Salam to all readers,
| Gara-Gara Jatuh, Jari Bengkok | Mallet Finger Exercises | Setiap kali kita melakukan aktiviti lasak pasti berhadapan dengan risiko, jangan kata aktiviti lasak sahaja, kadang-kadang aktiviti harian di rumah pun, bila masak dan minyak terpecik dekat tanga pun dah boleh buat tangan kita menggelembung. Bukan kita tidak berhati-hati, nak dijadikan cerita.
Sama juga bila memandu, kadang-kadang bila kita terlebih berhati-hati ada pula makhluk Allah yang bawa macam tak ingat dunia sehingga boleh menyebabkan eksiden. Ini semua ujian dari Allah.
Nak dijadikan cerita, waktu hari aku naik paragliding tu aku jatuh tertuduk untuk 1st penerbangan, disebabkan tiada angin tak boleh nak terbang, mujur sempat tahan. Dengan pilot yang bawa aku tu pun terjatuh sekali, mujur dia sempat tahan dari tergolek. Waktu jatuh tak perasan pun, jari tu terbengkok sikit mahupun sakit. Bila balik rumah baru perasan sakit sikit, then perasan tak boleh nak lurus, dia jatuh ke bawah.
Disebabkan aku paranoid juga orangnya, bila balik KL, aku terus walk in klinik yang boleh buat X-Tray, kot-kot jari aku ni patah ke, ada lagi ke, tak memasal hantaran kurang. Awal tu cuak jugalah nak pergi, kot-kot doktor bagitau patah ke apa. Alhamdulillah tak patah, cuma takut urat dalaman tu yang terputus. Doktor kata kalau jahit pun, dia takkan boleh lurus seperti sediakala. Apa yang doktor nasihatkan, untuk permulaan kena pakai Medical Finger Spica Splint Brace Adjustable Finger Brace.
Ini tak ada jual dekat klinik, doktor suggest beli benda ini dekat Shopee je senang. Di sini, >> https://shp.ee/6y7butd
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!