Salam to all readers,
| Family Gathering, BBQ Rumah Moksu | Ikutkan banyak story aku nak up, tapi tak dan nak menaip. Bila nak menaip, satu kerja nak flashback, now pergi memana aku jot down dalam phone tak pun dalam notebook aku. Akhir-akhir ini aku dah start sakit-sakit badan bahagian belakang, adakah faktor usia? Nak kata penat kerja tu taklah, kerja aku still boleh handle lagi setakat ini. Ke aku patut ambil vitamin? Aku tak ambil apa-apa supplement setakat ini. Just malam minum susu before tidur. Sakit badan tu kadang-kadang can't brain, bacalah ayat Kursi, still tak boleh jalan. Now aku tengah konsisten sapu minyak angin sebelum tidur, baca ayat kursi, rehat secukup tenaga, even sepanjang hari aku terjaga pukul 3.00am. Hurmmm..
Bukan itu aku nak kongsikan sebenarnya...
Ikutkan, family belah mak aku yang kerap buat makan-makan ini hanya ada 2 orang je iaitu Pak Uteh & Pak Ngah aku, boleh kata banyak juga majlis makan-makan dibuatnya, terutama Pak Uteh aku, majlis doa selamat lain, open house lain, kenduri lain dan macam-macam perayaan lagi. Pak Uda aku memang takkan buat makan-makan apatah lagi nak kunjung ke rumah orang, orangnya memang duduk di rumah, tambah dah pencen ini dia akan ronda naik motor ke masjid, datang rumah mak setiap petang, then rescycle dia punya rutin untuk hari-hari berikut. Family aku pula, hanya aku dengan mak jerlah liat nak pergi makan-makan rumah orang even saudara, hanya abang dan adik aku je minat pergi makan-makan bertandang rumah orang.
Seorang lagi pakcik aku, rajin juga buat makan-makan tapi buat dekat rumah mak. Dulu waktu aku kecik-kecik, family mereka rajin balik tiap minggu, adalah pakcik aku BBQ bakar-bakar dekat luar rumah. Meriahlah zaman remaja dulu. Now, semua masing-masing dah besar, dan ramai juga dah ada family sendiri. Sampai tak tahu beza mana satu cousin, anak buah.
Disebabkan PKP, kiteorang lama tak buat gathering, dan mostly sanak saudara belum berkunjung ke rumah moksu. Jadi, kali ini pakat buat makan-makan BBQ dekat rumah Moksu 2 minggu sudah. Idea ini datang dari pakcik aku, dia memang suka buat makan-makan dan dia jugalah tukang masak waktu hari kejadian. Aku takyah cakaplah memang boleh dikatakan hampir setiap minggu datang ke rumah moksu, kalau takde plan apa-apa hujung minggu. Now kurangkan aktiviti luar, sebab tengah saving nak berjalan tahun depan. Moga tercapailah angan-angan nak flight.
Majlis makan-makan dibuat pada hari Ahad 19/6/2022, so sebelum hari kejadian moksu aku datang fetch aku dekat LRT, plan pergi cari ayam, bahan-bahan nak masak untuk BBQ. Kau jangan tanya aku bab masak ini aku failed, aku masak apa yang aku tahu makan je. Anggaran ayam banyak mana nak dibeli untuk 20 orang makan aku tak tahu berapa sebab aku tak pernah buat. Mujur family belah suami Moksu aku dah biasa buat makan-makan BBQ, so dorang familiar nak beli berapa banyak. At least adalah sumber rujukan boleh ikut.
Awal tu pergi Lotus dekat Paradigm, tapi tulah ayam pula takde. Alih-alih shopping barang basah dekat Bukit Jelutong, sana banyak pilihan, stok ayam pun banyak lagi. Ayam beli bahagian dada & drumstick. Tak ingatlah pula berapa banyak moksu aku masuk troli haritu. Lebih dari 10 pack tak silap. Dah siap beli barang, ambil pula baby Aireen baru balik ke rumah. Konon balik tu nak sambung basuh ayam, masing-masing malas nak masuk dapur, alih-alih esok pagi baru buat. Aku tukang cuci ayam, yang buat perapan tu moksu aku. Dah siap perap, masukkan semula dalam peti ais, tunggu chef yang beria nak datang awal masak.
Aturcara makan-makan start dalam pukul 12.00pm sampai 5.00pm. Orang pertama datang abang aku dengan kak Yana, diikuti Pak Alang & Family, Mak, Pak Itam & Family, Nuar (cousin) & Pak Uteh & family, termasuk tokcik pun tak ketinggalan datang sama. Tokcik aku je tak datang, lama rasanya tak jumpa dia. Next week balik raya boleh jumpa!
menarik nyer. aida suka acara gedering gini.
ReplyDeleteadik beradik aida dan adik beradik asben memang suka ber bbq.
raya haji ni pun adik beradik aida plan bbq aje.
tak masak2 genre raya. kami masak gaya biasa2 aje.
tapi special la :)
in shaa Allah...