Salam to all readers,
| Shopping Barang Ikea Lagi + Sambut Birthday Mak! | Seperti biasa, setiap tahun lepas raya hari pertama ataupun hari kedua kebiasaannya keluarga aku ke Ikea tak pun singgah Pavillion. Tapi sejak 2 tahun PKP, kami duduk rumah tak singgah mana-mana, masih risau lagi. Tambah faktor usia mak aku yang dah berumur. Even, tak dapat pergi Ikea kami shopping online weyh. Beli direct dari website then minta hantar ke rumah. Masuk tahun ini merupakan tahun ke-2 beli barang Ikea through online je. Mak akulah shopping, aku tukang order kan sahaja.
Dialah orang paling gembira bila tahu boleh beli online. Tu baru Ikea yang dia duk duk screen short dekat aku, tak termasuk lagi barang Shopee dia. Pening kepala aku dapat mak kaki shopping. Kali ini shopping katil sampai 2 biji, ganti bilik aku 1 dengan katil abang aku. Katil aku sebelum ini punya aku letak dekat bilik adik aku, memandangkan katil dia guna tu dah 32 tahun tak bertukar. Punya lejenlah katil tu, masih kukuh lagi. Tapi mak aku dah jemu, dia teringin nak ganti baru. Aku realisasikan dengan menjadi tukang belikan sahaja. Bilik aku gak cantik nanti. Katil aku pilih sudah semestinya katil Lervik.
Patern aku pilihkan, lama dah aku nak patern ini. Tahun sudah dah habis stock, pilihlah yang mana ada. Katil Lervik ini ala-ala style English tu aku kenan nak beli. Mak aku kata katil orang tua, katil dalam hospital katanya. Arghhh asalkan cantik pada pandangan mata aku. Aku aim nak bilik aku semua putih kononnya. Nak ganti perabot tak boleh tukar sekaligus, kenalah kumpul duit sikit-sikit baru beli. Mak usu aku pula sponsor tilam baru, lagi syoklah berguling atas katil.
Tiap kali raya, mak akulah paling seronok sebab dia banyak dapat duit raya dari uk-tuk saudara, anak-anak dia, anak buah belaannya, sampai pergi beraya rumah kawan aku sendiri maknya bagi duit raya pada dia. Maybe faktor mak aku tak bekerja, single mother jadi layak lagilah dia dapat duit raya bebanyak. Hopefully aku tua nanti, dapat duit raya macam mak aku. Kahkahkah...
Aku order barang Ikea pada 5/5/2022 belah petang. Mak aku kata dah alang-alang charge delivery mahal baik beli 2 katil sekaligus dengan kerusi menjahit dia sekali. Aku okay jerlah, mak aku yang shopping aku tukang orderkan je. Aku suka jugalah shopping Ikea through online ini, proses penghantaran ke rumah pun cepat. Aku tak ambil pakej pemasangan sebab benda boleh pasang sendiri buat apa perlu bayar kan?
Order barang 5/5/2022, penghantaran 7/5/2022 tepat jatuh pada tarikh birthday mak aku. Betul-betul dia beli barang untuk diri dia sendiri. Jadual penghantaran ke rumah around jam 1.00pm ke 4.00pm. So belah pagi tu, aku bawa mak aku ke Aeon Bukit Tinggi, belanja makan. Awal tu dia taknak pergi risau anak bongsu dia nak berangkat ke Terengganu. Walhal takut naik dengan aku, bila aku yang drive. Walhal aku paling cermat bawa kereta okay, duduk lane kiri, bawa ke 60-80km jer, adik aku yang tak reti bagi signal dia confident naik pula. Lepas dipujuk baru nak pergi, lama tak bawa dia keluar berjalan. Aku ingat nak pergi IOI Mall Putrajaya lepas tu dia kata jauh taknak, jadi pergi jerlah Aeon Bukit Tinggi.
Aku tak suka sangat laluan Klang, jalan banyak lubang, merosakkan kereta jer. Around pukul 9.30am pagi kami dah keluar rumah. Sebelum keluar rumah, sempatlah dia cium anak bongsu kesayangannya. Adik aku bila jauh kemain nak balik rumah. Bila balik rumah tak reti lekat dekat rumah. Ada dia riuh sikit rumah, dia kalau bersembang ibarat gajah pun boleh terbang ceritanya. Layankan jerlah sembangnya.
Ini jerlah aktiviti aku before balik KL tempoh hari, adik aku la ni tak sampai seminggu dekat Terengganu dah type cakap pantai Timur. Kemain nak jadi orang sana. Kalau korang nak beli barangan Ikea through Shopee pun boleh, ada personel shopper yang boleh dipercayai.
Boleh refer linknya di sini>> https://shope.ee/2pppJqJFTs
Thank you for reading guys!
Azwar kg dekat Terengganu keee
ReplyDelete