Finally! Selesai Juga Urusan Pindahan Barang =) - Azwar Syuhada

Saturday, 16 April 2022

Finally! Selesai Juga Urusan Pindahan Barang =)

 Salam to all readers,


| Finally! Selesai Juga Urusan Pindahan Barang =) | I'm back! Lama gila tak kongsi apa terjadi dengan aku lately. Bulan ini dah masuk 2 bulan Oyah & Syairah keluar rumah, sumpah kalini aku rasa lain sikitlah. Ini maybe sebab penangan PKP hampir 2 tahun, buat kami rapat, banyak masa dekat rumah. Bila masing-masing pindah keluar, rumah auto sunyi. Dapat roomate baru tak banyak duduk rumah sini pula. Aduii...


Mujurlah, rumah baru Oyah tak berapa jauh dengan aku. Bolehlah ajak keluar lagi, so sekarang aku banyak habiskan masa dekat office. Disebabkan aku malas nak kongsi bilik dengan siapa-siapa lagi, sebab setiap kali aku kongsi, kena tengok orang dia macam mana, pembersih ke tidak, rajin kemas ke tidak, duduk lama ke tidak, dahlah aku ni payah sikit nak communicate dengan orang. Masa aku duduk dengan Wan haritu, lama jugalah aku nak rapat, lepas dia nampak aku suka keluar sensorang, then dia nak follow (aku okay jer), baru kami rapat. Dengan Wan, dia macam kakak pada aku, sangat-sangat menjaga gila. Aku balik lambat dia tunggu, aku problem dia dengar, aku lapar dia masakkan. Until now, we still close. Husband dia pun baik gila, moga pasangan ini dimurahkan rezeki. 


Itulah, the main reason aku decide ambil bilik Syairah (bilik Single, harga sama je dengan bilik master aku share 2 orang). Cuma, bilik single ini tiada bilik airlah. Orang lain pindah rumah, awak sibuk pindah bilik, pun boleh. Aku memang elak student yang untuk sewa sekali, sebab mostly student nak duduk kejap, kalau dia decide nak stay lama aku okay. Kalau pakat nak duduk kejap-kejap better carilah rumah area tempat kuliah.


Finally! Selesaikan Juga Urusan Pindahan Barang =)

Tadaaa!! Inilah bilik aku sekarang. Waktu ini aku baru sampai KL, tak habis kemas lagi sebab aku balik kampung, then Syairah pun tak pindah barang dia keluar. Ini pun ayah dia tolong angkatkan katil aku bawa masuk. Nak taknak aku kena bawa keluar balik barang aku, sebab nak kena mop, sanitize lagi, sebab haritu Syairah kuarantin dekat rumah. Lama jugalah aku kemas bilik, tu baru bilik belum ruang tamu. Maigadd!!!! Penat weyhhh...Aku ada habit, kalau aku balik kampung tak kiralah 2 hari, or seminggu, kalau aku balik semula ke KL, aku akan kemas apa yang patut, termasuklah cuci cadar dan tukar cadar baru, baru aku boleh relax dan happy. Siapa yang pernah duduk serumah dengan aku, dia tahulah perangai aku macam mana.


Finally! Selesaikan Juga Urusan Pindahan Barang =)

Ini bukan the latest picture sebenarnya. As long bilik aku bersih tak berdebu, and kemas barulah aku boleh relax sikit. Aku siap beli karpet dekat Shopee, macam tak best pula solat dekat lantai. Lampu tidur aku beli dekat Ikea, aku tak boleh tidur kalau tutup lampu terus, kalau duduk berdua haritu aku okay. Kalau aku sensorang memang aku pasang semua lampu.

Aku tanya juga Oyah, okay ke duduk sorang? Since dia LRD dengan husband dia. Rupanya, dia dengan aku spesis sama jerlah, dia pasang lampu dekat ruang tamu. Awal-awal Oyah dengan Syairah keluar aku pasang, sekarang takde dah. Kalau korang duduk jauh dengan family, korang kenalah berbaik dengan rakan serumah, jiran, tak pun dengan orang staff office rumah tersebut. Apartment aku duduk ini banyak wargaemas, guard dia pun pangkat uncle2. Aku setakat ganti lampu, bulb semua tu okaylah, kalau nak betul wiring ini tak pandailah, call uncle bawah tu terus dia datang tolong. Bagi je upah.



Ini port kami suka lepak kalau menyembang dekat luar. Walhal luar ini takde apa-apa pun dulu. Pakat share duit beli barang hias rumah. Now, aku banyak lepak dalam bilik jerlah. 

Bilik dah okay, siap dah ada meja konon nak buat kerja dalam bilik senang. Alih-alih no signal dalam bilik aku tu. Aku kena duduk ruang tamu juga, takpun pergi dapur kalau nak access line. Teruk betul line UMobile. Dulu bilik lama aku okay je. Dapat bilik ni, 1 bar je weyhh, menyirap pula rasanya. Itulah salah 1 reason kenapa aku tak update blog. Kalau aku balik rumah mak, aku angkut laptop, tapi balik sana kena tolong mak kemas-kemas, penat terus tak buka laptop. 

Patut ke aku tukar Telco lain? Since UMobile ni tak boleh nak bagi kerjasama dah?


Telco apa yang terbaik abad ini? Aku rasa semua sama je.

Finally! Selesaikan Juga Urusan Pindahan Barang =)

Rumah sewa aku takde balkoni, terus koridor, inilah view setiap kali nak pergi kerja. Kalau hujan tarik selimut.


Okaylah!! Happy weekend semua! 


Thank you for reading!

1 comment:

  1. masa ammi menyewa kat satu apartment kat bangsar time bebujang dulu ginilah rumah dia. kebetulan bilik ammi bebetul kat tepi tingkap boleh pulak malam dengar bunyik org bukak tingkap. hantu raya pun jantan gatal.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!