Lake Garden (Botanical Gardens) Kuala Lumpur - Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga - Azwar Syuhada

Saturday, 25 September 2021

Lake Garden (Botanical Gardens) Kuala Lumpur - Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga

 Salam to all readers,


| Lake Garden (Botanical Gardens) Kuala Lumpur - Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga |  Alhamdulillah, sekarang KL & Selangor dah masuk fasa 2, rasa bersyukur sesangat. Pasti ramai yang tak sabar nak capai 90% dimana orang yang bekerja di kota raya nak balik kampung halaman. Mujur aku orang Selangor, danlah balik lepas diumumkan KL & Selangor dah masuk fasa 2. Aku yang tak balik 4 bulan pun dah rasa kerinduan teramat inikan yang tak balik dah bertahun.


Even belum boleh boleh rentas daerah, sekarang banyak tempat pelancongan, tempat rekreasi, perhotelan, kedai makan, dah start buka balik. Sedikit sebanyak kita dapat naikkan balik industri yang hampir 2 tahun hilang punca pencarian. Sekarang aku tengah gian dengan melihat pemandangan hijau, tempat untuk bersantai-santai dengan aman. Nak masuk mall, macam malas, nak shopping baju? Aku dah lama xmasuk office. Kalau masuk pun masuk groceries. Nak jadikan cerita, last week aku plan dengan budak ex officemate aku Elly & Sue hiking Bukit Gasing. Aku nak pergi tempat macam ini kena ada member drive. So, Sue ini memang jenis spesis macam aku gak, rajin join running, hiking semua. Saje text dia terus onn.


Elly ini pula aku tak expect dia minat juga hiking. Ajak sekali terus onn! Dia orang paling excited, siap buat group Whatsapp lain, Telegram lain. Jumaat malam, kiteorang follow up balik untuk arrange nak pergi pukul berapa. Sue duduk area Hulu Langat, dialah drive fetch Elly dan aku, kebetulan memang 1 jalan je.


Masing-masing tak pernah hiking Bukit Gasing, dah siap google malam tu nak park dekat mana, naik dekat mana. Punya semangat, masing-masing bangun pukul 5.00am okay. Lepas Subuh, Sue baru gerak keluar rumah, sampai rumah aku around 7.00am. Sampai-sampai Bukit Gasing, TUTUP pula. Sudahhh!!

This main entrance ke Bukit Gasing. Bukan kiteorang je frust, rupanya ramai jugalah. Walhal, selang beberapa hari sebelum kiteorang nak pergi sini ramai je naik. Maybe issue, orang picnic ke Sungai Pisang macam over, tu pasal tutup kot. Andai kami sahajalah. Last-last, kiteorang decide pergi jogging dekat Lake Garden (Botanical Gardens) KL. Keluar awal pagi kot, takkan tak pergi mana kan.  Lets go, apa yang menariknya Lake Garden (Botanical Gardens) ini.

Lake Garden (Botanical Gardens) Kuala Lumpur - Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga

Lake Garden (Botanical Gardens) Kuala Lumpur - Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga
Taman Botanical Gardens ini dulu dikenali sebagai Perdana Lake Gardens, Lake Gardens & Public Gardens. Ia adalah sebuah taman rekreasi yang berskala besar pertama di bandar Kuala Lumpur. Selain Taman Tasik Titiwangsa, sini port menarik untuk datang riadah bersama keluarga. Seberang jalan, ada Tugu Negara, buat mereka yang 1st time datang sini, bolehlah gagahkan diri pergi menapak ke Tugu Negara. Kalau datang awal pagi ke petang-petang memang bestlah. Last aku pergi area sini tahun 2019 kalau tak silap tu pun sebab join marathon larian. Gigih aku paksa si Wan ikut aku gak buat teman.




Lake Garden ini juga orang kata ia berfungsi sebagai tempat perlindungan dari kesibukan kota pada zaman penjajahan. Terdapat taman-taman besar yang terpahat dan menarik. Kira kau pergi 1 tempat, dalam tu banyak gila taman ada dalam 1 tempat. Imagine macam tulah, tapi Lake Garden (Botanical Gardens) ini memang besar pun, nak jogging ke berbasikal pun boleh, kawasan luas. Tapi sekarang makin cantik bila dah dinaiktarafkan lagi.


Canopy at Main Square (Laman Perdana). Kiteorang sampai sini around 8 lebih juga, so memang orang dah ramai. Tak plan pun nak ke sini, jadi kalau nak dapat parking datanglah awal-awal. Tak pun bayar je parking dekat depan tu. Ada bangunan parking kereta.


Kawasan ini sesangat luas, ini antara port yang ada. Canopy tu salah 1 port menjadi perhatian orang ramai. Jadi, kalau pergi sini jangan lepaskan peluang bergambar di bawah canopy.

Even kita dah boleh keluar, jangan pernah leka. Sentiasa patuh SOP, kalau tempat tu ramai sangat orang elakkan pergi situ. Kalau korang jogging ke hiking, tak perlu pun pakai mask, tapi jangan lupa scan MySejahtera, dan jaga jarak sesama sendiri. 

Lake Garden (Botanical Gardens) Kuala Lumpur - Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga
Cantik gila langit waktu tu, tengok anak-anak kecik bergembira bermain. Budak-budaklah paling kesian waktu pandemik ini, tak boleh main diluar, belajar pun dekat rumah. Hopefully, parent bertabahlah. Area sini tak sesak Taman Tasik Titiwangsa, maybe sebab Lake Garden ini sangat luas. Banyak family boleh pilih tempat untuk berkelah.

Masing-masing bawa permainan dari rumah, memandangkan taman permainan tak dibenarkan naik. Mampu tengok je dari tepi. 


Lake Garden (Botanical Gardens) Kuala Lumpur - Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga
Yang ini port taman bunga, tapi aku bergambar dekat pondok dia. Banyak pokok yang masih belum berbunga. Ada pokok bunga Hydrangea a.k.a Siti Khadijah tepi pondok ini. Tapi air kolam dia sangat cetek nak bergambar. So aku belanja gambar aku jerlah sebagai tatapan korang.

Masing-masing muka frust, takpelah at least dapat tengok pokok-pokok dalam taman kan?


Aku tak mampu nak jalan semua tempat, sebab tersangat besar kawasan Lake Garden ini. Ini antara port menarik korang boleh lawati kalau datang ke Taman Botani Perdana Kuala Lumpur.





Kalau jalan-jalan area signboard Taman Perdana Botanic akan jumpa pintu ini. Jangan pula masuk, sebab ini jalan nak keluar. Baru masuk nak keluar, tak memasal kena gelak dengan guard. So, continue jalan belah kanan then terus sahaja.


Kalau nak keluar, ikut balik laluan yang ada canopy tadi. Dekat sini ada mini zoo, boleh tengok ayam, itik, air terjun tak berapa terjun pun ada dalam tu, bolehlah bawa anak-anak kecik kenali haiwan.

Lake Garden (Botanical Gardens) Kuala Lumpur - Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga

Dah cukup keluar peluh, barulah pulang ke rumah. Apa-apa pun enjoy je lepak Lake Garden (Botanical Gardens) ini, tak sesak dengan orang ramai, nak jogging pun selesa, dapat tengok orang shuffle, main skipping pun ada. Best!

Kalau nak tengok, keindahan taman Tasik Titiwangsa, boleh baca sini:

Keindahan Taman Tasik Titiwangsa

If korang nak pergi during weekend, better keluar pepagi if nak enjoy moment pagi. Kalau datang pukul 9.00am nak menapak dalam taman dengan matahari terpacak memang taklah. Btw, tempat ini FREE je, tak perlu bayar apa-apa pun. Lagi happylah nak berlama-lama dekat sini. Tinggal bayar parking sahaja.

Boleh refer dibawah, kalau nak pergi Lake Garden (Botanical Gardens) Kuala Lumpur.

Lokasi: Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Price Range: FREE


Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!