai kan? Korang tak perlu terkejut kerana itulah realitinya yang berlaku di negara kita hari ini.



Ramai yang menganggap bahawa penyakit diabetes ini hanya dihidapi oleh golongan warga emas dan individu gemuk atau obesiti sahaja. Ternyata anggapan itu sebenarnya salah sama sekali. Berdasarkan kajian, sejak tahun 2000 penyakit kencing manis ini telah dikesan dalam kalangan golongan muda. Pada tahun 2019 juga masih membuktikan kenyataan tersebut benar apabila sebanyak 17.6 peratus golongan berumur 40 tahun dan ke bawah telah menghidapi penyakit kencing manis. 

Kenapa hal ini terjadi? Kalau korang perasan pun sejak akhir-akhir ni banyak makanan dan minuman manis semakin viral di negara kita. Bermacam-macam makanan dan minuman yang ada dipasaran sekarang ni yang mendorong kepada peningkatan mereka yang menghidapi diabetes.


Selain itu, melalui kajian terkini pada tahun 2019 mendapati bahawa seramai 6.4 juta rakyat Malaysia dewasa menghidapi penyakit darah tinggi atau hipertensi. Tapi ada segelintir daripada mereka yang tidak sedar mereka meghidapi penyakit itu. Tekanan darah tinggi dan merokok adalah dua penyebab utama serangan penyakit jantung dan strok atau ringkasnya penyakit kardiovaskular. Penyakit kardiovaskular inilah yang menjadi punca utama kematian rakyat Malaysia. Selain itu, ketagihan alkohol juga turut menjadi punca seseorang menghidap hipertensi.

Faktor Utama Penyakit Tiga Serangkai


Terdapat banyak faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia hidup menderita dengan penyakit tiga serangkai ini bahkan sudah meragut banyak nyawa. Antara sebab-sebab utama yang telah dikenal pasti menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit yang membunuh ini ialah;

1) Keturunan


Ramai rakyat Malaysia yang menganggap bahawa punca utama penyakit tiga serangkai ini disebabkan oleh faktor keturunan. Perkara itu memang benar tetapi keturunan bukanlah satu-satunya faktor penyebab kepada penyakit ini. Masih ada banyak lagi faktor lain yang harus diketahui oleh rakyat Malaysia. 

Mungkin korang biasa lihat jika seseorang itu dimenghidapi penyakit tiga serangkai ini pasti dalam keluarga individu tersebut juga sudah ada penyakit yang sama. Perkara itu bukanlah satu yang mustahil.

Terutama apabila mereka sekeluarga juga mengamalkan gaya hidup seharian yang sama termasuk dari segi pemakanan yang tidak terkawal.

2) Pola Pemakanan Tidak Sihat


Seperti yang sering diperkatakan, badan kita akan menjadi seperti apa yang kita makan. Jika kita makan makanan yang menyihatkan maka badan kita akan sihat begitu juga sebaliknya. Cuba kita renungkan semula amalan pemakanan kita pada setiap hari. Adakah kita mengamalkan pemakanan yang sihat atau pun tidak?

Pemakanan adalah rutin penting dan harus dijaga dari awal. Ibu bapa perlu memantau pemakanan yang diambil oleh anak-anak pada setiap hari. Tambahan pula pada zaman sekarang ramai orang lebih suka makan makanan segera atau makanan ringan seperti ais krim, gula-gula, minuman berkarbonat, dan lain-lain makanan yang masin.

Kebanyakan kajian telah mendapati bahawa makanan segera atau ringan sedemikian telah menyebabkan peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak, penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Tanpa disedari, makanan tersebut mengandungi banyak kalori, garam, dan lemak yang jelas akan memudaratkan kesihatan.

3) Stres


Apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi stres, badan akan memberi respon dalam pelbagai bentuk termasuklah dari segi mental dan fizikal. Stres akan menyebabkan jantung seseorang itu mula berdegup dengan lebih kencang untuk menyalurkan lebih banyak darah kepada beberapa organ penting. Hal itu kemudiannya akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Stres yang berpanjangan juga akan menyebabkan kandungan lemak meningkat dan terkumpul dalam saluran darah. Oleh sebab itu saluran darah akan menjadi sempit dan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat serangan jantung atau strok. 

Eskayvie Phytax Solusi Kepada Penyakit 3 Serangkai




Secara amnya, penyakit tiga serangkai amat berbahaya dan amat berisiko untuk semua golongan tanpa mengira usia. Amalan gaya hidup yang sihat adalah kunci untuk kita menghindarinya. Selain itu juga, amaamalan pengambilan suplemen tambahan seperti Eskayvie Phytax juga dapat membantu mencegah dan merawat penyakit 3 serangkai ini.

Eskayvie Phytax merupakan salah satu produk berkualiti keluaran Eskayvie yang diformulasikan oleh doktor perubatan Dr Syid Ayob, Doktor Perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Ianya HALAL, selamat dan berkesan serta mempunyai rasa botani yang lazat. Eskayvie Phytax  menggunakan bahan-bahan 100% semulajadi iaitu 12 jenis bahan terdiri daripada gabungan tumbuhan dan buahan yang berperanan dalam mengatasi masalah penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengawal kolestrol.


3 Bahan Utama Dalam Eskayvie Phytax

 

1. Kulit Pokok Pain



Pycnogenol mengandungi kombinasi unik antioksidan dari procyanidin, bioflavonoids dan asid fenolik yang membantu atasi keradangan dan punca penyakit 3 serangkai 

Menyihatkan sendi 

Mengatasi sindrom metabolik seperti penyakit 3 serangkai. 

Menyihatkan salur darah

Terbukti selamat dan mempunyai lebih 400 kajian klinikal 

Sukar diambil dalam diet harian


2. Biji Anggur



Menyokong kesihatan salur darah 
Bersifat anti-radang 
Mempercepatkan penyembuhan luka 
Mengurangkan risiko strok
Membantu masalah mata akibat kencing manis 
Menyihatkan jantung
Meredakan bengkak kaki


3. Kulit Manggis


       Sumber antioksidan dan polifenol

       Meningkatkan metabolisma tubuh

       Mempunyai kesan anti-radang

       Menyokong kesihatan jantung

       Kandungan antioksidan Xanthone membantu menurunkan gula darah

●    Menurunkan paras kolesterol jahat



Kelebihan Eskayvie Phytax Kepada Tubuh Badan

 

       Menstabilkan gula darah

       Melancarkan aliran darah

       Menstabilkan bacaan kolesterol

       Menyihatkan sel-sel sakit

       Mengurangkan masalah berkaitan kebas, masalah jantung dan buah pinggang

       Membekalkan nutrisi yang sukar diperoleh oleh pesakit kencing manis

 



Cara Pemakanan


 Di bawah adalah cara pemakanan Eskayvie Phytax. Cara nak ambil mudah je.



Bagaimana Eskayvie Phytax Bantu Atasi Masalah 3 Serangkai

Feedback Pengguna Eskayvie Phytax

 

Berikut antara feedback pengguna yang dah mencuba Eskayvie Phytax. Ramai yang berikan respon yang positif selepas cuba dan amalkannya. Syukur alhamdulillah, aku tumpang gembira dengan kegembiraan mereka yang semakin sembuh.



*Gembira tengok bila bacaan gulanya semakin menurun dari bacaan berbelas ke 6.7.


Bagaimana Eskayvie Phytax Bantu Atasi Masalah 3 Serangkai

 *Aku tumpang gembira ibu puan ni bacaan gulanya semakin menurun dan makin bertambah sihat.



*Ngeri pula aku tengok luka tu. Alhamdulillah luka tu semakin pulih selepas amalkan Eskayvie Phytax.




Puan Siti Aminah, 60 tahun. Beliau mempunyai masalah jantung bengkak, tekanan darah terlampau tinggi, sakit kaki dan rabun. Keadaan ini menyebabkan beliau jadi terlalu penat dan sesak nafas.

Bila usia makin meningkat, banyak penyakit yang menyerang. Puan Siti Aminah mula rasa risau terhadap dirinya. 

Alhamdulillah! Kini beliau sangat gembira terhadap perubahan dirinya. 

Tekanan darah, penyakit kencing manis, jantung semua sudah makin baik. Rabun dan sakit kaki yang beliau alami juga sudah berkurang. Alhamdulillah! 🤲🏻

Cegah Dari Awal Sebelum Menyesal Dikemudian Hari


Rakyat yang berumur 35 ke atas dinasihati agar mulai berhati-hati kerana korang adalah golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini. Kenapa? Kerana dalam lingkungan umur tersebut segala organ-organ dalam badan sudah mulai berubah dan tidak lagi sekuat usia sebelumnya. Tahap keseimbangan darah mulai kurang stabil dan perlu lebih berhati-hati dalam bab memilih makanan. Kita harus melakukan banyak aktiviti senaman ringan tidak kisah sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu.


Jangan lupa juga untuk mengatur waktu tidur dengan baik. Tidur di awal waktu dan pastikan kita mendapat tidur yang cukup bagi mengumpul tenaga untuk bekerja pada keesokan harinya dengan bersemangat.


Eskayvie Phytax merupakan ikhtiar yang boleh diambil sebagai makanan tambahan untuk mencegah dan merawat penyakit 3 serangkai ini. Selepas berusaha mencari penawar bagi merawat penyakit yang dihadapi selebihnya kita perlu tawakal kepada Allah S.W.T semoga dia memberikan kesembuhan kepada penyakit yang kita hadapi. 


Produk ini sesuai untuk semua golongan. Nak tahu lebih lanjut lagi tentang Eskayvie Phytax korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie.


#EskayviePhytax #KehidupanLebihBererti



Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang semua!




No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!