Hiking To Bukit Wawasan, Puchong - Azwar Syuhada

Thursday, 4 November 2021

Hiking To Bukit Wawasan, Puchong

 Salam to all readers,


Hiking To Bukit Wawasan, Puchong | Siapa follow aku di Instagram mesti tahu aku punya story akan active during the weekend dengan aktiviti hiking. Hiking dah jadi rutin setiap minggu. Minggu ini tak dapat nak hiking memandangkan salah sorang member ada hal. So, kita postponed another week. Kali ini, aku nak bawa korang teroka Bukit Wawasan, Puchong. Cadangnya, nak ke Kiara pada awalnya. Tup-tup member sorang teringin nak pergi bukit Waterfall. 


Untuk pengetahuan umum Bukit Wa  wasan, Puchong ini memang ada waterfall tapi tak boleh masuk laluan waterfall dan juga Blue Lagoon tu. Hanya trail hiking dari point A ke point B sahaja boleh lalu. Iaitu laluan melihat keindahan alam, kehidupan hijau sahaja. Even tak dapat pergi kawasan waterfall, laluan trail berjalan tu pun best dan boleh tahan mencabar. Antara aku bertiga ini, aku jerlah cepat penat nak mendaki, so setiap kali penat memang aku rehat dulu baru sambung naik balik.


Ikutkan Bukit Wawasan, Puchong ini bolehlah jadi tempat hiking buat beginner yang baru nak up ke next level. Ibarat naik Bukit Broga maybe? Ada orang tanya tak penat ke pergi hiking tiap minggu? Ramai juga circle aku yang minat hiking rupanya. Ada yang kata takde mood lagi, stamina tak cukup kuat. Ikutkan takyah tunggu stamina, pergi je naik bukit yang rendah-rendah dulu. Kalau nak ikutkan stamina cukup sampai ke sudah takkan naik punya.


Patutnya naik pukul 8.00pm lebih tapi dekat 30 minit stuck cari parking. Punyalah ramai orang nak naik. Mostly yang hiking Bukit Wawasan ini adalah penduduk CIna. Puchong ini memang kawasan orang Cina pun. Alhamdulillah cuaca pagi tu memang cerah, elok untuk naik ke atas. KL je hujan.


Hiking To Bukit Wawasan, Puchong

Permulaan hiking di sini agak mencabar, sebab awal-awal lagi dah start menaik. Agak mencabar jugalah, trail dia kejap landai, mendaki, dan menurun (menurun dia agak mencuram). Jadi, pastikan pilihan kasut korang pakai tu tak haus. Aku pula pergi bantai pakai kasut skecther yang dah haus. Memang banyak kena berhati-hati nak turun.


Stop berhenti ambil gambar lain, stop untuk berhenti rehat lain. Tup-tup 3 jam lebih jugalah naik turun Bukit Wawasan, Puchong ini. Perjalanan bukit ini around 7km juga. Dah saing-saing Khairul Aming dah kami ini. Khairul Aming pergi weekdays, kita buat weekend je.



Bagi aku view dekat Bukit Wawasan, Puchong ini cantik juga. Pokok-pokok masih menghijau dan terpelihara. Untuk pengetahuan korang bukit ini turut dikenali sebagai Hutan Simpan Ayer Hitam. Dalam pada masa yang sama ia merupakan tempat penyelidikan dan pendidikan warga Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelbagai jenis tumbuhan korang boleh lihat dalam hutam ini. 



Hiking To Bukit Wawasan, Puchong

Muka acah-acah berstamina sangat hiking. Walhal, kejap-kejap berhenti. Asal nampak lighting cun berhenti punyalah lama. Sini view cantik adalah dekat kawasan lapang tengah-tengah. dikelilingi pokok tinggi yang cukup tinggi seperti gambar dibawah. Kalau bukit sebelum ini, sampai atas nampak pemandangan bangunan kan? Had ini, memang dihidang dengan tumbuhan hijau. Pokok-pokok yang sihat.



Cukup tinggi tak? Alang-alang sampai, memang berjam jugalah lepak sini, sebelum turun.



Ketinggian Bukit Wawasan, Puchong (233M)

Daki slow-slow, penat berhenti, jangan paksa diri. Dah cukup rest sambung balik. Insyallah berjaya naik ke puncak. Itulah konsep aku guna kalau nak hiking. Kalau korang paksa, silap hemat lutut boleh koyak. Hiking ini bukan 1 perlumbaan, siapa cepat dia menang. Berjaya naik itu kira 1 pencapaian.

Ikutkan Bukit Wawasan Puchong ini berketinggian 233meter dari aras laut. Tapi aku taknampaklah mana lautnya dekat sini. 

Paling penting jangan lupa bawa air, aku sebotol memang tak cukup. Kali ini bawa 2 botol terus, baru bertenaga nak naik turun. Kalau ada biskut pun boleh je isi dalam beg. Kot-kot lapar boleh buat kudap-kudap. Ikutkan, bukit yang kami naik, makin lama makin jauh perjalanannya. Mungkin lepas ini boleh beli pole hiking senang nak berpaut. Dari pegang pokok tak tentu arah. Pole hiking cukup berguna untuk turun bukit lagi-lagi laluan trail yang mencuram.


Batu kikir ini, di awal perjalanan korang naik akan nampak. Korang akan nampak 1 laluan kecil untuk naik ke atas ini. Laluan nya kecik je, ruang pun sempit. So, nak bergambar kena beratur.


Ini pintu masuk Bukit Wawasan, Puchong. Jangan lupa scan MySejahtera sebelum masuk okay. Selamat meneruskan pendakian. Agak-agak korang, kemana destinasi hiking aku lepas ini? 


Ini short video kiteorang ke sana minggu lepas. Siapa tak follow youtube aku cepat follow. 



Thank you for reading guys!

10 comments:

  1. cantik nya pemandangan, akak rasa last teroka hutan masa mula-mula kerja dulu... pi taman negara siap jalan kat kanopi walk tu, gigil kaki

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnyaa. rindu nak hiking. dulu bujang2 rajin panjat gunung. skrg dah tak mendaki dah. rindu bau hutan

    ReplyDelete
  3. Ammi belum pernah gi hiking..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tak perlu, hanya perlu scan MySejahtera sahaja.

      Delete
  5. Perlu ada orang guide ke kalau hiking kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu. Follow je orang depan naik, ada petunjuk arah juga untuk lalu mana.

      Delete
  6. aku baru nak pergi tempat ini untuk hiking 2nd week october...nampak best....kalau beginner level tempat ini recommended tak....bukan beginner sangat pun lah...i pernah pergi hiking kat setia alam hiking trail dan bukit cerakah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh weyhh!! Aku pun bukan hiker tegar sangat pun.

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!