Salam to all readers,
Resepi Nasi Dagang Express | Rindu Kampung Boleh Try Buat, Pasti Terubat Rasa Rindu di Hati!
Bahan untuk Buat Nasi Dagang
- 2 cawan beras basmathi (rendam semalaman seeloknya)
- 1 cawan beras perang nasi dagang
- 1 cawan beras pulut
- Bawang merah dihiris (sukahati nak bubuh banyak mana)
- Sedikit Halba
- Sedikit garam
- Santan kelapa secukupnya (sukatan air sama macam masak nasi lemak, suka seperti biasa airnya)
Cara-cara Penyediaan Nasi Dagang
Langkah 1: Basuh beras, masukkan semua kedalam periuk.
Langkah 2: Campurkan 1 kotak santan dengan air. Sukat santan ikut jumlah beras dan kesesuaian mengikut jenis beras basmathi.
Langkah 3: Kemudiaan masukkan hirisan bawang merah, halia dan halba. Kalau ada daun ketumbar boleh bubuh sekali.
Langkah 4: Hidupkan periuk nasi elektrik seperti biasa, ataupun nyalakan api dapur kalau masak atas dapur. Tunggu sehingga ia masak
Okay sementara tunggu nasi masak, boleh sediakan lauknya. Memandangkan tiada ikan tongkol dan aku pun kurang makan ikan tongkol tu, jadi kita tukar pada ayam kari. Sedap ooo..
Kalau nak tengok macam mana aku buat kari ayam, boleh refer entry hari raya aku di sini>> Kari Ayam Style Mak
Sayur kiteorang buat kerabu mangga, hanya hiris buah mangga muda, 3 biji bawang merah dihiris halus, 3-5 biji cili padi hijau dah merah, hiris bagi halus, 1 sudu gula dan 1 sudu besar sos ikan. Gaulkan semua bahan tersebut, lalu boleh hidang dalam mangkuk. Dah boleh menjamu selera.
Boleh juga, tengok video aku memasak di sini, abaikan suara aku yang mengada-ngada bunyinya. hahaha
Selamat mencuba!
Kredit resepi: Muhammad Mustaqim Abd Karim
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!