Jom Try Coffee Cafe RONASSERIE, Kebun Baharu (Kuala Langat) - Azwar Syuhada

Friday, 8 October 2021

Jom Try Coffee Cafe RONASSERIE, Kebun Baharu (Kuala Langat)

 Salam to all readers,


Jom Try Coffee Cafe RONASSERIE, Kebun Baharu (Kuala Langat) | Aku masih berada di kampung guys. Kampung aku dah jadi lubuk coffee dah, jalan sikit ada je kedai coffee. Sampai tak dann nak pergi. So, alang-alang balik lama sikit ni, bolehlah merayap dari satu k satu cafe. So, kali ini aku nak bawa korang nikmati coffee di cafe Ronasserie.


Cafe Ronasserie ini terletak di Jalan Tanjung, Batu 10, Kebun Baharu. Waze je nanti jumpa. Cafe ini terletak di kawasan perkampungan Kebun Baharu. Sepanjang aku duduk sini, boleh dibilanglah berapa kali jerlah aku masuk Kebun Baharu, dan Sijangkang, silap-silap boleh sesat sebab aku tak familiar sangat kawasan ini. Bila aku balik Kuala Langat, anak pak Itam aku jerlah aku heret pergi. Memandangkan dorang pun duduk belakang rumah aku je, kira sekepala jugalah kalau nak kemana-mana. Tapi anak pak Itam aku lagi advanced kalau bab jalan, kau tanya jer nak pergi jalan mana. Entah mana ceruk laluan dia tahu sahaja. Harap kan aku tengok waze pun kekadang boleh salah juga. hehehe..


Kampung aku ini pun dah kira membangun, ramai juga penduduk luar datang bercuti dekat sini. Aku je balik banyak menghabiskan masa di rumah. So, alang-alang korang sampai kampung aku ini bolehlah try coffee di Cafe Ronasserie ini. Boleh follow jalan di bank CIMB Telok Panglima Garang. 

Jom Try Coffee Cafe RONASSERIE, Kebun Baharu (Kuala Langat)

Cafe ini buka pukul 11.00am kiteorang sampai around pukul 12.00pm Waktu tu dah ada orang, limit untuk 3 orang customer dalam kedai. Masa kiteorang sampai, dah ada orang dekat dalam. So, sambil tunggu dekat luar, boleh usha menu di balik cermin. Cafe ini turut menawarkan kek-kek viral seperti Tornado cake, Biscoff cheezecake dan macam-macam kek lagi. Sebab tujuan utama aku nak rasa coffee sahaja. So, kami bertiga beli minuman.





Menu yang kami order haritu:
Hazelnut iced - RM7
Caramel Latte iced - RM7
Cappucino iced - RM6

Not bad, ketiga-tiga hidangan ini boleh tahan sedap. Tapi bagi aku, bukalah banyak mana kedai/cafe coffee, air coffee mamak juga paling padu. Overall, sedap jer, harga pun below RM10 compare beli starbuck. Bolehlah kalau nak merasa.


Jom Try Coffee Cafe RONASSERIE, Kebun Baharu (Kuala Langat)


Overall akak bagi 3.5/5. Kalau kuantiti air tu boleh topap banyak sikit lagi padu. Maybe akan datang boleh upgrade untuk blended punya. So lets enjoy minum coffee.

Thank you for reading!


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!