Salam to all readers,
| Situasi Kejadian Banjir di Sekitar Kuala Langat, Selangor Meningkat | Sabtu yang penuh kejutan yang tak disangka-sangka. Dimana banjir berlaku di sekitar Lembah Klang, Shah Alam, Selangor banjir weyh, ibu dan 8 orang anak meninggal dunia, dan kes varian Omicron meningkat pada 13 kes.
Sepanjang aku hidup dekat area Kuala Langat ini tak pernah lagi banjir teruk sebegini. Ini 1st time weyh tengok banjir teruk di sekitar Lembah Klang. KL pun selalu hujan, tapi mak aku cakap lately memang kerap hujan.Semalam je, semalaman hujan dari pagi sampai keesokkan harini, sambung menyambung hujan, kejap lebat, kejap cool, kemudian lebat balik. Semalam buka pintu air naik sampai ke muka pintu dapur sahaja, mujur tak masuk ke rumah. Paling kesian orang yang duduk taman perumahan, ramai saudara duduk disana terkandas dengan banjir dimana paras air naik sampai ke lutut.
Mujur rukun tetangga kawasan situ termasuk rela dah bersiap sedia, dorang dah buka siap-siap dewan orang ramai tengah malam tadi untuk pindahkan mangsa-mangsa yang terkandas dek banjir. Banjir-banjir ini kadang-kadang merisaukan tambah orang yang drive kereta, motor pergi kerja balik kerja, jalan pun dah mula berlubang-lubang balik. Hopefully, yang naik motor berhenti berteduh dulu mana-mana, dah redha baru jalan.
Pada mereka yang berada di kawasan banjir di sekitar Selangor ini, mohon berhati-hati. Elakkan anak kecil main air banjir. Semoga ada sinar lepas banjir.
Thank you for reading guys!
semoga dipermudahkan semua mangsa2 banjir di tanahair tuuuh., aminn
ReplyDeleteAllah kesiannya, moga semua mangsa diberi kesabaran dan ketabahan, moga dipermudahkan semuanya
ReplyDelete