Salam to all my readers,
| Cara Mudah Daftar Akaun Paypal Terkini Dengan Betul | Ikutkan dah lama nak share dengan korang macam mana nak sign up akaun paypal. Dulu aku pun tak ada akaun paypal. Disebabkan tahun ini ada job dengan client luar then dia bayar menerusi akaun paypal, sis dah gelabah okay. Mujur ada sumber youtube yang boleh kita cari gali macam mana nak buat. So, apa penting nya akaun Paypal ni kak? Ikutkan ia tak adalah begitu penting, tapi sebolehnya buatlah akaun PayPal ini kelak senang dikemudian hari.
Akaun PayPal ini bukan sahaja memudahkan kita berurus niaga dengan company luar negara sahaja malah ia turut memudahkan kita menguruskan pembelian di luar negara mahupun penerima wang. So mana yang rajin shopping barang luar negara korang amat digalakkan mempunyai akaun paypal ini.
Aku pun baru buat tahun ini, memandangkan aku ada terima job penulisan dari negara luar. Senang dan mudah urus niaga melalui akaun PayPal ini. Setiap kali payment masuk, kita dapat notification via email, selain itu ia memudahkan kita tukar matawang luar kepada matawang Malaysia. Nak masuk terus ke akaun bank tempatan pun mudah hanya perlu tunggu beberapa hari waktu bekerja dah settle tanpa terikat dengan mana-mana sekatan.
CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL TERKINI DENGAN BETUL
1) Layari laman web utama akaun PayPal
2) Kemudian klik pada pautan "SIGN UP"
3) Lepas klik button Sign up nanti, akan keluar pula pop up window yang minta korang pilih salah satu option tersebut. So korang decide la nak go through personal or business.
Pilihan 1 - lebih kepada urus niaga beli barang online dan melakukan pembayaran online kepada orang lain.
Plihan 2 - menerima pembayaran dari luar dan lebih profesional.
Antara 2 options ini aku pilihan yang ke-2, memandangkan aku tak pernah beli product dari luar negara lagi. So, lebih kepada buat freelance menulis then terima payment, nak create invoice menerusi PayPal pun mudah.
4) Setelah buat pilihan akaun mana yang nak digunakan. Masukkan email utama yang korang biasa guna. Email ini sangat penting okay korang kena ingat, sebab payment akan dibuat menerusi email PayPal. Untuk pengetahuan korang, akaun PayPal tiada no akaun seperti no akaun bank tempatan. Apa-apa memang minta email PayPal, senang cerita email tulah no akaun PayPal. So makesure, korang letaklah email yang biasa korang ingat dan active pakai.
5) Seterusnya korang kena lengkapkan pula borang pendaftaran PayPal seperti dibawah. Perlu isi details business korang, contact number, address dan lain-lain. Make sure details yang korang tulis itu adalah butiran yang betul dan tidak fake ya. Setelah selesai isi details semua klik sahaja pada pautan "Agree & Continue" dan tunggu pengesahan menerusi email yang telah didaftarkan.
Setelah dapat email dari pihak PayPal menyatakan berjaya register tu maknanya korang dah boleh dah guna akaun PayPal. Yeahhh!! Lepas ini senanglah nak beli barang online mahupun menerima wang dari company luar pun senang, PayPal kan ada. Gituuew..
CARA KEMASKINI PROFILE AKAUN PAYPAL
Akaun PayPal dah ada? Macam mana nak setup profile akaun, link ke akaun bank tempatan semua tu? Sabar jap naaa, sini aku ajar lebih lanjut. Mula-mula korang log in akaun PayPal korang macam biasa. Kemudian klik pada bahagian Setting dengan memasukkan maklumat peribadi yang berkaitan, serta no akaun bank yang korang nak link kan untuk urus niaga penerimaan wang nanti. Boleh percaya ke PayPal ni? Jangan risau details peribadi kita semua akan dirahsiakan.
Masukkan details dengan betul bagi mengelakkan sebarang masalah kelak.
Untuk setup akaun PayPal link pada akaun bank tempatan korang boleh klik pada pautan "Money, banks and cards". Pada bahagian "Bank accounts", ada button link a new bank account. Klik situ dan masukkan details akaun bank tempatan korang. Mudah kan?
Bila dah ada akaun PayPal ini senang sikit nak terima payment dari syarikat luar negara, orang luar nak collaborate pun jadi senang. PayPal ini best sebab ia membantu kita menerima bayaran dari pelbagai matawang dan auto sendiri tukar ke Ringgit Malaysia ketika kita nak melakukan proses pengeluaran dari akaun PayPal ke akaun bank tempatan kita nanti.
View akaun PayPal once dah terima payment.
Tunggu apa lagi? Jom daftar akaun PayPal SEGERA!!!
Thank you for reading!
good sharing..:)
ReplyDeleteSenang ada akaun PayPal kan. Buat bershopping pun senang hehehe
ReplyDelete