Pengalaman Servis Kereta di Kim Ban Huat Auto Services Sdn Bhd | 13 Perkara Kena Ambil Tahu Semasa Servis Kereta - Azwar Syuhada

Monday, 7 March 2022

Pengalaman Servis Kereta di Kim Ban Huat Auto Services Sdn Bhd | 13 Perkara Kena Ambil Tahu Semasa Servis Kereta

 Salam to all readers,


| Pengalaman Servis Kereta di Kim Ban Huat Auto Services Sdn Bhd | 15 Perkara Kena Ambil Tahu Semasa Servis Kereta | Baru ini aku balik Kuala Langat, kebetulan date aku balik tu kena pergi servis kereta. So, ahjommlah pergi. Diam tak diam, dah 3 tahun rupanya aku berkereta. Ramai juga persoalkan kenapa aku tak bawa ke KL. Malas aku nak melayan, kau tak tahu reason aku beli, baik diam je ya. Berbalik kepada servis kereta ianya merupakan perkara paling penting perlu dilakukan jika korang memiliki kenderaan sendiri. Tak kisahlah kereta baru ataupun second hand sekalipun pergilah servis.


Tujuan kita pergi servis kereta ini tak lain dan tak bukan bagi memastikan prestasi dan setiap komponen dalam badan kereta berada dalam keadaan baik dan selamat. Ibarat diri kita sendiri, kena rajin pergi medical check up juga untuk melihat prestasi kesihatan. Makin berusia pasti banyak masalah. Sama jugalah dengan kereta, tambah-tambah kereta baru kenalah pergi servis.


Pengalaman Servis Kereta di Kim Ban Huat Auto Services Sdn Bhd


Ikutkan Kim Ban Huat Auto Services Sdn Bhd ini merupakan salah satu pusat servis Proton yang terletak di Banting. Dari zaman arwah atuk aku hidup sampai sekarang kiteorang masih ke sini untuk servis kereta. Ada juga yang kata tak payah pergi pusat servis Proton sendiri, mahal, baik buat dekat kedai biasa dekat luar tu, murah katanya.


1st aku taknak ambil risiko, biarlah mahal sekalipun janji dia punya servis tiptop. Mak aku yang rajin bawa ikut jadual, kalau korang 1st time beli kereta biasanya service pertama diberi secara PERCUMA sahaja. Servis berikutnya dah start kena bayar. Setakat ini aku dah servis almost 4 kali. Nak pergi service pun kena buat appointment, just Whatsapp staff dia, nyatakan nama, contact nombor, no plate kereta, model kereta dan juga millage berapa. 


Baru kali ini aku berkesempatan pergi sekali ke pusat servis kereta, sebab biasanya kena pergi hari bekerja. Minggu ni aku cuti, dapatlah merasa pergi ke pusat servis Kim Ban Huat Auto Services Sdn Bhd ni. Dulu mak aku ada share gambar, katanya pusat service ini dah upgrade, selesa katanya.


Sekali aku pergi, memang betul selesa ya amatt pergi servis kereta di sini. Ditambah pula dengan staff  yang ramah dan rajin membantu. 


4 Perkara yang Aku Suka Servis Kereta di Kim Ban Huat Auto Services Sdn Bhd, Banting


1) Teratur & Pantas

Sampai-sampai sahaja di pusat servis kereta Kim Ban Huat Auto Services Sdn Bhd ni, terus menuju ke kaunter bagi buku & juga kunci kereta. Staff terus informed estimated proses servis kereta dalam 30min, so boleh tunggu di ruang menunggu. 

Paling best, tauke sendiri siap bawa ke ruang menunggu, walhal mak aku dah biasa pergi. Inilah salah satu main mak aku suka ke sini, cepat, teratur, dan selesa.


2) Ruang Menunggu yang Selesa

Dulu pusat service ini kecik je, ruang menunggu dekat luar. Now, mereka dah start ubah suai / upgrade tempat mereka lebih besar dan selesa untuk keselesaan pelanggan. Ruang menunggu pada bahagian hadapan manakala kaunter pembayaran dan pendaftaran terletak pada bahagian belakang. Nanti dia akan panggil if kereta kita dah siap servis.



Inilah dia ruang menunggu untuk para pelanggan duduk. Sambil menunggu boleh layan tengok televisyen, duduk bersantai sambil baca majalah, siap ada FREE WIFI kalau nak akses internet. Penghawa dingin pun ada, bagi sejuk sikit hati kot-kot tengah membara waktu itu. 


Mak aku kalau dah selesa 1 tempat tu, tempat tu jerlah dia akan tuju. Tak ada yang lain lagi dah. Punyalah setia orangnya. If appointment kau belah pagi, then tak sempat nak breakfast, bolehlah buat air, dan makan kudap-kudap yang disediakan di sudut tepi tu. 


Macam-macam air ada boleh buat, sempatlah aku buat air Nescafe haritu sambil menunggu kereta siap servis!


3)  Mekanik yang Bertauliah

Jangan risau, semua mekanik di sini sangat arif bab kereta. Alhamdulillah sepanjang melakukan servis kereta di sini tak pernah lagi kereta aku meragam. Dan mereka pun tidak pernah mengambil kesempatan untuk ganti itu dan ini, mana okay dia akan kata okay. 

Baru ini mak aku suruh check kan bateri kereta sebab dah masuk 2 tahun, mereka informed tak perlu tukar lagi masih baik. Kalau nak tukar pun by next year. Biasanya next appointment, mereka akan informed siap-siap estimated servis kereta berapa dan bulan berapa nak kena datang, so kita boleh bajet saving duit sikit untuk buat servis.

Lagi kereta baru, kena kerap pergi servis juga. Dulu aku tak tahu langsung perihal servis kereta, bila dah berkereta dan aku jarang bawa, nak taknak aku kena ambil tahu jugalah.


4)  Sanitize Kereta



Sekarang musim Covic-19, even kita dah bebas boleh ke sana ke mari tetap kena patuh SOP. Tidak terkecuali pusat servis ini juga mematuhi SOP. Bila kereta aku dah siap servis, dia bawa ke satu penjuru dan dia buat semburan sanitize dalam kereta. Ialah, bila servis mesti mekanik akan masuk pegang setiap sudut kan? Bagi langkah-langkah berjaga, mereka akan sanitize setiap kereta yang telah diselesaikan diselenggarakan sebelum pulangkan kunci kereta pada tuan punya kenderaan.

Dekat sini, owner sendiri turut turun padang. Dia akan ambil kereta dan bawa masuk ke bengkel, dan pulangkan kereta kepada tuannya sendiri. Kau rasa? Layan VIP sangattt..


Berbalik kepada penyelenggaran service kereta, nak taknak korang kena ambil tahu juga beberapa perkara. Terutamanya kaum wanita la, jangan hanya tahu bawa sahaja, tapi tang servis terus blur. Ada 15 perkara yang perlu ambil tahu semasa servis kereta. Terima kasih pada saudara Izz yang pernah share info di Twitter.


 13 Perkara Kena Ambil Tahu Semasa Servis Kereta

1)  Minyak Hitam

Minyak hitam ini berfungsi untuk membersihkan, menyejukkan, melancarkan pergerakan kereta bagi mengelakkan keroskan pada bahagian enjin. Ia terletak pada bahagian enjin, ada satu macam dawai boleh tarik keluar. Anda digalakkan menukar minyak hitam kereta secara berkala supaya tidak menjejaskan prestasi dan ketahanan enjin.


Minyak hitam yang bukan sintetik setiap 5,000km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalau sintetik mungkin dalam 7,500km hingga 10,000km.

Credit Picture: Pinterest


2)  Filter


Filter ini sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasanya - 5,000km. Manakala, minyak Synthetic- 7,500km hingga 10,000km. Maksudnya, bila tukar minyak enjin tu, secara automatik tukar jugalah  filter minyak itu sekali (oil filter)


3)  Spark plug

20,000km ikut schedule maintenance book. Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k tak jadi isu. Tapi kalau melebihi 40k tak tukar, electrode da makin menipis, baik tukar. Range harga dalam lingkungan RM20-RM25 untuk 4 biji.


4) Bateri kereta

Biasanya 18 bulan hingga 2 tahun, dah boleh start tukar bateri kereta. Tapi ianya bergantung kepada cara penggunaan. Kalau kita rajin topop air suling bolehlah bertahan 2 tahun. Kalau selalu tak teringat nak topop dan menyebabkannya kering, 6 bulan pun dah boleh kong. Kalau nak beli bateri pula, jangan main taram sahaja, sebab Malaysia banyak barang tipu, so beli barang yang boleh dipercayai seperti jenama Bosch, Century, tapi ada juga brand yang tak glamour pun sama bagus dengan produk yang berjenama.


Bolehlah survey tanya kawan-kawan, Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang tak berapa elok. Kalau beli jenis NS50 kau kena cari 1 lagi jenis yang sama dan bandingkan.


5) Timing belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh bertahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 90,000km manakala Honda CRV boleh tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, biasa 60,000km dorang terus tukar tak kiralah pakai kereta jenis apa. Mekanik buat jerlah.


6) Clutch plate

Clutch plate ini perkara subjektif. Biasanya tukar, bila ada simptom 'cluth slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Biasanya, pusat servis just informed bila dah cukup 100,000 km baru tukar clutch.


7) Fuel Filter

Tukar je sekitar 40,000km sekali. Harga dalam lingkungan RM15-RM20 sahaja.


8) Air Filter

Ditukar pada setiap 20,000km. Pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ini tak perlu tukar pun, kalau bersihkan sahaja pun sudah memadai.


9) ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ini paling penting bagi kereta AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km kena tukar. Tapi bolehlah adjust lagi extend sampai 30,000km kepada yang mereka nak berjimat. Jangan sesekali abaikan sebab minyak ini penting juga, jika diabaikan boleh menyebabkan kerosakan pada AUTO gearbox dan perlukan kos yang tinggi untuk baik pulih. Kalau rajin tukar, kereta tak perlu pun transmission flush ini seperti yang disyorkan oleh sesetengah bengkel.


Transmission flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj dalam lingkungan RM200 ++.


10) Gear Oil

Pada mereka yang gunakan kereta jenis manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya perlu pakai Gear Oil. Benda ini boleh tukar 60,000km sekali.


11) Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000km.


12) Radiator Coolant

Sebotol dalam lingkungan RM15 hingga RM20. Biasanya botolnya warna hijau. 60,000km bolehlah tukar sekali, sekiranya air radiator anda clear je. Kalau pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tidak mudah mendidih.


13) Air-Cond Belt / Alternator Belt

Both belt ini perlu ditukar serentak iaitu pada waktu yang sama dengan timing belt. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti samaada perlu ditukar ataupun tidak. Ini kerana kedudukan belt-belt ini terletak pada bahagian luar dan boleh nampak. Sekiranya bahagian 'ribs' nya dan mula crack & halus, better tukar jerlah terus.


Follow je jadual yang diberikan oleh pusat servis, biasanya 3 bulan ataupun 6 bulan, kerana ia memudahkan pengguna kereta menyelenggarakan keretanya sendiri.


Ini sahajalah perkongsian yang aku dapatku kongsi.

Thank you for reading!


2 comments:

  1. thanks a lot for sharing. boleh bookmark entry ni sebelum pergi service kereta nanti. Saya pun jenis tak pandai sangat bab keter ni. tau bawak je. bawak pun kadang-kadang huru-hara.haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!