Hiking Sungai Pisang, Gombak | Keindahan Waterfall Sungai Pisang Sungguh Menakjubkan - Azwar Syuhada

Saturday, 9 April 2022

Hiking Sungai Pisang, Gombak | Keindahan Waterfall Sungai Pisang Sungguh Menakjubkan

 Salam to all readers,


| Hiking Sungai Pisang, Gombak | Keindahan Waterfall Sungai Pisang Sungguh Menakjubkan |  Maaflah, lama menyepi, sejak aku tukar bilik ini, line internet aku auto hilang dari radar. Setiap kali nak call mesti kena ke dapur baru ada line. Teruk betul line Umobile. Nak dijadikan cerita last week (seminggu sebelum puasa) aku sempat meluangkan masa mendaki Sungai Pisang.  Lama juga aku stop pergi hiking, tambah dengan cuaca kerap hujan. Bila kita free, geng kita pula tak free, bila dorang free, aku pula tak free. So trip kalini, aku dengan Sue je pergi, kakak Elly sejak dia dah berkereta asyik berjalan. Duk mengata aku kaki jalan, dia 2x5 je. 

Hiking Sungai Pisang, Gombak | Keindahan Waterfall Sungai Pisang Sungguh Menakjubkan


So, aku dengan Sue decide pergi hiking Sungai Pisang tanpa kakak Elly. Aku aim nak naik sini pun sebab nak pergi ke tempat air terjun. Even aku dengan Sue tak prepare pun nak mandi air terjun, just rendam kaki je. Mak aku cukup tak berkenan aku pergi tempat ada air terjun, aku cakap dah tak mandi bagi menyedapkan hati. Pendek cerita, air laut, sungai, air terjun ni keluarga aku pantanglah, sebab takut lemas. Mak aku dah bagi pergi hiking pun dah kira bersyukur. 


Btw, kalau korang nak ke laluan Waterfall Sungai Pisang, makesure korang dapatkan permit terlebih dahulu. Siapa yang lepas tanpa permit kira bernasib baiklah, tapi kalau korang terserempak dengan ranger hutan terundurlah perjalanan korang nanti tanpa permit.


Cara apply permit?

2. Download Borang Memasuki Hutan Simpanan Kekal (Mendaki Gunung) 
3. Isi borang , dan print-out (3) salinan . 
4. Walk in ke Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah -Bangunan Blok B , Tel : 03-9081 4918
5. Bagi (3) Salinan Borang tadi , kemudian inform tarikh. Kalau ada slot kosong baru lepas . Kalau tak perlu tunggu tarikh dari Pejabat Hutan . 
6. Bayaran permit untuk satu orang RM5 sahaja. 


Aku banyak buat carian di internet before aku pergi hiking, mana nak stop, mana pintu masuk semua. Sebab Sue, hanya tahu bawa kereta je. hahah..So, trail nak ke Sungai Pisang ni agak clueless jugalah sebab banyak info berbeza-beza dari orang dan dia banyak laluan pintu masuk. So, aku decide follow 1 blog ini dia kata stop dekat SKEM Driving Academy awalnya. Tapi bila sampai situ takde pula tengok orang ramai dekat situ nak hiking. Sudahnya tanya guard yang jaga SKEM Driving Academy, mana pintu masuk nak ke Sungai Pisang. 

So, dia kata kena kedepan lagi, jalan terus sampai ke Kem Alang Sendayu lepas tu belok ke kiri. Nanti laluan kiri tu dia ada macam tampal notis, tidak dibenarkan masuk, tapi korang kena masuk juga laluan tersebut. Bila masuk laluan tersebut barulah nampak deretan kereta orang yang nak pergi hiking ke Sungai Pisang.


Laluan ini sempit sikit tempat parkingnya. Makesure, korang siap-siap cash RM10. Nanti ada seorang kakak akan kutip duit parking RM10. Mujur kami sampai kira awal jugalah. Sempang melalui jalan ke Sungai Pisang ni, ramai rider berbasikal, jadi hati-hati memandu kenderaan ke sini. Jangan bawa terlalu laju, tambah jalannya 2 hala je dan sempit.




Sampai-sampai dah setel park kereta, korang tanyalah akak tu mana nak lalu untuk ke Sungai Pisang. Nanti dia tunjuk arah ke sungai dan semestinya kena lalu situ. Cukup tak membantu dia punya penunjuk arah. Sudahnya, kiteorang follow group budak Cina kebetulan dia nak kesana sekali.


Seelok-eloknya pakailah kasut sukan yang tak haus, sebab lalu dalam air yang banyak batu takut tergelincir. Nak selamat, ikut laluan tepi. Nak pergi kena ikut laluan air secara balas. Nak balik pun sama ikut sahaja laluan air sungai ini.


Dengan jayanya aku basahkan kasut dalam 1 hari dan dalam kasut ini juga dipenuhi dengan pasir. Nanti korang akan jumpa signboard seperti dibawah, masuk laluan hutan ini, korang boleh follow jalan yang tak bersemak, then boleh nampak kesan tapak kasut, means situlah laluan orang keluar masuk untuk menuju ke Sungai Pisang. 


Around 10 minit perjalanan, korang akan nampak penampakan 2 bulatan besar (laluan air, yang cukup popular kalau datang ke sini pasti bergambar di sudut ini). Dekat sini stop dekat 30minit. Tunggu giliran bergambar. Better datang awal, tengahari dah start panas, nak bergambar pun tiada mood. Dah selesai OOTD dekat sini nanti, korang teruskan perjalanan menerusi lorong bulatan besar ini, mana-mana pintu pun boleh, keluar tempat yang sama juga.





Sue tak tahu ada waterfall dekat sini? Aku teringin nak pergi sini pun sebab nak tengok waterfall tu je, kalau setakat pergi mandi-mandi air ni baik pergi Sungai Congkak je. hahaha...Okay masa kiteorang pergi ramai yang clueless tak jumpa waterfall. Sampailah kiteorang jumpa tangga ini. Aku dengan Sue naiklah sampai ke atas nampak Highway. Then, kiteorang decide duduk dekat tangga tu kejap. Dalam pada kiteorang duduk tu datang pula 1 group India ini turun dari situ, dia tanya kiteorang tahu tak nak ke waterfall. Aku dengan Sue pun balas tak tahu jugalah, ini 1st time datang sini.

Dalam pada kiteorang bercakap, datang pula pasangan kekasih? Maybe husband and wife? Aku tak tanyalah status dia apa. Budak India tu tanya abang tu tau tak nak ke waterfall? Then dia cakap tahu, jomlah dia tunjukkan. Masing-masing muka bercahaya. Abang tu kata nak ikut jalan sungai tu pun boleh, tapi jauh sikitlah perjalanan. Jomlah kita lalu laluan highway. 

Korang kena naik tangga ini dulu, nanti keluar highway. Sampai ke atas belok ke kiri. Jalan jauh sikit around 30min maybe?


Inilah abang yang bantu kiteorang ke waterfall. Rasa dorang stay lama sikit kot, sebab siap bawa khemah lagi. Memang prolah, dia siap bawa pisau nak bagi tanda.




Kali ini Sue jalan slow sikitlah, sebab aku je yang follow. Kalau ada Elly, dia yang rajin tunggu aku kat belakang. Kakak akan pastikan adik-adiknya selamat gitu. Tapi aku syak kakak tu preggy sekarang, sebab dia mengelak masuk hutan bila kiteorang ajak. Kita tunggu good news dari dia nanti. Even perjalanan nak ke waterfall boleh tahan jauh, tapi berbaloilah bila dah sampai ke puncak. Memang cantik waterfall Sungai Pisang, sambil menikmati panorama waterfall sini, korang boleh tengok orang climbing. Aku tak mainlah, tengok dahlah.


Kiteorang duk berendam belah atas, dah puas main air, baru turun ke bawah tangkap gambar. Bawah ramai orang mandi manda. Nak mandi pun takut. Lagi-lagi sungai ini, air kemain deras. Mak selalu pesan, kalau nak pergi mana-mana jangan terlalu seronok then bacalah doa.




Bila jam dah menunjukkan pukul 12.00pm kiteorang bergerak untuk balik. Plannya lepas balik hiking Sungai Pisang ini, kononnya nak pergi makan, siap bawa baju nak tukar. Tapi kiteorang sengal tak bawa baju salinan, habis semua basah termasuklah pakaian dalam. Sudahnya aku ajak Sue balik rumah aku kejap, mandi-mandi, rehat, solat Zohorbaru keluar balik. Punyalah steady, Sue kalini drive aku kemana sahaja aku nak pergi. 

Btw, kiteorang lupa jalan balik yang ikut highway tu. Sudahnya, kiteorang balik ikut laluan sungai. Balik rasa kejap, nak pergi tu rasa lama. Korang ikut je laluan sungai, Insyallah sampailah jalan pulang. Dalam pada nak balik, terlihat pula keindahan alam dibawah. Cantik pula cendawan and pokok bunganya.



Hiking Sungai Pisang, Gombak | Keindahan Waterfall Sungai Pisang Sungguh Menakjubkan

Hiking Sungai Pisang, Gombak | Keindahan Waterfall Sungai Pisang Sungguh Menakjubkan

Yeahhhh.... finally berjaya juga sampai ke Sungai Pisang. So, bila nak hiking lagi? Maybe bulan 5 lepas raya baru start balik. Kiteorang tengah atur jadual nak kemana lepas ini. Masing-masing busy sekarang ini, weekend je free.


Bagi aku Sungai Pisang ini best juga hiking. Tapi sesuailah bawa anak kecik yang masih baby ke sini. Sebab jalan arus sungai penuh batu. If parent memang jenis hiker kental dan sanggup redah risiko, why not ya? 

Location: Sungai Pisang
Est: 1 hours
Difficult: Medium (sesuai juga untuk beginner, makesure bawa orang yang biasa naik and tahu jalan)


Thank you for reading guys!!


1 comment:

  1. Nak tanya, ada line phone tak kat sg pisang?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!