Alhamdulillah, Settle 2nd Dose Vaccination! - Azwar Syuhada

Saturday, 7 August 2021

Alhamdulillah, Settle 2nd Dose Vaccination!

 Salam to all readers,


Alhamdulillah, Settle 2nd Dose Vaccination! | Alhamdulillah, Khamis lepas settle for 2nd dose vaksin AZ. Mujur 2nd dose kali ini tak kecundang sangat sepertimana 1st cucuk haritu awal bulan June. Effect antibodi orang lain-lain, tapi yang 1st haritu kena cucuk memang terasa sakitnya nak-nak bila menjelang malam. Dengan tidur tak boleh mengiring dekat tempat injectnya, nak pegang pun sakit. Malam jangan cakap demam, badan ketar-ketar. Panadol banyak juga aku telan, minyak kapak memang sentiasa ada tepi kepala (serupa orang tua kan?). Tak cukup dengan itu, beli juga pelekat yoko-yoko tampal dekat dahi. Alhamdulillah, hari ke-3 dah sihat walafiat.


Siapa yang dah ada date untuk ambil vaksin, pergilah. Siapa yang masih belum dapat date keep follow up dalam aplikasi MySejahtera. Covic-19 is real guys, harini aku nak berkongsi perihal roomate aku disahkan positif Covic-19. Alhamdulillah dia dah okay dah sekarang dan dah pulang ke rumah sediakala, masih trauma. Benda ini berlaku selang sehari selepas Raya Haji dia tetiba demam malam tu, aku ingat demam biasa dan dia pun tafsir sebegitu memandangkan, seminggu sebelum tu dia baru je vaksin. 


Dia telan panadol, esok demam tak kebah-kebah lagi, so dia pergi ke klinik dan makan ubat yang diberikan doktor. Keesokan harinya dia pergi pula ke klinik lain, doktor tu sarankan buat swab test. Petang dapat result positif Covic-19. Dia shocked, aku masuk kebilik dia jadi serba salah tak tahu nak buat apa, dan waktu tu dia bagitau aku. Sudahnya, aku suruh dia stay dalam bilik, aku duduk ruang tamu buat masa tempoh kuarantin. First day dia tahu postif tu masih okay, esok-esoknya makin melarat. Aku dengan Syairah tolong dia letak makanan dekat pintu.


Satu rumah kami sanitize. Aku dengan Syairah (seorang lagi roomate) hari-hari suruh dia makan. Setiap kali letak makanan, dia pulang balik makanan yang sama tak berusik weyhh.. Satu hari, kami berdua vido call, muka dia pucat gila dalam bilik. Sumpah risau. Kami memang tak bagi dia keluar pun dalam bilik, mujur bilik ada bilik air. Tapi kesianlah, nak menolong lebih-lebih, aku bukan doktor/nurse. Dia dah update Mysejahtera, aku dengan Syairah dah pun update MySejahtera sebagai contact rapat. Selang beberapa hari makin teruk, aku trylah call KKM tanya. KKM full weyh kalau nak kuarantin dekat Maeps sekalipun. Semua FULL!


Alih-alih Oyah call klinik dia buat swab test tu tanya mana tempat masih ada kekosongan untuk kuarantin. Hotel mostly dekat KL untuk kuarantin memang dah penuh. Hari ke-4 macam tu, klinik update boleh kuarantin dekat International Youth Center Cheras masih ada kosong. Tu pun dia datang ambil belah petang. Waktu dia keluar bilik jelaslah nampak muka pucat lesu. 


Dia punya serba salah dekat aku dengan Syairah bila positif Covic-19. Nak buat macam mana, kita pun tak tahu benda tu datang dari mana sekarang, tambah-tambah sekarang ada Delta Varian. Lepas dia keluar rumah kuarantin di luar, aku tak masuk bilik lagi, tinggalkan beberapa hari, biar virus tu keluar dulu.


Nak sanitize bilik semua pun ada protokol ya anak-anak. Aku pakai sarung kepala, penutup mulut, sarung tangan, sarung kaki masuk ke bilik. Sembur segala tempat dari tombol pintu, karpet, bilik air kasi sembur sanitize. 2 hari untuk penyemburan (tanggalkan langsir, sarung tilam, rendam dengan dettol. Keluarkan semua barang, mop 2 3 hari dengan Dettol. bagi maksure virus tu pergi. Karpet semua aku gagahkan diri cuci juga. Demi kesejahteraan bersama.


Kalau taknak basuh dulu, asingkan masuk dalam beg plastik. Basuh half-half gitu. Half-half pun penat juga badan. Mujur aku WFH.


Boleh rujuk prosedur macam mana nak sanitize kediaman pesakit Covic-19. Sepanjang Oyah kuarantin di luar, aku still continue tidur di ruang tamu, hari-hari aku sanitize, mop guna detol, keliling setiap sudut termasuk tombol pintu, suis, pemegang pili air semua aku sanitize hari-hari. Jahat betul Covic-19 ini geng! Alhamdulillah, sepanjang dia kuarantin di hotel ada orang lebih arif memantau, dia dah okay sekarang. Now, dah selamat pulang ke rumah.





Based on pengalaman roomate aku, Oyah. Dia tak jangka dia boleh kena, yang awalnya dia ingat demam biasa. Hari dia disahkan positif tu dia dah start tak lalu nak makan, asal nak sumbat makanan dia rasa nak muntah. Satu lagi, dia sukar bernafas kalau pasang kipas terlalu kuat, kerap batuk. Deria rasa alhamdulillah masih ada waktu dia kuarantin. Covic-19 ini real guys, dia sampai pikir mati je sampai waktu tu.


Aku tak boleh imagine. Sekarang nak keluar rumah pun rasa was-was apatah lagi nak berjabat tangan dengan orang. Doa banyak-banyak dengan tuhan supaya Covic-19 cepat-cepat pergi. Mujur Oyah dah kembali bertenaga seperti sediakala, sekarang dia continue WFH sama seperti aku. Even kes meninggi still juga ada company yang pentingkan diri sendiri. Dah nak masuk 2 tahun kita hadap Covic-19 ini, jadi boleh imun dan Malaysia dah boleh start bagaimana nak implement gaya hidup bekerja dari rumah. 


Berbalik pada cerita 2nd dose vaksin AZ pada hari Khamis baru ini, company aku bagi cuti 1 hari pada hari vaksin. So, tengahari tu aku keluar dengan roomate cari barang dapur, then balik tu masing-masing naik grab sendiri, aku direct ke pusat vaksin.


Sumpah rindu juga nak keluar. Jadi, hari vaksin ini kira hari Merdeka aku boleh keluar kejap. Alang-alang keluar, touch up la lebih sikit. Dulu penat pikir nak pakai baju apa kerja esok. Sekarang, takyah nak risau dah, baju proper, tudung sarung, bawah berkain batik pun no hal laahh.. Janji kerja tip top gitu.


Aku nak cerita sedikit effect selepas aku dapat vaksin Astrazeneca. Semua vaksin sama je, tak perlulah nak memilih, ambil je apa yang dapat. Benda yang aku perasan paling ketara sangat selepas beberapa bulan kena cucuk AZ adalah period pain aku menjadi-jadi sakitnya, walhal aku dah lama xkena period pain. Kali ini asal datang bulan, mesti sakitnya. Delay tu takdelah setakat ini. Macam aku cakap tadi, effect orang lain-lain. Bergantung juga pada antibodi masing-masing. Apa-apapun jom sama-sama kita support untuk ambil vaksin. Even, vaksin ini bukanlah 100% menghapuskan Covic-19. At least, kalau korang kena tak seteruk orang yang belum vaksin.


Panjang pula cerita aku petang ini. Apa aktiviti korang di hujung minggu? Ini kalau tak Covic-19 mesti aku tengah food hunter dekat mana-mana restoran viral. Ini tak, siang malam, laptop, scroll Shopee perhabis duit, main masak-masak dekat dapur, tidur. Berat badan naik, salahkan diri sendiri.

hahaha...

Thank you for reading guys!

3 comments:

  1. Tahniah. Semoga Malaysia mampu capai herd immunity secepat mungkin.

    ReplyDelete
  2. Allahu. housemate pula kena. mesti cuak juga kan.Tak apa lah semoga tak ada apa2 yang buruk. Tahniah dah vaksin. Korang kawan yang baik

    Selamat berhujung minggu!

    ReplyDelete
  3. covid ni dimana mana. tp bila kena pd org yg dekat dgn kita sedihnya rasa. dh complete 2dos boleh lega sikit insyaAllah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!