Salam to all readers,
| #Recap 2021 | Selamat Tahun Baharu 2022 | 2021 berakhir pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Aku akui tahun 2021 ini cukup mencabar, tahun yang penuh dengan berita duka, ada juga gembira, tahun yang tak berapa nak baik tapi cukup mengajar aku erti bersyukur. Terima kasih semua benda yang Allah dah aturkan. Sungguhpun banyak ujian tetap boleh survived.
Aku akui, tahun ini merupakan tahun yang cukup mencabar bagi semua orang, bukan tahun ini sahaja, tahun sebelumnya pun sama start Covic-19 melanda, macam-macam berita duka bagi semua orang, ada yang kematian keluarga, ada yang hilang kerja, ada yang tak dapat berjumpa keluarga dan yang terbaru kalini berlaku banjir besar di Selangor. Aku bersyukur sangat sebab tahun ini aku banyak spend masa dengan keluarga, diberi kesihatan yang baik, keluarga aku sihat, kerja baru yang ada work life balance, aku banyak masa buat sesuatu yang aku suka. Inilah benda yang aku cukup bersyukur sangat-sangat tahun ini.
Alhamdulillah, umur makin meningkat ni aku lebih matang, aku malas dah nak fikir apa orang nak duk kata, lebih baik aku fokus apa benda yang aku nak gapai. Diusia muda lingkungan 19-30 an ini kira memang adatlah kita jatuh bangun, kalau kita gagal bangun buat lagi yang terbaik. Tiada orang yang berjaya tanpa mengalami kegagalan.
Bila melangkah ke tahun baru, setiap orang akan memasang azam kan? Tidak terkecuali diri aku juga mempunyai azam setiap tahun, termasuklah azam sebelum ini yang tak tercapai lagi dibawa ke tahun baru.
Antara Azam Tahun Baharu 2022 yang Ingin Aku Kecapi
1) Konsisten untuk update blog
Aku akui tahun 2021 punya posting tak adalah banyak sangat, tapi aku cuba sedaya upaya untuk cari masa untuk update blog. Dulu aku pernah terfikir nak stop menulis. At the end tak boleh, menulis tu dah sebati dengan jiwa aku. Aku rasa puas bila dapat menulis, berkongsi sesuatu yang rasa berguna untuk semua orang. At least seminggu 3 posting aku dapat update.
Dalam pada masa yang sama aku juga nak tambah side income aku menerusi blog ini dengan lebih giat lagi. Tahun ini maybe income menerusi blog tak adalah banyak mana, tapi tetap bersyukur at least boleh jana side income. Now, tak boleh nak go 1 kerja, at least 2 3 kerja kena buat untuk survive.
Berminat untuk >> Jana Side Income Tanpa Modal dengan Intellifluence
2) Mendapat pekerjaan tetap
Contract kerja aku bakal berakhir awal tahun ini juga, hopefully aku diberi rezeki untuk sambung. Sekiranya tidak, semoga aku dikurniakan pekerjaan tetap secepat mungkin. Dalam pada berdoa mendapat pekerjaan harus diselitkan doa supaya dikurniakan majikan, tempat kerja yang baik. Aminn..
3) Berbakti kepada keluarga
Disebabkan aku masih tidak terikat dengan sesiapa lagi, aku berdoa supaya aku berpeluang berbakti kepada keluarga aku especially mak aku. Apa dia nak selagi boleh aku usahakan. Selagi dorang ada, berbaktilah selagi mampu. Bila umur dah meningkat, kita akan pikir pasal keluarga, semoga mak ayah kita dipanjang umur dan diberikan kesihatan yang baik.
4) Road to 4 Juta Pageview
Selamat Tahun Baru 2022. Semoga semua impian dan azam tercapai di tahun baru ini
ReplyDeleteSelamat tahun baru Azwar. Semoga semua azam tercapai di tahun 2022 yinnih 🥰
ReplyDeleteselamat tahun baru
ReplyDelete