Prep Buat Shabu-Shabu di Rumah | Beli Alat BBQ Grill Steamboat Hot Pot - Azwar Syuhada

Sunday, 5 September 2021

Prep Buat Shabu-Shabu di Rumah | Beli Alat BBQ Grill Steamboat Hot Pot

 Salam to all readers,


Prep Buat Shabu-Shabu di Rumah | Beli Alat BBQ Grill Steamboat Hot Pot | Pada mereka yang follow aku di Instagram aku pasti tahu aku banyak masak-masak dekat rumah sewa ini. Yalah kami kaki makan, kalau masak macam nak menjamu 10 orang makan. Alhamdulillah, sepanjang kami memasak ini tiada isu pembaziran sebab masing-masing kaki makan. Yang paling banyak jadi mangsa untuk perhabiskan sudah semestinya aku. Agaknya kalau aku timbang sekarang memang menangis. Dah alang-alang tak jumpa orang, duduk rumah pula rasa bahagia dengan makan dengan banyak. Ni dah boleh dine in kena start kurangkan makan baliklah jawabnya.


2 minggu sudah rasanya aku dengan roomate buat bakar-bakar BBQ dalam rumah. Oyah teringin nak makan BBQ, biasa kiteorang makan BBQ Town Shabu-Shabu dekat Midvalley. Even dah boleh dine in sekalipun kiteorang prefer makan dekat rumah juga. Seorang lagi roomate volunteer sponsor beli tempat grill steamboat hot pot dekat Shopeee. Awalnya dia order yang viral colour pink tup-tup seller return refund. Tukar seller lain tak sampai 2 hari dah sampai. Bagus betul servisnya.


Jom tengok apa juadah Shabu-shabu kiteorang buat haritu. Macam biasa had ini memang aku tak ambil pot pun, hulur duit je. Roomate aku yang perap ayam dan daging, seorang lagi buat sup. Aku tukang buat video, snap picture and setup meja + cuci pinggan sahaja waktu ini.


Sebab kiteorang planning last minutes, barang-barang beli menerusi Foodpanda & Grabfood. Haritu pergi FamilyMart nak cari bebola cheese dia dah habis pula. Bebola dekat FamilyMart one of yang popular dan sedap! Speedmart tak banyak pilihan selalu pergi asyik kosong je peti aisnya.

Prep Buat Shabu-Shabu di Rumah | Beli Alat BBQ Grill Steamboat Hot Pot

Ayam & daging ini Syairah yang perap dia kata kalau nak sedap bubuh air Coke. Baru urmm kalau makan nanti. Haritu kiteorang tak cukup bahan nak buat sos sahaja. Terpaksalah cicah dengan sos cili. Boleh tahan sedap. Kalau korang nak sedap buatlah sosnya sendiri. 


Prep Buat Shabu-Shabu di Rumah | Beli Alat BBQ Grill Steamboat Hot Pot

Tadaaa!! So, jangan tanya kenapa aku gemuk nanti. Duduk rumah makan dan makan sahaja kerjanya. Berguna juga beli alat BBQ Grill steamboat hot pot ini. Bila buat dekat rumah rasa lagi seronok. Makan dekat restoran ada limit 3 jam, tak sampai 15 minit masing-masing kekenyangan. Buat kat rumah kau boleh bantai makan sehari suntuk gitu. 


Cantikkan masakkan atas pan dia ni, plug dia pendek, so kena cari extention panjang untung sambungkan. Sebelah sana ruang untuk masak sup dan rendam bebola. Kiteorang bubuh planta je untuk panggang ayam dan daging ni. Syahdu ya ampat bila dapat makan. Nak sedap korang balut dengan salad daging dan ayam ini baru makan. Perapan kawan aku buat ini pula memang betul-betul menjadi lagilah bertambah sedap.

Prep Buat Shabu-Shabu di Rumah | Beli Alat BBQ Grill Steamboat Hot Pot


So main utama, kalau korang nak buat grill dekat rumah haruslah beli tempat grill steamboat hot pot ini. Ada jual dekat Shopee. Kalau nak versi sebijik macam ini boleh dapatkan di sini: https://shp.ee/t5tthmt



Biasa aku akan share di akaun TIktok, barang-barang yang aku dan roomate aku borong di Shopee. Korang boleh dapatkan BBQ Grill Steamboat Hot pot ini di sini okay: https://shp.ee/t5tthmt


Thank you for reading!

2 comments:

  1. bestnya berbbq kat umh.. baru puas hati!

    ala sementara dpt duk umh ni makan je puas2.. nt2 baru diet.. kikiki

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!