Recycle Baju Terpakai di KSL - Azwar Syuhada

Tuesday, 14 September 2021

Recycle Baju Terpakai di KSL

 Salam to all readers,


Recycle Baju Terpakai di KSL | Salah satu main utama aku nak balik ke Selangor sebab nak kemas almari baju aku yang dah muntah. Bukan almari baju di Selangor sahaja yang membuak, rak baju dekat rumah KL pun dah nak muntah. Biasalah perempuan kan? Konon tak ada baju nak pakai, walhal baju punyalah banyak dalam almari. Sekarang aku tak larat nak tengok almari baju aku tu dah nak muntah, so aku sorting baju aku taknak dekat KL aku bawa balik Selangor.


Sebab dekat Selangor je ada tong recycle. Banyak lagi baju kurung modern, baju kemeja aku, t-shirt yang masih elok lagi. Yang dah lusuh aku buang terus tak masuk dalam ni. Aku tak jumpa lagi recycle macam ni di KL, jadi aku gigihlah bawa balik Selangor. Mujur adik aku ambil. Ini ada 2nd round kena bawa balik.

Recycle Baju Terpakai di KSL

Aku punya habit dulu? Asal baju nampak cantik sikit tapi size tak berapa nak suite dengan aku lagi, aku simpan kejap kot2 boleh slim balik. Sudah ini PKP, bersambung WFH secara tak langsung berat badan aku tak susut. Tak masuk office lagi, so harapan aku nak pakai baju yang aku simpan tu dalam kenangan sahajalah. Jadi, ada baiknya aku bagi sahajalah pada yang lebih memerlukan.

Biasa dulu, mak aku akan agihkan baju aku ini pada jiran belakang rumah. Tambah jiran memang ramai anak perempuan. Lepas Covic-19, sambung pula dengan PKP ini aku dah suruh mak aku duduk diam-diam dalam rumah. Takyah pergi memana. Even rumah jiran tetangga, sekarang semua kena berhati-hati. Jadi, aku decide recycle baju-baju aku ini semua dekat tong khas Community Recycle for Charity yang ada dekat KSL, betul-betul belakang MCD tu. Dekat jerlah dengan rumah aku, around 20 minit jugalah perjalanannya. 


Ini baru half, Khamis ini aku balik KL ada lagi baju nak suruh adik aku ambil bawa balik. Bagus juga ada tong Community Recycle for Charity ini, at least ada orang lebih memerlukan. Orang kata, kita kena bagi barang yang kita paling sayang, banyak juga baju aku sayang dah ku let go kan juga. 


Kalau korang ada baju terpakai dan masih elok lagi, jangan dibuang baik sedekah dekat orang. Aku ini kejap je kosongkan almari. Esok-esok, penuh balik. Mana yang duduk sekitar lembah Klang, korang boleh recycle pakaian, kasut, tudung, pun boleh dekat sini. Selain itu, kalau ada perabot yang masih elok pun boleh juga recycle dekat sini. Hopefully, penerima tuan baru pada baju aku ini bergembira untuk menggayakan pakaian ku.



Recycle Baju Terpakai di KSL

Thank you for reading guys!

5 comments:

  1. Thanks untuk info. Tak pernah lagi buat gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamu alaikum wr wb..
      bismillahirrahamaninrahim,, saya sangat gembira kerana dapat menulis
      dan kongsi dengan rakan melalui tempat ini,
      Sebelum ini, saya seorang ahli perniagaan dalam sektor hartanah isi rumah
      dan mencapai kejayaan yang luar biasa, saya sudah mempunyai kereta, rumah dan kemudahan lain,
      tapi namanya ujian, saya sangat percaya pada semua orang,
      sehingga satu hari saya ditipu oleh kawan saya sendiri dan membawa semua yang saya ada,
      akhirnya saya berhutang kepada pelanggan saya sejumlah RM140,000 dan di bank sejumlah RM178,000
      Saya sudah stress dan hampir membunuh diri. 3 anak saya masih bersekolah menengah rendah/menengah dan juga pelajar, tetapi suami saya pergi ke mana-mana dan meninggalkan saya dan anak-anaknya di tengah-tengah bil hutang yang bertimbun,
      demi untuk makan setiap hari saya terpaksa menjual nasi bungkus dan kuih muih,
      Di tengah-tengah crush ekonomi seperti ini saya bertemu seorang kawan
      dan memberitahunya, alhamdulillah dia memberi nasihat kepada saya.
      dia pernah cakap dia pun macam aku lepas masuk Program Pengeluaran Wang Ajaib Halal hidupnya kembali berjaya,
      Pada mulanya saya ragu dan tidak percaya tetapi selama satu hari saya berfikir
      dan lihat hasilnya serta-merta, `
      Saya akhirnya turut serta dengan melayari laman web di http://wangajaibhalal.xtgem.com segala arahan Kyai Rahmat Sanjaya saya ikut dan hanya 1 hari astagfirullahallazim,
      alhamdulillah demi allh,
      akhirnya RM600,000 yang saya minta benar-benar di tangan saya,
      semua hutang saya lunasi dan selebihnya adalah untuk modal perniagaan,
      kini saya kembali berjaya terima kasih Kyai Rahmat Sanjaya Saya tidak akan melupakan jasa tuan.
      kalau kawan-kawan berminat, serius dan percaya, insyaAllah.
      Saya telah membuktikannya kerana Allah, sila hubungi WhatsApp nombor +6282240168483 layari laman website di http://wangajaibhalal.xtgem.com































      ,
      ,,
      ,
      ,
      ,
      ,

      ,
      ,
      ,.,
      ,.,
      ,.,
      ,.,
      ,.,
      ,.,

      Delete
  2. bagus macam ni.

    tak seperti tempat kediaman saya, peti ni selalu kena selongkar oleh 'orang lain' sebab depa nak cari baju yang sesuai untuk depa ambik. yang tak berkenannya, selepas tu balance baju yang lain berterabur sekitar peti tu...sungguh menyakitkan mata + baju2 tu semua akan rosak. yela kalau dah terbiar berserak atas tanah, sapa nak lagi.

    tak tau nak istilahkan ini sebagai vandalism ke tidak.

    ReplyDelete
  3. Seronok kalau ada dkt rumah tempat macam ni. Memang dok me cari pun. Sayang nak buang. Nak bgi orang mcm tak confident. Baik letak dkt tempat mcm ni. Biar dorang sort kan mana2 yang okay

    ReplyDelete
  4. Wah boleh la nk sumbang jgk la baju2. Minggu lps baru sorting bj yg xnk. Yg msih elok sy buat preloved. Laku la sikit2... hehe yg xlaku nk ltk dlm tong ni la

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!