Salam to all readers,
| Pengalaman Naik ATV Adventure Park KL, Kemensah! Syokkk Weyhh | Gara-gara Sue Whatsapp aku raya ke-2, pishang duduk rumah katanya, kau takde plan nak hiking ke Azwar. Raya ke-2 dia dah tanya aku plan masuk hutan weyh? Sungguhpun aku pun tak ada benda buat raya haritu. Hanya bersantai-santai dekat rumah. So, naik KL semula, baru aku atur semula rencana dengan group hiking aku. Macamlah ramai sangat, walhal 3 ketul orang je pun. Punyalah happy aku nak ajak naik ATV, macam aku ajak naik aeroplane katanya. Aku plan boleh, tukang drive aku bagi orang lain.
Perkarangan dalam kawasan atv, area tempat register dan tempat training sebelum dilepaskan naik ke trak.
Aku text dalam group random sangat, macam minggu ni nak pergi. Isnin tu baru aku text dengan dorang ON tak ON. Tup-tup Elly yang dah lama hilang dari radar tak masuk hutan tu pun tetiba nak come back, siap ajak husband lagi. Husband dia excited nak join sekaki. Aku dahlah tak biasa nak kenal orang baru. Si Elly ini dah pesan awal-awal, jangan malu-malu, jangan fake katanya. Dia tak jealous katanya. Yelahh tuu. Dah alang-alang masing-masing on, aku pun buatlah carian mana pakej okay, yang best, paling penting dekat dengan area KL. Aku survey via Instagram, guna hashtag pun boleh nanti bersepah keluar. Aku prefer yang ada perhentian waterfall. Tup-tup jumpa juga, atvadventureparkkl punya pakej. Time tu juga terus whatsapp tanya ada kekosongan tak. Bila dia kata ya masih ada kekosongan slot pagi. Terus on.
Ada baik korang whatsapp dulu untuk booking, jangan pakat walk-in karang tak pasal-pasal kena balik sebab full. Masa aku datang ada juga yang datang walk-in, dorang tak terima sebab slot dah penuh. 1 group dah makan masa 1-2jam juga. Nak train lagi pun ambil masa nak sesuaikan. Mula-mula aku ingat atv ini dekat area aku naik paragliding tu, rupanya ini dekat lorong zoo negara masuk dalam. Masuk sini, abang Shaiful dah pesan awal-awal jangan salah masuk atv pula, sini memang banyak group atv. ATV Adventure Park KL ini paling atas sekali, atas bukit sana. Nak naik ke atas mencabar jugalah, makin lama makin kecik lorongnya, tambah jalan banyak lopak air, belum naik atv lagi nak pergi pun mencabar.
Kiteorang gerak sama seperti nak pergi hiking. Biasa malam sebelum tu aku akan bising dalam group. Jangan lupa bangun awal, even aku paling last dorang fetch dekat rumah. Tapi, aku bantai tidur awal malam tu, penat balik kerja, mandi terus tidur. Esoknya dorang duk pakat gelak kat aku. Mana aku menghilang. Aduhaii.. Paling excited kakak Elly kitalah, 10 kali tanya, nak pakai baju apa. Nak je aku cakap pakai baju kurung. hahaha..
Buat aktiviti lasak begini, pakai jerlah sport attire, bawa air, boleh bawa spare baju kalau nak mandi. Kiteorang takdan nak mandi pun, memandangkan perhentian dekat waterfall tu hanya 15 minit je pun. Lepas tu ramai pula orang nak naik. Jadi, turun celup-celup kaki jerlah. Even tak dapat mandi, kiteorang rasa puas hati gilalah main atv ini, tambah dapat guide yang ramah. Awal-awal sampai, check nama, dan isi form, lepas tu tunggu nama di panggil. Kemudian, kami diberi training terlebih dahulu, macam mana nak kendalikan atv ini. Benda tu berat dan besar okay. Abang tu siap pesan, jangan turunkan kaki dari atv nanti kaki boleh terseliuh. Elakkan turunkan kaki, tapi kiteorang tetap turunkan masa dekat track, sebab rasa nak jatuh. Walhal tak jatuh lagi.
Pengalaman Naik ATV Adventure Park KL, Kemensah!
Trails dekat sini agak mencabar jugalah, dengan lumpurnya, kawasan mencerun, mendatar, bebatu semua kami redah. Elly yang konon penakut, bapak laju dia bawa depan sekali. Mujur laki dia belakang aku, makan lumpur. Kesian gila!! hahaha...Aku pula ada masa berani, ada masa cuak juga takut jatuh. Abang yang guide kami tu jugalah paling sempoi, dengan tak pakai helmet, sebelah tangan record video kami, bawa pun sebelah tangan. Dah itu kerja dia hari-hari, memang tabiklah. Berbaloilah bayar mahal-mahal, dapat pengalaman yang mengasyikkan.
Perjalanan jauh, dan dapat menyaksikan panorama hutan yang mendamaikan. Nak balik tu pula, kami lalu jalan tar, laluan kereta. Waktu tu, masing-masing pulas laju je ke depan. Abang tu layankan sahaja kami.
Harga Naik ATV Adventure Park KL
RM105/per pax
Dekat sini tiada gopro, so kalau korang nak bergambar atau rekod video, request je pada abang yang guide korang tu. Semua abang-abang dekat sana ramah dan saling membantu. So, kalau korang nak merasa naik atv, aku syorkan korang ambil pakej atvadventureparkkl ini. Betul-betul puas hati! Lepas main boleh pulun makan aiskrim pula, kebetulan ada abang aiskrim motor masuk situ. Sedaplah makan waktu cuaca tengah mencanak panas. Sini, pun ada ruang untuk solat juga kalau korang nak sembahyang. Pendek cerita, semua serbi lengkaplah dekat sini.
Dah puas main, masing-masing kelaparan. Terus gerak ke mamak pekena Nasi Kandar. Sue pula tak berapa sihat nak balik tu, aku lepas sampai rumah, kemas diri, sambung tidur jap lepas asar dah cabut ke rumah moksu aku. Lagi tak boleh duduk diam, ada je tempat nak merayap. Weekend je boleh merayap, hari kerja, pergi office balik office. So nikmatilah cuti anda, dengan kehidupan yang menyeronokkan.
Nah video short video kami main atv last week. Banyak gambar tak boleh masuk pula. Apa-apa pun memang best. Now, tengah kering kena saving and main benda free pula. Maybe akan datang sambung hiking semula. Banyak lagi bukit area KL tu tak naik lagi.
Thank you for reading and watching my video!
Happy weekend korang!
enjoy je main atv! bestnyaaa.. walaupon xdpt mandi manda tp dpt main atv syok dh tu..
ReplyDeleteweekend jela nk enjoy puas2 kan.. lupakan segala kerja..
Bestnya... adventure gitu
ReplyDelete