Reunite With Wan | Wan Masuk Rumah Baru #ExRoomate - Azwar Syuhada

Thursday, 9 December 2021

Reunite With Wan | Wan Masuk Rumah Baru #ExRoomate

 Salam to all readers,


Reunite With Wan | Wan Masuk Rumah Baru #ExRoomate | Last week aku ke lepak rumah Wan, ex roomate aku di Kuala Lumpur. Bulan 11 lagi dia dah text aku suruh datang rumah. Aku okay je, as long tengah free waktu tu, so aku kosongkan siap-siap jadual nak hiking ke apa. Aku tumpang gembira Wan dah dapat kuarters dekat Putrajaya. Lama dia apply, finally dapat juga.


Wan ini ibarat akak aku jugalah. Suami dia pun baik, aku pergi ke rumah dijemput, balik dihantar. Nikmat apa lagi kau nak dustakan? hahaha...Kebetulan suami dia nak outstation, so dia panggil aku jadi peneman, lagi pun lama gila kiteorang tak jumpa. Tup-tup Wan dah ada anak nak masuk setahun. Ko rasa?


3 hari 2 malam aku lepak rumah dia, sepanjang kiteorang jumpa tak lain dan tak bukan mengimbau kenangan lama. Wan ni aku sayang gila, sebab dia pernah tunggu aku balik 3 pagi naik grab, jatuh bangun aku, dia pinjamkan bahu, kalau nak masuk weekend, Khamis dah plan nak ke mana. Aku duduk dengan dia almost 3 tahun, awal masuk tak rapat pun, then selang sebulan 2 macam tu, dia curious aku keluar pergi mana. Aku biasa jenjalan sensorang ambil angin, kalau balik kerja ada juga merayap sorang. Wan pula jenis duduk rumah, nak keluar tak tahu jalan.


So, akulah jadi tour guide dia. Dia pernah tanya aku, tak takut sesat ke Wa?


Aku reply balik pada dia, Wann..selagi nampak KLCC tu kira kita masih dalam kawasan Kuala Lumpur. Sesat pun dalam Kuala Lumpur. Dia gelak-gelak. Now, dia dah kawen, nak ajak gathering every weekend pun tak bolehlah sangat. 


Aku datang rumah dia pun, dah macam permaisuri di buatnya, macam-macam dijamu. Tambah aku memang kuat makan, lagi semangat Wan ni masak kan aku. Waktu rumah sewa, Wan rajin juga masak tapi sekarang masakan dia makin upgrade dah. Bukan lauk biasa-biasa. Alah rindunya duduk bersama. Adik Timah, anak Wan behave betul. Semua orang dia ramah okay.


Menu hari pertama, Wan masakkan aku Mee Kari. Perghh dia punya skills masakan bukan biasa-biasa sekarang. Wan cakap, lepas kawen dia auto jadi nak masak sendiri, tambah dah ada husband kenalah rajin masakan untuk suami even penat macam mana sekalipun. Ini hari keempat aku dah balik rumah sewa, sampai sekarang aku tak timbang berat lagi. Aku scaryyyyyyyy gila!!



Belah malam kiteorang order Pizza Hut, cadang nak order Prosperty McD, tengok-tengok tutup pula Putrajaya punya outlet. Hurmmm... Sebaik PIzza Hut pun sedap juga!


Masuk hari ke-2, Wan masakkan aku nasi hujan panas. Sebab aku request ayam masak merah dia je. Alih-alih dia masakkan nasi hujan panas berlaukkan ayam masak merah. Wan, aku kenyang bangat duduk rumah kau ni! Happy bangun pagi orang masak, tengahari lauk dah terhidang, petang tanya lagi lapar tak? Terus masakkan.


Ini menu belah malam hari ke-2. Wan teringin nak makan Oden, so sementara dia masak, aku dukung Timah jerlah. Tapi budak Timah ni baik gila, dah seronok kena dukung menajang dia nak dukung pula. 

Sehari 3 kali makan. Aku duduk rumah sewa, at least 1 kali makan pun cukup dah. Kita kalau dah penat, masak pun asal kenyang untuk tekak sendiri. Kadang-kadang, tidur pun dah boleh kenyang. Hari terakhir di rumah Wan,  dia masakkan nasi lemak, kenyang sampai ke petang. Petang order pula Satay dengan roti john.




Wan takut aku balik rumah dalam keadaan perut lapar, malam tu dia masakkan pula Ikan siakap 3 rasa, dengan udang sarang telur tu. Kebetulan suami dia balik, lepas magrib dah siap makan barulah Wan hantar aku balik ke Kuala Lumpur. 


Dikurniakan kawan yang baik pun 1 rezeki juga. Wan, moga persahabatan kita kekal berpanjangan sampai ke tua naaa... Semoga Wan dan Ayie dimurahkan rezeki selalu. Ada rezeki jumpa lagi!


Thank you for reading guys!

3 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!