Sekali Lagi Diduga Kuarantin Di Rumah | Close Contact Housemate Positif Covic-19 - Azwar Syuhada

Thursday, 3 March 2022

Sekali Lagi Diduga Kuarantin Di Rumah | Close Contact Housemate Positif Covic-19

 Salam to all readers,


| Sekali Lagi Diduga Kuarantin Di Rumah | Close Contact Housemate Positif Covic-19 | Dalam pada berita Oyah naik pelamin, aku diduga sekali lagi dengan menjadi close contact dengan housemate aku kena positif Covic-19. Aku should be balik kampung 24/2/2022, haritu tu pula Syairah kebetulan positif Covic. Terbantut aku nak balik ke kampung. Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku ke Ikea dengan Syairah, maybe kena dekat situ rasanya. Sebab balik dari Ikea, malam tu aku start demam, batuk, dia punya sakit tu lain macam demamnya + sakit-sakit badan. Walhal dah telan panadol plus waktu tu. Esoknya aku berkurung dalam bilik, bila buat swab result negatif tiada apa. Tapi aku cakap dengan korang dia punya sakit, ya ampun tak boleh nak buat bincang.


Lenguh satu badan macam aku kena kerah pergi buat kerja buruh kasar. Aku rasa wabak Omicron kalini memang laju. Sekarang, memang orang keliling baik sahabat, keluarga terdekat pun banyak yang positif Covic-19. Tapi, aku syukur sangat sebab dah ambil dose booster, at least dapat protect diri aku. Jangan panik kalau korang positif Covic, sekarang anggap sahajalah kita hidup dengan Covic-19. Kena biasakan diri dengan kehidupan endemik. Lepas positif Covic-19, even korang close contact, cepat-cepat kuarantin kan diri, jangan mengharapkan kementerian kesihatan ambil tindakan, diri sendiri kena lakukan kuarantin kendiri. 


Benda wajib ada dalam rumah:

1) Panadol

2) Ubat batuk & selsema

3) Ubat demam

4) Oxymeter

6) Banyakkan makan buah oren

7) Test kit (aku guna Nasal test, boleh dapatkan di farmasi berdekatan)


Pengalaman Kedua Kuarantin Disebabkan Close Contact Housmate Positif Covic-19


Kalau sebelum ini Oyah yang positif Covic-19, kalini Syairah pula. Syairah kata effect dia tak teruk sangat sepanjang kuarantin, hanya batuk dan demam sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan Oyah dulu memang teruk, dia positif selang beberapa hari dia baru sahaja ambil vaksin kedua. Awalnya demam biasa, aku siap tidur lagi sebilik dengan dia malam dia demam. Lepas tu, dia rasa demam dia masih tak kebah dia terus pergi buat swab test dekat klinik, dapat result dia terus down and hilang selera makan semua, siap muntah. Dia hanya kuarantin 3 hari sahaja dalam rumah, selebihnya dia kuarantin di hotel.


19/2/2022 - Waktu ini pula, hari aku ke Ikea bersama Syairah, konon nak ke sana semata beli bag Ikea, si Syairah nak masukkan barang-barang dia nak pindah keluar. Nama pun keluar mana boleh ke satu tempat je kan? Singgahlah makan meatball bagai, sempat lagi tengok wayang sebelum balik. Bila balik perut lapar, sambung pula makan dekat mamak depan rumah. Balik rumah, kemaskan diri, tup-tup malam tu aku rasa sakit badan, pening kepala, tengah malam aku rasa nak demam. So, aku telan jerlah panadol. Esok pagi, aku masing terbaring di atas katil, badan aku sangat bisa sekali, aku buat swab test result -ve. Aku tanya Syairah, demam ke tidak, tak ada pula katanya. Masuk hari ketiga 21/2/2022 baru aku rasa okay sikit, tapi batuk dengan selsema pula memang rasa tak selesa langsung. Aku pun turun bawah pergi klinik cari test kit and ubat selsema. Sepanjang aku telan ubat selsema, auto aku tidur berpanjangan sehari suntuk. Cadangnya, 24/2/2022 aku nak balik kampung la, aku buat test sekali lagi sehari sebelum tu. Lepas aku buat swab test result -ve, selang beberapa jam Syairah keluar bilik tak sihat pula, bila buat test dia pula +ve. Auto tak jadi balik kena kuarantin.


Mujur kalini siapa dah vaksin, close contact hanya kuarantin 5 hari sahaja, manakala yang positif 7 hari, kalau memudaratkan yang positif kena kuarantin dalam 10 hari. Aku kuarantin sahajalah 5 hari dalam rumah, even kuarantin dalam rumah aku dengan Syairah tak jumpa pun sebab masing-masing duduk dalam bilik, kiteorang elakkan ada eye contact, dan masih ikut SOP penjagaan seperti biasa, dimana aku letakkan makanan depan bilik Syairah, sesudah letak aku masuk bilik text dia suruh ambil dekat luar. Hari keempat aku dah start sanitize keliling rumah. Hari last aku kuarantin, malam tu aku buat test sekali lagi memandangkan esoknya aku nak balik ke kampung. Alhamdulillah result still -ve. Yeah dapatlah balik kampung.


Ini result malam last aku kuarantin 27/2/2022


Selang beberapa hari aku kuarantin dalam rumah, KJ pula umumkan after this siapa yang close contact tak perlu kuarantin pula start 1 March 2022. Maigadd!! Is it good news guys? 


Bermula 1 March 2022, berikut adalah prosedur pengurusan kes positif dan kontak rapat kes Covic-19 mengikut status vaksinasi Covic-19. 

Sekali Lagi Diduga Kuarantin Di Rumah | Close Contact Housemate Positif Covic-19



How to declare you all positif Covic-19 & Close Contact dekat My Sejahtera?


Jalankan tanggungjawab korang even korang rasa renyah, sebab database ini semua sangat membantu pihak KKM. 


Korang hanya perlu masuk App MySejahtera, kemudian klik pada pautan Covic-19 Status. Tekan start and jawab soalan yang dinyatakan. Nanti ada salah satu soalan dia ada tanya adakah anda contact rapat dengan positif Covic dalam masa 14, nyatakan namanya. Nanti masukkanlah nama dan no telefon yang kita close contact tersebut.



Sekarang terlalu ramai positif, mujur rata-rata dah ambil dose booster, so effect dia tidaklah seteruk yang tak ambil vaksin lagi. Justeru, aku seru korang yang tak ambil vaksin lagi pergilah ambil. Alhamdulillah, setakat ini aku vaksin badan aku masih sihat, dose booster aku dapat AZ juga. Selepas inject pun tiada kesan sampingan or demam teruk sekalipun jika nak dibandingkan dose pertama yang dapat tu. Maybe, AZ tu dah sebati dengan tubuh aku. 

Siapa yang tiada dapat date lagi, korang boleh walk in mana-mana tempat yang open walk in. Aku tengok banyak tempat yang open walk in untuk dose booster. Korang boleh follow official twitter KKM untuk update terkini.


Saya close contact dengan orang positif Covic 19? Saya bergejala seperti demam dan batuk dan perlu kuarantin 5 hari. Namun majikan nakkan surat kuarantin sebagai bukti? Macam mana ya?



Sekarang boleh dikatakan banyak orang bekerja dah start positif dan menyebabkan orang keliling menerima effect close contact yang bergejala. Kalau ada majikan memahami dia akan bagi pelepasan kuarantin di rumah, ada segelintir yang tak ambil peduli pun ada. Sebab kalau hampir semua staff kuarantin siapa nak buat kerja kan? Ada juga segelintir staff ambil kesempatan, bilamana rakan kerja kena kuarantin dia tiba-tiba auto tak sihat, nak juga kuarantin di rumah. Banyakk akal betul!


So, if majikan nak bukti surat kuarantin korang boleh dapatkan status terkini dalam aplikasi My Sejahtera. Macam mana nak dapatkan statusnya?

Sekali Lagi Diduga Kuarantin Di Rumah | Close Contact Housemate Positif Covic-19

Once korang dah declare as close contact - tunggu sahaja kkm update status, dan korang boleh check dari semasa ke semasa di profile korang. Just screen short then bagi HR. Even korang close contact yang tidak bergejala sekalipun, declare sahaja dalam aplikasi My Sejahtera ini.


Mereka yang dikenal pasti sebagai contact rapat tak perlu lagi menjalani kuarantin bermula 1 March 2022 sekiranya:

  • telah diberi dose penggalak
  • tiada gejala
  • berusia 18 tahun ke atas
Mereka  dinasihatkan untuk menjalani ujian RTK Ag kendiri pada hari 1 & 3 serta laporkan ujian dalam app My Sejahtera


Jadi, test kit ini pun salah satu benda wajib kena ada dalam rumah. Even kita tak bergejala tempat yang kita boleh tuju hanyalah office. Premis-premis seperti mall banyak reject if status korang berwarna lain selain biru. Setakat ini belum ada lagi update terkini dari premis.

Sekali Lagi Diduga Kuarantin Di Rumah | Close Contact Housemate Positif Covic-19


Selain isu close contact ini, isu company deduct gaji pun salah satu isu hangat. Boleh refer kenyataan daripada status di bawah:





So guys, silalah ambil booster. Dapat tarikh pergi jangan tidak-tidak okay. Even korang nak minum air cengkih sekalipun pergi je ambil booster, Insyallah tiada apa-apa. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal. Even vaksin bukanlah 100% untuk membunuh Covic at least ia mampu protect diri kita.


Benda paling penting, ubat demam, panadol, selsema, batuk, minyak angin, test kit, kena ada spare dalam rumah okay. Take care semua!


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!