Salam to all readers,
| Pengalaman Buat Spec Mata di Outlet Crack GM Klang | Dalam pada panik menyambut raya, aku dengan mak aku panik nak buat spek mata baru pula dah. Mak aku dah lama teringin nak tukar baru, sebab dah lama sangat tak tukar. Aku pun sama dah terlalu lama pakai yang sedia ada. Alang-alang aku ada dekat Telok, adik aku pun ada aku pakat mak aku jomlah kalini kita buat dekat GM Klang. Dengar-dengar dekat sana murah, boleh siap tak sampai 30 min. Aku nak drive ke sana sendiri tak berani, kereta dekat area sana bersimpang siur. Naik dengan adik aku dia cekap sikit, tapi kena berzikir jugalah naik dengan dia. Kemain dia press minyak.
Yang rajin buat spec mata dekat GM Klang ini, family pak Itam aku. Dia kata buat sana senang, banyak patern bingkai cantik, siap cepat, harga pun murah. Kalau tak boleh siap haritu disebabkan power terlampau tinggi, nak request pos ke rumah pun boleh. Seawal pukul 10.00am kami dah menapak ke GM Klang, best jugalah pergi time raya ini, orang tak ramai.
Kedai buat spek dekat GM Klang memang banyak, kalau korang nak buat dekat GM Klang, terus masuk blok B. Masuk-masuk je, setiap tingkat ada kedai cermin mata. Aku masuk kedai mana yang aku nampak dulu, tak kuasalah nak masuk kedai lain. Aku dengan mak aku dulu biasa buat dekat area rumah ini juga. Tapi tulah siap lambat, seminggu baru siap, harga spek mata lama aku dekat RM700 kot.
Then, bila ramai kata murah buat spec mata dekat GM Klang, terus aku heret mak aku pergi sekali. Nak buat dekat Sungai Wei, aku malas pula nak berjalan ke sana. GM ini banyak blok, blok A more pada kedai-kedai shopping jual baju, kedai plastik, kedai baloon, kedai makan. block C & D more pada barang-barang perkahwinan. Nak cari kedai spec korang kena straight masuk block B. Mujur aku text Hanum haritu, tanya dia blok mana kedai spec mata. GM ini memang tempat dia, aku nama je orang sini, tapi boleh dibilang berapa kali je aku ke sini.
Mak aku punya spec mata kena tunggu seminggu baru siap, nanti mereka pos terus ke rumah. Awal tu dia taknak buat, bilamana dia dengar staff tu cakap harga spec mata dia RM1000 lebih, baik buat dekat area rumah je katanya. Aku punya spec mata total harga RM244, siap haritu juga. Memang ambillah. Bila dah selesai aku check mata kira silau aku bertambah ke berkurang, tup-tup mak aku tukar fikiran nak buat sekali. Bila kira balik, spec mata mak aku kena RM900 je. Dia salah dengar sebelum tu.
Sini banyak bingkai ala-ala korean, memang cantiklah, pilihan warna pun banyak. Harga bingkai spec mata aku RM68. Power silau aku pun bertambah, sebelum ini 100, sekarang kanan kiri 125. Aku silau je, mak aku rabun jauh, dekat, silau semua cukup complete. Tu pasal ambil masa beberapa hari untuk siap. Aku suka kedai spec ini, ditambah lagi, staff dia ramah dan banyak bagi advice macam mana nak buat pilihan spec mata yang elok. Paling penting tidak memaksa customer beli.
Lama jugalah aku dengan mak aku buat pemilihan spec mata dekat kedai ini. Dah pilih, kena check mata untuk pilihan cermin nya pula. Settle tu buat bayaran, dan tunggu spec mata aku siap around 30 minit. Sementara tunggu cermin mata aku siap tu, sempatlah mak dan aku pergi ronda naik atas pula tengok apa ada jual. Aku spesis, kalau keluar nak aim buat spec mata, memang tuju kedai spec je. Ini disebabkan taknak kedai spec mata tu penuh dengan orang ramai, baik aku pergi berjalan tempat lain.
Mak aku serupa robot dah, waktu ini dia kena check mata, tengok power bertambah ke berkurang.
Okaylah, akhirnya dapat juga cermin mata baru. Almost pukul 12.00pm jugalah baru selesai membeli belah dalam GM. Siap shopping, baru call adik aku ambil dekat depan pintu masuk. Seronoknya, jadi boss2 ini, pergi berhantar balik diambil.
Total harga Spec Mata mak & aku: RM1144
Mak: RM900
Aku: RM244
So, kalau korang nak buat spec mata area Klang ini, boleh cuba buat dekat GM Klang. Setakat ini aku pakai cermin mata baru, memang molek sangat. Warna pinkk pula tu. Asyik warna hitam je, kalini kita bertukar ke warna pink pula. Apa macam, okay tak dengan aku?
Thank you for reading!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!