Resepi Nasi Butter Anchor & Garlic Butter Shrimp - Azwar Syuhada

Sunday, 8 August 2021

Resepi Nasi Butter Anchor & Garlic Butter Shrimp

 Salam to all readers, 


Resepi Nasi Butter Anchor & Garlic Butter Shrimp | Hello everybody! Bertemu kembali ke rancangan saya memasak, anda terliru! Gitueww... Mak aku kalau nampak aku share masakan dekat Instagram, selang beberapa minit lepas post dia call. Beriya masak dekat KL, balik takde pun kau balik masak. Hakikatnya, kengkawan semua, aku bukan kaki masak ya. Aku akan masak bila rasa lapar. Tapi sekarang, duk scroll mostly makanan, nak membeli je selalu koyak poket. So, trylah buat menjadi pula tu aku buat.


Resepi Nasi Butter Anchor & Garlic Butter Shrimp


Menjadi aku kongsi, tak jadi aku buat senyap jerlah. Ikutkan Nasi butter Anchor & garlic butter shrimp yang aku buat ni adalah resepi untuk aku join contest. Kalau korang senang nanti singgahlah posting di reel IG aku like dan komen. Nanti aku balas kunjungan korang semula. Lepas buat butter cake, aku blank kejap nak share resepi apa, alih-alih buka Tiktok banyak gila Tiktok oversea share resepi dan masakan dorang simple and easy gila nak buat. So why not aku try buat kan? Dah alang-alang juadah tersebut kena guna butter.


Lets go! Aku kongsikan bagaimana nak membuat Nasi Butter Anchor & Garlic Butter Shrimp ini. Dimulakan dahulu Nasi Butter Anchor.


Resepi Nasi Butter Anchor

Bahan-bahan yang diperlukan:

Beras
Butter jenama Anchor (tak kisah pure atau unsalted)
1 buji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inchi halia
1 helai serai diketuk
2 helai daun pandan disimpul
Susu segar
Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

Langkah 1: Panaskan minyak, masukkan butter. Kacau sehingga butter tersebut mencair.

Langkah 2: Kemudian masukkan bahan ditumis, diikuti dengan serai dan daun pandan.

Langkah 3: Kacau sehingga naik bau, masukkan susu segar lalu masukkan beras gaul bagi rata.

Langkah 4: Dah gaul bagi rata, pindahkan beras tersebut kedalam periuk elektrik, dan sukat air seperti biasa.

Sementara nasi masak. Kita beralih ke menu seterusnya, Garlic Butter Shrimp




Resepi Garlic Butter Shrimp

Bahan-bahan yang diperlukan:

Udang
Butter Anchors
2 sudu Olive Oil
2 sudu butter brand Anchor
Bawang putih
Salt
Black paper
Parsley


Cara-cara membuatnya:

Langkah 1: Panaskan minyak, masukkan olive oil and butter.

Langkah 2: Kemudian masukkan bawang putih. Kacau sehingga garing sedikit dan naik bau, masukkan pula udang

Langkah 3: Kacau sehingga udang tu masak sedikit, masukkan pula garang, dan lada hitam.

Langkah 4: Final touch up masukkan pula daun Parsley


Siap! Jangan lupa tengok nasi tadi naa.. nak sedap, masaklah ayam masak merah sekali. Baru rasa urmm hidangannya.


Resepi Nasi Butter Anchor & Garlic Butter Shrimp

Selamat mencuba! 


#DairyliciousMY

#AnchorDairyMalaysia

#SmoothLikeAnchorButterChallenge #AzwarCooks





8 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!