Eskayvie Diffenz Junior Perlindungan Untuk Kanak-Kanak - Azwar Syuhada

Monday, 8 November 2021

Eskayvie Diffenz Junior Perlindungan Untuk Kanak-Kanak

 Salam to all readers.

Eskayvie Diffenz Junior Perlindungan Untuk Kanak-Kanak | Bercakap pasal perlindungan, buat masa ni memang penting untuk kita menekankan aspek perlindungan diri dari segi tingkatkan sistem pertahanan badan dan kebersihan agar tidak dijangkiti dengan jangkitan kuman dan virus. Lagi-lagi selepas PM umumkan boleh rentas negeri dan bebas kemana-kemana.


Bebas bukan tiket untuk kita alpa dengan SOP yang disarankan oleh kerajaan. Memang penting kita jaga SOP ni supaya kita dapat putuskan rangkaian Covid-19. Perit tau kalau kita positif dan kena kuarantin ni. Aku antara salah seorang yang kena kuarantin sebab housemate aku positif.


Sekarang ni kita dah pun masuk ke Fasa ke-4 pelan pemulihan negara dan dah banyak sektor ekonomi dan aktiviti sosial telah pun dibuka. Sekolah pun dah buka sekarang ni. Ikutkan ramai juga ibu bapa yang risau dengan keselamatan anak masing-masing. 


Bagi yang dewasa dan remaja dari umur dari 12 – 17 tahun, ramai yang dah vaksin dan lengkap 2 dos. Tapi kanak-kanak bawah 12 tahun? Mereka ni masih belum layak untuk terima vaksin. Jadi mereka ni tersangat-sangat la berisiko tinggi untuk terdedah dengan kuman dan virus. 


Jadi apa persediaan ibu bapa untuk pastikan anak-anak ni terhindar dari jangkitan kuman dan virus?


Diffenz Junior Suplemen Kesihatan Khas Untuk Kanak-Kanak




Pada 27 Oktober yang lepas, Syarikat bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.


Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.



“Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.


"Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.


Kanak-Kanak Usia Bawah 12 Tahun Berisiko Tinggi Terdedah Kepada Jangkitan




Walaupun Malaysia telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya.


"Justeru mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.



"Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah," katanya lagi.


Dr Syid Ayob berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.



"Diffenz Junior dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.

"Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

"Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.





Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.

"Ia untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.



“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

Pada majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021.

Lengkapkan Anak-Anak Dengan Perlindungan

So, ualls sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, adalah satu kewajipan untuk pastikan anak-anak mempunyai perlindungan untuk terdedah dengan jangkitan kuman dan virus. 

Anak-anak membesar dengan sihat adalah satu kebahagian untuk ibu bapa. Betul tak? Jadi, pastikan anak-anak ini mempunyai perlindungan yang sewajarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior ini, korang boleh layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut.


Thank you for reading!

3 comments:

  1. Best ambik diffenz ni, jom dapatkan diffenz segera 😃 pm Tiha 0107070522

    ReplyDelete
  2. ayah kite pun amik eskayvie ni hehe. rasa pun sedap

    ReplyDelete
  3. selalu anak2 ambil champs atau appeton je. boleh la try pasni

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!