Salam to all readers,
| Hiking Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi | Jatuh bangkit bangun semula, perempuan tak mudah mengalah untuk mencuba sekali lagi. Kan aku cakap last week konon nak hiking Bukit Gasing tup-tup main entrance dia tutup pula. Balik scroll sosial media ada pula orang daki, so kami gigih selidik sekali lagi macam mana dorang dapat naik. Rupa-rupanya nak hiking Bukit Gasing ini ada banyak entrance. Kami pergi haritu laluan pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing memang TUTUP seperti mana korang tengok gambar yang aku post sebelum ini.
Rupa-rupanya, ada 2 lagi pintu yang masih aktif untuk akses naik ke Bukit Gasing iaitu laluan masuk dari Taman Rimba Bukit Kerinchi dan laluan melalui Pusat Komuniti Lembah Pantai. Nama pun Bukit Gasing, pusing-pusing dalam tu juga. Gelak-gelak member dengar.
Pembangunan Taman Rimba Bukit Kerinchi Lembah Pantai ini terletak di Kg. Kerinchi, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Ia berhampiran dengan kawasan pembangunan pantai hillpark, jalan pantai dalam, Kuala Lumpur. Korang waze sahaja Taman Rimba Bukit Kerinchi nanti naiklah dia, ia betul-betul tepi kubur ya. Tempat parking sangat-sangat limited, so better datang awal pagi untuk dapatkan port parking yang strategik. Kau nampak orang park sepanjang jalan tu kira betul dahlah tu destinasi yang dituju. Memasing nak panjat Taman Rimba Bukit Kerinchi ini.
Taman Rimba Bukit Kerinchi ini mempunyai keluasan tapak keseluruhan kawasan hijau seluas 66.15 hektar (163,463 ekar) dengan keadaan topografi yang tidak rata. Ia diliputi oleh hutan sekunder dan bekas ladang tanaman getah yang tidak diusahakan lagi. Pada amnya ia adalah merupakan kawasan Bukit yang juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Diurus sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta telah direzabkan sebagai kawasan hijau.
Kawasan ini merupakan sempadan antara Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Kurang dari sebahagian kawasan hutan ini merupakan kawasan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan telah dibangunkan menjadi kawasan rekreasi bagi penduduk sekitar Petaling Jaya. Senang cerita, Bukit Kerinchi dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Bukit Gasing adalah dalam Negeri Selangor. Jom tengok, keindahan alam di Taman Rimba Bukit Kerinchi.
Ini trail hiking Taman Rimba Bukit Kerinchi. Dekat sini terdapat 2 jambatan yang menjadi perhatian orang ramai iaitu jambatan goyang dan juga jambatan besi. Jambatan goyanglah cabaran sikit untuk korang hiking ke atas. Jambatan besi, hanya daki tangga belah bawah sampai dah.
Sini tiada view pemandangan pencakar langit, ia more to the nature sahaja melihat alam semula jadi, dengar bunyi cengkerik, merakam memori di jambatan gantung goyang dan juga besi. Alhamdulillah pendakian berjalan dengan selamat semalam, dan mengambil masa around 1 jam 40 minit jugalah nak naik atas.
Bagi mengelakkan terseliuh better warm up terlebih dahulu sebelum memulakan hiking. Awal-awal ingat kami paling awallah sampai, kalau boleh taknak bersesak-sesak bila tiba lewat. Rupanya ada orang lagi awal dah naik weyhh.. Entah pukul berapalah dorang gerak dari rumah. Kami mula pendakian around 7 lebih jugalah waktu itu, dimulakan dengan pendakian dari Laluan Denai. Insyallah tak sesat masuk sini, ada je pakcik-pakcik yang akan guide nak lalu mana nak ke mana, bila nampak muka budak-budak blur nak ke kanan ke kiri. Laluan sini kena gagahkan diri menaiki anak tangga ya.
Jom tengok short video moment aku hiking di Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi;
fuhh syoknya hiking..
ReplyDeletebila la nk jin hiking jgk ni.. hehe
Tq info.. Tak pernah pun selama ni tau kat kerinchi ada tempat mcm ni...
ReplyDeleteAmmi follow awak
wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...
ReplyDeleteSis.. Dr parking dekat tak nak sampai sungai?
ReplyDeletedekat juga, dah masuk pintu masuk pusing belah kanan okay
Delete