Salam to all readers,
| AEON x KLOTH CARES Menawarkan Inisiatif Tong Kitar Semula | Jom sama-sama selamatkan bumi kita! Let us do our small bit to make the world a cleaner and healthier place. AEON kini meneruskan usaha kemampannya dengan bekerjasama dengan KLOTH CARES untuk menyediakan tong kitar semula di cawangan AEON MALL & AEON BIG yang terpilih. Akulah salah seorang yang gembira bila AEON inisiatif macam ini, sebab aku terlalu banyak baju yang tak terpakai. Mostly banyak pakaian yang masih elok, tak tahu nak salurkan ke mana. Bila ada tong kitar semula ini, senang sikit nak drop barang dekat sana. Tambah cawangan AEON memang banyak.
AEON x KLOTH CARES Menawarkan Inisiatif Kempen Kitar Semula
Inisiatif kitar semula ini telah dilancarkan di AEON Alpha Angle Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5 June 2022. Ini merupakan salah satu usaha AEON sendiri dalam memperkasakan inisiatif kemampannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem.
Dari kiri, Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON, Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur, dan Nik Suzila, (Co-Founder Kloth Malaysia Sdn Bhd)
Majlis yang diadakan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 itu diserikan oleh Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur & Putrajaya, dan penampilan istimewa oleh adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.
Menurut Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON, “AEON komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu membawa impak positif kepada komuniti. Kami kekal komited untuk mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah kami selaraskan dengan prinsip teras kepada Manusia, Keamanan dan Komuniti,”
Encik Azli turut menyatakan“AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka. Dalam melaksanakan inisiatif pada hari ini, kami bersyukur kerana kami dapat bekerjasama dengan Kloth Cares dan rakan pengasas mereka, Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk membantu kami menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan kami,”
Sebanyak
38 tong kitar semula akan diguna pakai dan ditempatkan di cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Menerusi inisiatif ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun.
Aku pun sempat sertai "Protect Our Planet" Ikutkan banyak lagi pakaian nak bawa. Tapi disebabkan aku naik public transport sorang-sorang. Mampu galas 1 bag je dulu. So korang, jangan bakar pakaian lama, korang boleh drop pakaian terpakai dekat tong kitar semula by AEON ini tau!
Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) - 12 dan 17 yang menumpukan pada memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan, serta mengukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.
Untuk makluman lanjut berkenaan AEON x KLOTH CARES Menawarkan Inisiatif Tong Kitar Semula, anda boleh layari terus AEON Website, Facebook & juga Instagram.
Apa tunggu lagi, jom sama-sama sokong inisiatif AEON x KLOTH CARES.
#ProtectOurPlanet
bagusnya campaign ni
ReplyDeleteusaha yang bagus dan semoga usaha AEON, Kloth akan dapat kerjasama semua orang kan
ReplyDelete