Salam to all readers,
| Datang Banting Jangan Lupa Singgah Pizza Kayu Api, Kampung Sawah! | Alhamdulillah, tadi petang PM kita dah umumkan rentas negeri. Penantian yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia. So, malam ini dah ada yang start enjin kereta balik kampung ke tu? Jalan baik-baik okay, make sure jaga SOP dan sayangi keluarga korang. Aku lepas KL dengan Selangor masuk fasa 2 lagi aku dah kerap balik hujung minggu. Buat mereka yang duduk merantau negeri jauh dari aku jerlah kesian, finally korang dah pun boleh balik kampung. Boleh dah reunion raya semula.
So this week, aku menyinggah kedai Pizza Kayu Api, Banting. Ikutkan Pizza Kayu Api pesen ini dah merata orang jual setiap negeri. Jadi, pergilah kedai yang ada dekat kampung sendiri. Last week hari Ahad, drive ke sini tutup. Semalam adalah hari penat sedunia rasanya, aku keluar dari pagi sampai ke petang. Pepagi dah keluar bawa mak aku bersiar-siar setelah sekian lama tak berjalan. Balik keluar dengan mak sambung pula keluar dengan anak pakitam aku sekitar kampung aku ini juga Kampung Sawah, semata-mata nak merasa pizza kayu api.
Kot2 lah kalau korang turun Kuala Langat nak naik Jugra, bolehlah datang singgah pekena Pizza Kayu Api Banting ini. Ikutkan dulu, kawasan Kampung Sawah ini adalah kawasan pokok kelapa sawit, sekarang dah ada jambatan yang dapat menghubungkan penduduk Kuala Langat pergi ke Banting, Kanchong Darat, Bukit Jugra tanpa perlu redah traffic jam. Lagi cepatlah ikutkan. Tapi kalau drive sini jangan pula bawa lelaju sebab ianya kawasan perkampungan dan banyak juga orang bawa basikal lalu kawasan ini.
Mujur aku sampai tak ramai orang sangat, so boleh relax order sambil record dorang sedang membakar pizza. Banyak juga pilihan pizza yang ada di sini seperti pizza ayam, daging, chicken pepperoni, beef pepperoni, pizza serunding ayam dan juga pizza tuna. Kesemua hidangan pizza di sini below RM30 sahaja!
Ada 2 jenis saiz iaitu 9' dan 12', kebetulan waktu aku pergi semalam hanyaada saiz 12' sahaja. Size 9' dah habis stock. Dah alang-alang ada saiz 12' sahaja, aku request minta dia buat yang baru yang masih panas-panas lagi dari oven gitu. Mujur adik yang bakar tu nak melayan. Sambil menunggu pizza korang tu nak siap bolehlah beli air dekat tepi kedai pizza ini.
Bagi aku Pizza Kayu Api Banting ini boleh tahan sedap juga. Mak aku sendiri pun kata sedap, roti dia tebal, entinya pun banyak. Makan pepanas memang sedap. Malam tu kiteorang tak makan nasi, masing-masing kekanyangan makan pizza kayu api ini. Tak sia-sia jengah kali ke-2 dan kedai buka.
Inilah dia rupa ruang mereka membakar pizza. Betul-betul padu pizza depa. Serius tak tipu. So kalau korang datang area kampung aku ini, bolehlah singgah kedai pizza kayu api Banting ini. Betul-betul tepi jalan di Kampung Sawah (deret masjid). Ruang parking kereta tiada tapi boleh je parking dekat tepi khemah dorang pasang.
Overall memang sedap, ualls must try okay!
Thank you for reading guys!
bila lah nak sampai banting nih....
ReplyDelete