Salam to all readers,
| Percubaan Membuat Tornado Cake Versi Che Nom | Harini birthday roomate aku sorang lagi yang bernama Syairah, nak belikan hadiah semua benda dia dah ada, boleh jamu makanan jerlah jawabnya. So, aku pun gigih pepagi pergi 99Speedmart beli Baking soda, whipping cream dah habis pula terpaksa beli guna Foodpanda. Sejak duduk lama dalam rumah, dapur rumah pun dah jadi tempat favourite pula.
So sempena birhtday dia aku nak buat eksperimen jugalah dengan baking tornado cake style Che Nom, gigih aku salin resepi pepagi buta, tengok dekat phone tak puas sebab nak buka muzik baru ada feel. Tornado cake ini merupakan salah satu favourite cake aku juga, boleh dikatakan semua kek coklat aku suka. Kalau kek warna warni flavour lain tu, hanya 10% sahajalah aku boleh jamah. Tornado kek ini memang tengah viral sekarang, dan harga dia boleh tahan juga orang jual, berbaloi jugalah dia jual mahal. Sebab apa? Sebab bahan dan membuatnya pun agak renyah. Aku nak buat sendiri, sebab bolehlah makan 2 3 hari. Kalau beli 1 tak cukup, tak sampai setengah hari aku dah boleh habiskan. Kau rasa?
Disebabkan aku terlampau megah juga pagi tadi disebabkan tengok kek moise, filling cheese dah menjadi, aku kecundang pada waktu puncak iaitu ketika membuat coklat ganashe. Overall menjadi, apa-apa pun thank you pada Che Nom, ajar resepi tornado kek ni step y step. Dari dalam blog sampailah ke youtube pun ada. So kalau korang nak buat juga boleh tengok resepi di bawah.
Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk kek coklat:
- 4 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ cawan susu pekat
- 1 ¼ cawan tepung gandum**
- 1 cawan serbuk koko**
- 1 sudu kecil baking soda**
- 1 sudu kecil baking powder**
- ¼ sudu kecil garam halus**
- 1 cawan susu full cream
- 1 cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair
- ¾ sudu kecil serbuk instant espresso
- 1 sudu besar air panas
Nota: Ayak bahan bertanda **
Bahan-bahan untuk cream Cheese Filling:
- 250g krim keju/cream cheese
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar jus lemon
- 300ml krim putar tenusu/dairy whipping cream
Bahan-bahan untuk Coklat Ganache:
- 300g dark chocolate atau milk chocolate
- 300ml krim putar tenusu/dairy whipping cream
- 3 sudu besar mentega (bergaram/tak bergaram)
- 3 sudu besar susu full cream
**Hias dengan taburan parutan coklat/Chocolate flakes/chocolate rice
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!