Mudahnya Shopping Barang di Lotus Menggunakan Aplikasi Tesco Scan&Shop - Azwar Syuhada

Tuesday, 12 October 2021

Mudahnya Shopping Barang di Lotus Menggunakan Aplikasi Tesco Scan&Shop

 Salam to all readers,


| Mudahnya Shopping Barang di Lotus Menggunakan Aplikasi Tesco Scan&Shop | Aku rasa dah ramai tahu dimana Lotus yang dahulu dikenali sebagai Tesco ada menyediakan kemudahan scan&shop ini. Tapi aku baru je guna dan aku sendiri teruja. So, aku taknaklah teruja sensorang, aku nak share keterujaan aku ini dengan korang juga. Btw, ini bukan iklan sponsored post ke apa. Kebetulan memang aku suka shopping di Lotus setiap kali balik ke Kuala Langat. Kalau aku dekat KL aku shopping dalam Aeon je, Lotus kemain jauh pula.


So, setiap kali nak balik ke KL aku boronglah barang dekat Lotus barang apa nak bawa balik. Ikutkan ada 2 options yang menjimatkan masa korang tanpa perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran. Options pertama samaada text personal shopper Lotus by Whatsapp senarai barang yang korang nak beli, saiz apa, harga berapa check dalam Lotus punya web. So, nanti pekerja Lotus sendiri akan carikan barang, korang just datang collect dan membuat pembayaran. Dorang akan bagi barcode untuk pembayaran, nanti tunjuk dekat kaunter. Tak perlulah kau nak buang masa masuk cari barang.


Options kedua, adalah menggunakan kaedah Scan&shop yang aku nak kongikan ini.  Had ini, korang kena masuk sendiri, cuma barang yang korang nak beli tu, scanlah siap-siap masuk troli. Nanti tak perlu nak beratur panjang, nak angkat barang pergi kaunter, tunjuk sahaja bill yang korang dah scan dalam aplikasi Tesco Scan&shop. Mudah kan? Aku beria ajar mak aku, sudahnya dia tak guna pun. Options 1 pertama tu dia taknak guna, sebab dia nak masuk merayau cari barang sendiri. Options kedua, dia kata tak pandai nak scan. Adohaii, aku dah cakap macam guna app MySejahtera je. Takpelah, mana-mana dia selesa. Tapi kalau dia pergi dengan aku, memang aku guna Tesco Scan&Shop ini.


Jom aku tunjuk cara lebih details Berbelanja di Lotus menggunakan Aplikasi Tesco Scan&Shop

Mudahnya Shopping Barang di Lotus Menggunakan Aplikasi Tesco Scan&Shop

1) Muat turun aplikasi Tesco Scan&Shop di Google Playstore/Apple Store

2) Selesai muat turun aplikasi Tesco Scan&Shop, buka aplikasi tersebut. Nanti keluar 2 options samaada scan barcode membercard Tesco (kalau ada Tesco member) ataupun scan barcode yang ada pada banner seperti gambar di atas. Setiap lorong ada banner ini kalau tak silap, korang scan siap-siap.

3) Dah boleh start scan barangan yang korang nak beli. Scan barcode barangan tersebut, nanti dia akan detect.

4) Setelah lengkap barangan yang nak dibeli, klik button "PAY" seterusnya akan keluar barcode untuk kaunter bayaran scan. Dia ada kaunter khas 'collect service" kalau tak silap, biasanya kaunter ini tak ramai orang guna. So, kalau nak senang tengoklah mana kaunter bayaran yang tiada orang beratur. Tulah tempat bayarannya.

Aku suka masuk Lotus ini sebab pekerja dorang pun rajin membantu, kalau kita tak jumpa barang. Kawasan persekitaran pun bersih dan teratur. Paling penting, barangan keluaran LOTUS ini pun best-best, lagi-lagi produk makanan. hehe..


Produk keluaran Lotus a.k.a Tesco ini pun hari demi hari makin bertambah. Harga pun berpatutan bagi aku, tu yang aku sanggup angkut dari kampung bawa balik KL. Tengok kerajinan jugalah, kekadang aku malas gak nak shopping. Kalau aku balik lama tu yang aku shopping. Nanti balik KL tak payah susah-susah nak keluar.




Kadang-kadang masuk Lotus ini confuse jugalah, aku masuk Ikea ke apa, sebab barangan produk Lotus pun ala-ala barangan dekat Ikea, kedai Eco pun ada. Bukan setakat box shoes sahaja ada, meja belajar, kabinet buku, pinggan mangkuk pelbagai warna pun ada. Pendek cerita, macam-macam ada dekat Lotus ini.








Benda pertama yang aku tak pernah missed bawa balik KL adalah nugget Lotus ini. Sedap geng korang kena try. Ada kata nugget McD guna brand Lotus ini. Memang sedap lembut dimakan. Tapi aku takdelah makan selalu. Karang orang ingat aku suka makan fastfood je memanjang. Banyak keluaran produk Tesco dah di rebrand dengan nama Lotus, cuma ada setengah papan tanda aplikasinya belum tukar lagi. Apa-apa pun shopping dekat Lotus ini memang best.

Mudahnya Shopping Barang di Lotus Menggunakan Aplikasi Tesco Scan&Shop

Korang biasa shopping dekat mana? Cuba share sikit tempat korang shopping, kot-kot dekat dengan tempat aku. Bolehlah aku usha tengok. So lepas ini, guna je Tesco Scan&Shop kalau shopping di Lotus, jimat masa dan tenaga, ikutkan kemudahan Scan&Shop ini dah berlambak negara luar guna pakai. Dekat Malaysia ada setengah yang guna, apa-apa pun kenalah amanah setiap kali scan barangan. Okay?

Thank you for reading!


1 comment:

  1. barang-barang Lotus pun banyak berkualiti walaupun harga lebih murah. selamat bershopping. scan&shop tu yang penting kena jujur lah

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!