Salam to all readers,
| Hiking To Bukit Wawasan, Puchong | Siapa follow aku di Instagram mesti tahu aku punya story akan active during the weekend dengan aktiviti hiking. Hiking dah jadi rutin setiap minggu. Minggu ini tak dapat nak hiking memandangkan salah sorang member ada hal. So, kita postponed another week. Kali ini, aku nak bawa korang teroka Bukit Wawasan, Puchong. Cadangnya, nak ke Kiara pada awalnya. Tup-tup member sorang teringin nak pergi bukit Waterfall.
Untuk pengetahuan umum Bukit Wa wasan, Puchong ini memang ada waterfall tapi tak boleh masuk laluan waterfall dan juga Blue Lagoon tu. Hanya trail hiking dari point A ke point B sahaja boleh lalu. Iaitu laluan melihat keindahan alam, kehidupan hijau sahaja. Even tak dapat pergi kawasan waterfall, laluan trail berjalan tu pun best dan boleh tahan mencabar. Antara aku bertiga ini, aku jerlah cepat penat nak mendaki, so setiap kali penat memang aku rehat dulu baru sambung naik balik.
Ikutkan Bukit Wawasan, Puchong ini bolehlah jadi tempat hiking buat beginner yang baru nak up ke next level. Ibarat naik Bukit Broga maybe? Ada orang tanya tak penat ke pergi hiking tiap minggu? Ramai juga circle aku yang minat hiking rupanya. Ada yang kata takde mood lagi, stamina tak cukup kuat. Ikutkan takyah tunggu stamina, pergi je naik bukit yang rendah-rendah dulu. Kalau nak ikutkan stamina cukup sampai ke sudah takkan naik punya.
Patutnya naik pukul 8.00pm lebih tapi dekat 30 minit stuck cari parking. Punyalah ramai orang nak naik. Mostly yang hiking Bukit Wawasan ini adalah penduduk CIna. Puchong ini memang kawasan orang Cina pun. Alhamdulillah cuaca pagi tu memang cerah, elok untuk naik ke atas. KL je hujan.
Permulaan hiking di sini agak mencabar, sebab awal-awal lagi dah start menaik. Agak mencabar jugalah, trail dia kejap landai, mendaki, dan menurun (menurun dia agak mencuram). Jadi, pastikan pilihan kasut korang pakai tu tak haus. Aku pula pergi bantai pakai kasut skecther yang dah haus. Memang banyak kena berhati-hati nak turun.
Stop berhenti ambil gambar lain, stop untuk berhenti rehat lain. Tup-tup 3 jam lebih jugalah naik turun Bukit Wawasan, Puchong ini. Perjalanan bukit ini around 7km juga. Dah saing-saing Khairul Aming dah kami ini. Khairul Aming pergi weekdays, kita buat weekend je.
Muka acah-acah berstamina sangat hiking. Walhal, kejap-kejap berhenti. Asal nampak lighting cun berhenti punyalah lama. Sini view cantik adalah dekat kawasan lapang tengah-tengah. dikelilingi pokok tinggi yang cukup tinggi seperti gambar dibawah. Kalau bukit sebelum ini, sampai atas nampak pemandangan bangunan kan? Had ini, memang dihidang dengan tumbuhan hijau. Pokok-pokok yang sihat.
Ini pintu masuk Bukit Wawasan, Puchong. Jangan lupa scan MySejahtera sebelum masuk okay. Selamat meneruskan pendakian. Agak-agak korang, kemana destinasi hiking aku lepas ini?
Ini short video kiteorang ke sana minggu lepas. Siapa tak follow youtube aku cepat follow.
Thank you for reading guys!
cantik nya pemandangan, akak rasa last teroka hutan masa mula-mula kerja dulu... pi taman negara siap jalan kat kanopi walk tu, gigil kaki
ReplyDeletewahhh bestnyaa. rindu nak hiking. dulu bujang2 rajin panjat gunung. skrg dah tak mendaki dah. rindu bau hutan
ReplyDeleteAmmi belum pernah gi hiking..
ReplyDeleteNak bayar ke
ReplyDeletetak perlu, hanya perlu scan MySejahtera sahaja.
DeletePerlu ada orang guide ke kalau hiking kat sini?
ReplyDeletetak perlu. Follow je orang depan naik, ada petunjuk arah juga untuk lalu mana.
Deleteaku baru nak pergi tempat ini untuk hiking 2nd week october...nampak best....kalau beginner level tempat ini recommended tak....bukan beginner sangat pun lah...i pernah pergi hiking kat setia alam hiking trail dan bukit cerakah...
ReplyDeleteBoleh weyhh!! Aku pun bukan hiker tegar sangat pun.
Deletekol 8pm tu kann mlm.. hehe
ReplyDelete