Salam to all my readers,
| I'm Turn 28! Happy Birthday Dear Self | Diam tak diam, 2 haribulan 3 baru ini, genap usia ku yang ke-28! Wahhh, bertambah 1 tahun usia ku. Ehh, macam lirik lagu pula. Kalau dulu rajinlah post photo dekat sosial media lain siap caption. La ni tak rajin nak kongsi gambar diri sendiri. Maybe aku dah gemok kot.
Kelau ikut salahsilah sebelah mak aku ini, cuak juga nak menyambut hari jadi. Mana tak cuak, boleh dikatakan rata-rata meninggal menjelang harijadinya sendiri. Kau rasa? Scary jugalah dengar, apa-apa pun ajal maut di tangan Tuhan. Date birthday aku ni jugalah mengingatkan aku untuk renew lesen memandu. Mudah nak ingat kalau lesen dah mati. Alang-alang aku tengah berehat-rehat dikampung ini, sempatlah aku uruskan apa yang patut.
Bila usia dah meningkat ini, jarang aku ambil kisah hal orang, lebih kepada untuk memperbaiki diri sendiri dan majukan diri sendiri. Now, aku tengah slow-slow belajar Copywriting untuk Facebook & Instagram. Even kerja hakiki aku tiada kena mengena dengan bidang digital marketing, bila aku habis kerja dan waktu weekend la masa terluang aku habiskan masa untuk study benda yang aku tak tahu. Hidup ini jangan belajar je, kena amalkan konsep "READ" & "DO". Salah? Buat lagi sampai berjaya.
Even aku penulis blog, aku belum cukup mahir lagi dalam bidang Copywriting. Mujur banyak platform yang banyak bagi kelas free. Selagi kita ada kudrat, dan masih muda ini, kejar sahaja apa yang kau nak buat. Umur lingkungan 20-31 tahun ini standard lah kalau ada jatuh bangun. Takde istilah pun kau gagal, selamanya kau akan gagal. Yang penting jangan ajak aku join MLM, skim cepat kaya semua tu, Im not interested.
Previously ada member aku tanya aku, kau tak jealous ke tengok member-member lain kita dah ada kereta besar, ada yang dah kawen, gajin puluh ribu, ada yang dah beli rumah. Kita masih makan gaji?
Jawapan aku senang sahaja, setiap orang rezeki lain-lain. Pace orang lain-lain, jangan samakan diri kita dengan orang lain. Anggap sahaja, Allah tu akan bagi lebih daripada apa yang kita nak pada waktu yang tepat.
Tapi kan, betul juga rasanya bila kita terlalu lama menghabiskan masa scroll media seperti Instagram, yang postingnya dari kenalan kita yang tunjukkan kemewahan, kecemerlangan, kebahagian, ada masa setan tu duk berbisik dekat telinga. Kau tengok orang tu dah berjaya, kau bila lagi? Apa pun takde, gitulah... Kita kena reflect balik pada setan itu, aku pun boleh berjaya macam orang lain. Kau tunggu..
Gitu...
Realiti hidup, apa yang di post dalam sosial media tak sama dengan kehidupan sebenar. Orang takkan cerita masalahnya yang dihadapi. Kau tengok budak-budak muda pakai kereta mewah, beli rumah diusia muda ayat headline penulis. Realitinya? Betapa ramai orang muda diisythiharkan muflis. Ada yang bercerai, tapi hutang majlis kawen berpuluh ribu belum habis lunas lagi.
Jadi belajar, kudrat masih ada pergi kerja. Buatlah apa-apa kerja yang korang boleh buat. Minat bisnes? pergi buat, ada kemahiran menghantar barang? Pergilah buat delivery Lalamove, Grabfood, Foodpanda. Banyak platform ada, taknak pakai platform guna keyword yang ada type di google. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Aku tak minta banyak, doakan aku sihat supaya dapat pergi bekerja, dan kejar impian yang ingin ku gapai dan doakan aku dipertemukan jodoh dengan orang baik-baik.
Sempat jugalah mak aku belanja 1 slide cake Secret Recipe. Petang tu pula sempat order satay, dalam pada takut-takut nak sambut birthday makan tak mau kalah.Last but not least, happy birthday dearself. Please stay healty and strong!
Thank you for reading!
Happy Belated Birthday Azwar..Betul, setiap orang lain jalan cerita. So tak perlu nak compare. Kita buat apa yang kita rasa nak buat untuk improve diri jadi lebih baik. Tak perlu nak banding2 hidup kita dengan orang lain. Kadang yang hebat2 tu, tajuk je gah tapi di sebalik tabir, tak ada dorang nak cerita..
ReplyDeleteHappy Belated Birthday Azwar..Betul, setiap orang lain jalan cerita. So tak perlu nak compare. Kita buat apa yang kita rasa nak buat untuk improve diri jadi lebih baik. Tak perlu nak banding2 hidup kita dengan orang lain. Kadang yang hebat2 tu, tajuk je gah tapi di sebalik tabir, tak ada dorang nak cerita..
ReplyDeleteHappy belated birthday ya! Beza 3 hari je kita. Tapi saya dah way beyond 3 series. lol
ReplyDeleteHepi birthday! Semoga tercapai segala impian. setuju, umur muda ni kena banyak berusaha baiki diri. dok main socmed pastu dok complain memang takkan ke mana
ReplyDelete