Resepi Mashed Potato KFC Versi Azie Kitchen - Azwar Syuhada

Saturday, 24 July 2021

Resepi Mashed Potato KFC Versi Azie Kitchen

 

| Resepi Mashed Potato KFC Versi Azie Kitchen | Kebetulan beli kentang terlalu banyak, sampai tak tahu nak buat apa jadi aku buat match potato. Haritu nak buat tak terbuat sampailah kentang membusuk. Jadi, kalini beli,buat siap-siap match potato. Dalam banyak-banyak fasfood, mashed potato KFC jugalah yang paling sedap dalam abad ini.

 

Resepi Mashed Potato KFC Versi Azie Kitchen

Tapi tulah, mashed potato KFC boleh tahan mahal gak sekarang. Had kecik dah RM5 lebih. Sekali ngap habis dah. Kalau buat sendiri, dapat makan berkali-kali. Cuma sedap dengan sedap. Puas hati kalau buat sendiri, sebab kita boleh tuang gravy banyak mana kita nak. Nak isi melimpah ruah pun boleh. Hahah..

 

Jom tengok macam mana nak buat mashed potato ala-ala KFC ini. Azwar pun google juga resepinya, lostly resepi yang dikongsikan lebih kurang sama sahaja. Seperti biasa, kita guna sahaja bahan apa yang ada dekat dapur.

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN BUAT MASHED POTATO (Kentang lenyek)

Kentang – 5 biji saiz sederhana
3 butter/planta (jangan terlalu banyak nanti kuat sangat bau butter)
Sedikit garam
Lada hitam
Fresh milk/ full cream (Azwar guna fresh milk)

 

CARA-CARA BUAT KENTANG LENYEK MASHED POTATO

Langkah 1: Buang kulit kentang, potong ikut size yang sama kemudian rebus atas dapur dan bubuh sedikit garam. Garam jangan isi terlalu banyak nanti masin sama pula dengan gravy yang dah memang terasa masin. Balances kan kedua-dua rasanya. Air rebusan untuk rebus kentang ini isilah sekadar cukup menenggelamkan kentang. Tak perlu isi terlalu banyak.

 

Resepi Mashed Potato KFC Versi Azie Kitchen

Langkah 2: Anggaran untuk merebus kentang dalam 20 minit, kalau dah empuk tutup api dapur kemudian toskan kentang tersebut. Nak senang letak dalam penapis biar air dia turun. Letak tepi dalam 15 minit baru lenyekkan.

 

Langkah 3: Lenyekkan kentang sampai betul-betul hancur. Azwar guna lesung batu haritu.

 

Langkah 4: Masukkan sedikit demi sedikit susu waktu lenyek kentang. Kenapa kena letak susu? Susu ini fungsinya nak bagi kentang tersebut rasa berlemak sedikit. Kemudian baru masukkan butter dan lada hitam. Gaul ia sehingga sebati.

 

Siap bahagian kentang lenyek! Dah boleh ketepikan dahulu, kita buat gravy nya pula.

 

CARA-CARA BUAT GRAVY MASHED POTATO

Langkah 1: Cairkan butter dalam kuali dengan api sederhana. Tumiskan bawang merah, bawang besar saiz sederhana sehingga bertukar warna keperangan (ada bau bawang).

 

Resepi Mashed Potato KFC Versi Azie Kitchen

Langkah 2: Masukkan air, kiub ayam, lada hitam. Tunggu sehingga mendidih, kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sehingga kuah jadi pekat. Tepung jagung korang boleh bancuh guna air biasa sahaja tak perlu guna air panas nanti jadi berketul-ketul pula.

 

Langkah 3: Bila dah pekat, tutup apinya. Tunggu sekejap sampai panas berkurang. Siap! Boleh dah hidangkan untuk dimakan! Ada orang bahagian ini dia blend, Azwar tak buat nanti jadi hancur. Jadi kacau atas dapur then siap!

 


Resepi Mashed Potato KFC Versi Azie Kitchen
Finally buat juga, punya lamalah nak buat tak terbuat. 

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Sedapnya mashed potato. Nampak mudah nak membuatnya pun. Nanti nanti kot teringin boleh cuba resipi versi Azie Kitchen ni

    ReplyDelete
  2. sy ke sini sbb ank pbaru pakai braces mtk buat mashed ptto yg lembut mcm kfc .bhn2 pun senang dpt & hrp ansk sy suka dg kata2 perghh mcm kfc la.hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!