Hampir 2 tahun kita hidup dalam suasana pandemik yang
mengganas. Tambahan pula, yang menetap di Lembah Klang ini, beribu kes kita
hadapi setiap hari, dan baru-baru ini barulah nampak penurunan itu pun selepas
ramai yang ambil vaksin.
Dalam pada kita sibuk dengan kes Covid-19, group Whatsapp
mak ayah kita sendiri pun tidak ketinggalan. Masing-masing sibuk bagi petua
untuk mengurangkan jangkitan virus ini. Seperti amalkan minum cengkih, air kelapa dan banyakkan consume makan vitamin C. Memang benar,
sebagai seorang Islam kita tak boleh hanya berserah kepada takdir.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI, USAHA LINDUNGI DIRI DARI COVID-19 DENGAN ESKAYVIE DIFFENZ
Virus Covid-19 ini amat luar biasa, berbeza dengan
bakteria dan parasit, virus tidak mampu dihapuskan oleh antibiotik. Secara
aslinya, virus hanya bebenang asid amino yang membawa resipi bagi membentuk
protein tertentu yang mengarahkan sel yang dijangkitinya untuk menghasilkan lebih
banyak zarah virus bagi menjangkiti sel lain.
Sel ‘asing’ yang berlebihan ini akan cuba dihapuskan oleh
sistem pertahanan badan kita demi kesejahteraan keseluruhan tubuh. Pertambahan
sel berjangkit virus yang terlalu banyak, akan melemah dan memudarat tubuh ke
tahap yang tidak mampu diselamatkan.
Walaupun secara strukturnya, virus tidak mampu wujud
secara sendiri tanpa menjangkiti mana-mana sel hidup, namun keupayaan untuk
meruntuhkan sistem pertahanan tubuh organisma yang jauh lebih kompleks
daripadanya memang amat mengagumkan.
Terdapat beberapa virus berbahaya yang hidup bersama kita
sejak sekian lama. Virus influenza, yang mengakibatkan antara 290,000 hingga
650,000 kematian setahun, disebar melalui udara daripada manusia kepada
manusia.
Di penghujung 2019, seluruh dunia diperkenalkan dengan
satu lagi spesies virus, iaitu si korona (kerana permukaannya yang dipenuhi
struktur seolah-olah mahkota) SARS-CoV-2.
Dengan bentuknya yang anggun dengan cangkuk protein
berbahaya di seluruh permukaan molekul yang menyimpan bebenang asid ribonukleik
(RNA), virus ini merebak dengan begitu pantas. Serangan virus itu tidak
menunjukkan tanda-tanda yang ia akan reda dalam masa terdekat.
Ditambah pula dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih agresif akan menyukarkan lagi usaha sistem badan untuk membendung masalah ini. Penemuan varian baru ini amat membimbangkan kerana ia,
TIDAK ADA PENYAKIT TIADA PENAWAR
Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Terdapat beberapa hadis yang menyatakan Dia menurunkan segala penawar setiap penyakit yang diturunkan. Justeru kita sebagai seorang yang beragama Islam harus percayakannya dan berusaha untuk mencari penawar. Antaranya adalah seperti;
QS. Yunus
Ayat 57
يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاۤءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَاۤءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْرِۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ
57. Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari
Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat
bagi orang yang beriman.
QS.
An-Nahl Ayat 69
ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ
فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ
مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً
لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ
69. kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan
Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman
(madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang
menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga:
"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”
Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Setiap satu penyakit bukan saja ada satu malah berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari semasa ke semasa telah membongkar rahsia alam semulajadi yang memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat.
Bayangkan tumbuhan hutan semulajadi yang menjadi khazanah berharga dan hanya tumbuh di lantai hutan. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh daripada titisan susu harimau?
Di sini lah peranan saintis bagi memudahkan manusia
mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrak bahan
berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya menyediakannya dalam bentuk
yang lebih mudah diamalkan dengan hanya dalam satu tablet.
Apa yang penting Kita Ikhtiar selagi ada nyawa di badan.
Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memilih yang baik dan
memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.
Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19
Apa itu Eskayvie Diffenz?
Eskayvie Diffenz ini merupakan produk suplemen keluaran
Eskayvie yang dapat menyokong gaya hidup sihat setiap individu. Ia dihasilkan
daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steroid, Halal dimakan dan
paling penting produk ini telah pun mendapat kelulusan daripada KKM
(Kementerian Kesihatan Malaysia).
Eskayvie Diffenz diformulasikan bagi membantu anda untuk
tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.
Menariknya lagi Eskayvie Diffenz ini kaya dengan 4
kandungan SUPERFOOD terbaik untuk perlindungan tubuh badan kita. Di antaranya cendawan susu harimau, buah
camu-camu, vitamin D, dan juga vitamin C.
Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan
khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C & Vitamin D yang
boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru serta meningkatkan sistem imun
tubuh anda dan keluarga.
Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh
didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil
semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.
1) Bolehkah ibu mengandung
mengambil Eskayvie Diffenz?
Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil
selepas trimester pertama.
2) Adakah Eskayvie Diffenz
perlu disimpan di dalam peti sejuk?
Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah
kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk
mengelakkan ia teroksidasi.
3) Bolehkah kanak-kanak di
bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk
mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui
pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan
protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah
biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
4) Dari manakah sumber Cendawan
Susu Harimau?
Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di
kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan
Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih
ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang
dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang
tumbuh meliar.
5) Adakah pengambilan buah
Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda
lebih tinggi berbanding buah oren?
Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C
yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga
kini. Formulasi Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang
bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.
Klik www.diffenz.com
dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda.
Hubungi 03-5511 1050 / 6 019-6083027 untuk
maklumat lanjut.
Zaman covid ni kita memang kena ikhtiar dengan suplemen tambahan. Diffenz ni bagus. tengok ramai yg dah cuba & bagi feedback positif
ReplyDeleteDiffenz ni sangat-sangat saya rekomen.Tahun 2022 dah dan ini salah satu ikhtiar kita untuk meningkatkan imun tubuh.
ReplyDelete