Salam to all readers,
| Review Novel: Tinggal Satu Bintang Dan Itu Kamu by Acik Lana | Ikutkan lama juga aku tak khatam novel, last aku baca time Hari Raya tak silap. So, this weekend tak buat apa, then haritu sebelum balik KL aku sempatlah rembat 1 novel mak aku bawa balik, then malam tadi aku khatam sampai 3.00am. Kalau arwah nenek aku hidup, memang berleter dia. Mengaji kau taknak, khatam novel tak berfaedah celik biji mata. Kahkah.. Aku kalau dah duduk rumah sensorang, auto tak boleh tidur, tambah malam semalam mata aku memang segar lagi, alang-alang tengah syok baca habiskan sahajalah.
Satu jerlah hobi mak aku yang aku dapat, baca novel. Acik Lana ini one of favourite penulis dia. Aku suka juga penulisan Acik Lana, tak terlalu jiwang sangat, tapi novel kalini dia buat lain sikit, maybe faktor pandemik semua orang jadi kreatif bila duduk di rumah. Kalini novel dia ada unsur ilmu sihir. Nauzubillah janganlah terkena pada keluarga kita. Jom tengok lebih lanjut, harini terlebih rajin pula aku nak ulas novel yang aku baca, tambah blog pun aku dah lama tak update. At least, ada jugalah benda aku nak sembang sini.
Review Novel: Tinggal Satu Bintang Dan Itu Kamu by Acik Lana
Sinopsis:
Berkisah perihal seorang jejaka bernama Tengku Bakti yang memiliki pakej lengkap dalam hidup. Anak orang kaya, segak & berjaya. Disebalik kelebihan yang dia miliki menjadikan dia seorang manusia yang sombong, megah dan suka hidup berfoya-foya tanpa memikirkan dosa pahala.
Pada satu hari, berlaku satu peristiwa yang sangat mengerikan membuat hidup Tengku Bakti tersentak. Hidupnya menjadi tunggang langgang dan tak terurus, pendek cerita hidupnya berubah 180 darjah. Dia bukan lagi lelaki yang sempurna seperti dulu, ia dihimpit dengan kesengsaraan akibat dendam dari hati yang pernah dia hancurkan.
Dalam pada dia menanggung kesengsaraan, muncul pula seorang gadis yang bernama Seri. Terheret ke dalam dunia penuh misteri Tengku Banti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi.
Tengku Bakti terus menuduh Seri sebagai perempuan sihir, dikala Seri acap kali muncul dalam mimpi dia setiap malam. Kau memang nak buat aku mati! - kata Tengku Bakti.
Namun, tatkala jurang besar itu bercantum sehingga sering menemukan mereka berdua, masing-masing tertanya apa hikmahnya? Bagaimana Seri 'termasuk' ke dalam dunia penuh mengerikan yang didiami Tengku Bakti? Untuk apa? Demi siapa?
"Saya dah cuba sedaya upaya untuk halang makhluk tu dari terus makan Tengku. Tapi ini yang saya dapat? Dituduh sebagai tuan makhluk tu pulak?"- Seri
Pertemuan, pertolongan, perlindungan, dan perhatian menjadi rencah dalam hubungan Tengku Bakti bersama Seri. Mampukah sengsara angkara iblis dan syaitan ditamatkan bersama? Dan sejauh mana pengorbanan Seri yang polos dihargai oleh lelaki buaya darat seperti Tengku Bakti?
Ulasan Lepas Pembacaan:
Sinopsis belakang buku sebenarnya aku tak minat. Tapi bila dah start baca, dia berterusan nak baca dan nak ketahui lebih lanjut. Acik Lana punya penulisan kira tak pernah mengecewakan. Kalini dia bawa unsur elemen syirik, sihir. Ditambah pula sekarang banyak sangat penyakit hati, penyakit Ain. Sangat menakutkan sama sekali.
Aku suka watak yang dibawa oleh Tengku Bakti, seorang jejaka yang sungguh berkarisma, kaya, cerdik. Sungguhpun dia suka hidup berfoya-foya tanpa mengira dosa pahala, hubungan dia dengan orang tua cukup rapat, dia sangat hormat kedua ibubapanya termasuk abangnya, Tengku Jasa. Bilamana, satu peristiwa menimpa diri dia sehingga dia jatuh terduduk, dia jadi mahu mati, ibunya Puan Azizah tidak berputus asa memanggil orang untuk ubatkan anaknya supaya kembali pulih. Puan Azizah, bertemu dengan Tok Mat dan merayu padanya Tok Mat supaya mengubati Tengku Bakti. Tok Mat akhirnya bersetuju dengar syarat, Tengku Bakti harus tinggal berdekatannya. Lalu, Puan Azizah mengesyorkan, Tengku Bakti menginap di Pantai Bolok rumah di Kuantan. Rumah yang dibina oleh Tengku Majid untuk disewakan pada orang.
Jadi, bermula detik perjumpaan Seri & Tengku Bakti di Kuantan. Setelah, Puan Azizah, Tengku Majid bersetuju membawa Tengku Bakti tinggal di Kuantan, mereka bertungkus lumus membuat terbaik untuk Bakti. Dia mencari tukang masak, lalu Seri dan ibunya, Kalsom direkemenkan oleh Mak Wan. Makcik Kalsom memang pakar masak dikawasan kampung, buat pertama kali hantar lauk di rumah agam Puan Azizah, mereka terkesima melihat rumah banglo yang besar dan pemilik yang sangat ramah iaitu Puan Azizah. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, Puan Azizah menawarkan Kalsom & Seri untuk tinggal sekali didalam rumah tersebut, memandangkan kes Covic semakin meningkat. Kalsom & Seri akhirnya akur, mereka dilayan begitu baik sekali oleh Puan Azizah.
Satu hari Seri diarahkan untuk menghantar breakfast di bilik Tengku Bakti, waktu tulah Tengku Bakti terus merentap Seri dan menuduh Seri sebagai ahli sihir yang ingin membunuhnya memandangkan si Seri ini acap kali muncul dalam mimpinya. Seri terus menampar Tengku Bakti kerana memperlakukan dia sebegitu, Seri cuba menerangkan apa berlaku. Kejadian pagitu tidak diketahui oleh Puan Azizah & Kalsom.
Setiap malam Seri & Tengku Bakti akan mimpi benda yang sama dan mereka berdua cuba mencari jawapan siapakah gerangan yang menghantar benda tersebut. Seri ini mempunyai kelebihan mengubati orang dan melihat benda alus daripada arwah atuknya. Namun, Kalsom tidak membenarkan dia menolong orang lagi memandangkah setiap kali selepas Seri menolong orang, keesokkannya dia akan demam panas, dan sakit-sakit. Jadi, disebabkan Puan Azizah merayu pada Seri untuk menolong Tengku Bakti sementara tunggu Tok Mat datang, akhirnya Tengku Bakti lega dari diserang. Apabila melihat Seri telah bersusah payah menolong dirinya, akhirnya dia akui bahawa Seri berada dipihaknya.
Seri pula dan bertunang dengan Habib, member zaman sekolah. Namun, Seri tidak cukup berkenan dengan perangai Habib yang terlalu obses dengan dirinya. Disebabkan Habib cemburu buta bila Seri mengambil keputusan duduk di rumah Tengku Bakri, Habib menggunakan kuasanya sebagai tunang untuk memaksa Seri mengikuti arahannya. Seri akhirnya mengambil keputusan untuk mengakhiri pertunangannya secara baik. Namun si Habib menyimpan dendam dengan cuba memperkosa Seri, mujur Tengku Bakri lekas bertindak.
Setelah keadaan Tengku Bakri makin pulih, Puan Azizah dan suami mengambil keputusan untuk pulang ke Langkawi semula. Namun, memberi amanah kepada Seri dan ibunya menjaga rumah tersebut setiap kali ada tetamu. Tengku Bakri cuba mencari identiti sebenar dan ingin menjadi Tengku Bakri yang baru sebelum mengambil keputusan melamar Seri. Dalam pada mereka bersulam cinta, rupanya ada yang tengah kritikal.
Siapa sangka, orang yang cukup rapat, darah daging kita sendiri yang dalam disebalik semua. Akhirnya, rahsia terbongkar bilamana Tengku Bakri datang melawat ke rumah abangnya Tengku Jasa. Dia masuk kebiliknya, dan melihat dengan matanya sendiri bilamana melihat gambarnya dicucuk dengan jarum. Siapa tak sedih bila darah daging sendiri menghantar sihir akibat iri hati.
Jadi, rumusannya, bila mana kita tak berpuas hati dengan adik beradik sekalipun, cuba berdepan dahulu. Janganlah kita cepat mengambil keputusan menghantar sihir. Kelak makan diri sendiri.
Rate: 5/5.
Aku percaya benda ini memang wujud. jadi apa-apa pun kembalilah pada maha Esa. Kalau kita sempat bertaubat tak mengapa, kalau kita tidak sempat bagaimana pengakhirannya? Tepuk dada tanya hati k!
Thank you for reading!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!