Kopi Gantung Wak Jam, Lorong Puyuh (Kuala Langat) - Azwar Syuhada

Saturday 16 October 2021

Kopi Gantung Wak Jam, Lorong Puyuh (Kuala Langat)

 Salam to all readers,


Kopi Gantung Wak Jam, Lorong Puyuh (Kuala Langat) | Sebelum aku mengakhiri percutian aku di kampung halaman sendiri, akhirnya aku telah berjaya jelajah setiap warung & cafe coffee viral di sekitar Kuala Langat ini. So, kalau orang tanya aku, pernah rasa ke? pernah pergi ke? At least aku dah pernah pergi, tak adalah orang tanya aku, aku jawab entah tak tahu. Walhal dekat kampung halaman sendiri.


So, last week, aku sempat singgah Kopi Gantung Wak Jam, yang terletak Lorong Puyuh (Kebun Baru). Waze je nanti jumpa. Ikutkan kopi viral ini bukan tengah viral dekat kampung aku je, rata-rata setiap negeri ada dia punya kopi viral. Aku pun tak tahulah siapa yang memulakan kopi viral ini, kalau nak ikutkan dekat Malaysia ni dah tiada kebun kopi. Hopefully, ianya bukanlah menjadi trend semata-mata seperti air boba, biarlah berpanjangan seperti Tealive ataupun Starbuck. Sebab rata-rata yang meniaga ini adalah anak muda, so better kita support local product. 


Kami gerak dari rumah sekitar 11.00am, sampai warung ini dalam 11.30am macam tu. Ramai bagi feedback Kopi Gantung Wak Jam ini sedap, so lets go kita try pula. Seperti biasalah, aku pergi dengan anak pak Itam aku. Lepas ini geng nak ajak kelaur tinggal seorang je, seorang lagi nak ke Penang sambung belajar. Mujurlah, waktu kiteorang sampai orang tak ramai mana.

Kopi Gantung Wak Jam, Lorong Puyuh (Kuala Langat)

Antara menu air yang di twarkan seperti dibawah;

Kopi - RM4
Mocha - RM5
Chocolate - RM5
Bandung - RM4

Sesampai terus order, tunggu nama dipanggil untuk buat pembayaran dan ambil order. Aku order air Mocha 1, bungkus untuk mak dan pak cik aku air Kopi dan Mocha. Overall air kopi gantung wak jam ini memang sedap, pior kopi rasanya. Kepekatan, pahit air kopi tu betul-betul kaw. Memang padu airnya, patutlah ramai yang sanggup beratur panjang tempoh hari untuk merasa. Btw, kopi gantung wak jam ini pun boleh order melalu telefon juga.


Kopi Gantung Wak Jam, Lorong Puyuh (Kuala Langat)

Waktu operasi Kopi Gantung Wak Jam ini hari-hari bermula 11.30am sehingga 5.30pm, Jumaat sahaja cuti. So, kalau korang bercuti ke Kuala Langat bolehlah singgah Kopi Gantung Wak Jam ini, pekena air kopinya. Sedappp..




So, lets go back balik KL, memandangkan Selangor dah tak ada air. Jom kita lari dulu. Bye ualls, this week tak yah cuti kat Selangor, pergi negeri lain dulu. Selangor tak ada air. hahaha..

Thank you for reading!


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!