Salam to all readers,
| Pengalaman Buat Rawatan Root Canal (Rawatan Akar Gigi) di Klinik Pergigian Bangsar Utama | Alkisahnya awal tahun haritu gigi aku mula rasa sakit (sakit tempat yang sama) so aku decide ambil half day pergi check up gigi dekat klinik pergigan bangsar. So first time, hanya boleh periksa sahaja, next appointment konon nak buat treatment root canal rupanya dia book slot untuk aku scalling gigi? Kau rasa? Kebetulan aku dah pergi scalling dekat swasta lepas beberapa minggu aku pergi 1st check up.
Bila scalling dekat swasta, dia tanya kenapa ada tampalan sementara. Besar sangat ke lubang? Doktor tu siap nasihat next time datang balik takut dia lubang dia besar nanti biar lama-lama dia jadi effect pada gigi sedia ada. Okay je says Insyallah. Aku tunggu lagi next appointment dekat klinik Pergigian Bangsar (kerajaan punya). Selang beberapa bulan sakit balik dekat gigi yang dia buat tampalan sementara tu. Aku call la tanya agak-agak boleh cepat kan sikit ke appointment, yang pick up phone pun nak taknak layan. Dia kata kena tunggu 5 6 bulan lagi. Amboii tunggu gigi aku romponglah kot, baru nak panggil datang.
Alih-alih, aku call la klinik swasta yang aku buat scalling previously. Aku tanya berapa kos nak buat root canal, aku sedia maklumlah lagi buat dekat sekitar tengah bandar KL ini memang mahallah ceritanya. Pancing lagi tanya, agak-agak boleh bayar installement tak? Memandangkan aku pun tengah cukup-cukup makan je ni. Bila dia kata boleh, barulah terasa ada sinar gitu. Kau rasa aku mampu ke nak buat kalau takde installment. Jomlah, kita kaji apa punca gigi ini kena buat root canal.
Gigi Berlubang Punca Utama Terpaksa Jalani Root Canal Treatment
Aku takde lagi sejarah takut pergi klinik gigi malah aku suka pergi. Masa zaman universiti kira kerap jugalah makcik aku ambil dekat lrt bawa pergi klinik dekat shah alam sana check up gigi (pasang braces). Lepas tanggal braces terus dah tak check up, sampai terasa sakit gigi sekarang ini.
Inilah process root canal treatment. Setiap kali treatment kena bius okay. Sebelum aku pergi klinik gigi, aku ada baca 1 blog kakak ni buat root canal dekat luar negara (dia memang stay sana). Rawatan hanya RM200 je. hahaha..So lucky!!Ikutkan dia dah terangkan dah, root canal ini apa. Punca utama adalah gigi berlubang kecik. Yang kita rasa takpalah sakit sikit je ni, esok-esok hilanglah rasa sakitnya. Itulah puncanya, tahu-tahu lubang tu semakin besar, sehingga menyebabkan udara boleh masuk. Kalau tampal pun dia still rasa sakit, sebab apa? Sebab ia dah terkena saraf. Jadi, seelok-eloknya kalau rasa sakit gigi, rasa berlubang pergilah cepat buat check up. Jangan tangguh-tangguh nanti melarat.
Kalau biar makin melarat, dia juga boleh bagi effect yang sedia ada. Takut allignment gigi lari nanti. Tu pasal aku teruskan jerlah treatment ini. Treatment Root Canal ini ada 4 peringkat (bergantung pada kedalaman lubang gigi tersebut).
Dia ada 2 options samaada nak buat root canal treatement atau bridge treatment (boleh google).
So disebabkan aku nak bayar secara ansurans so aku decide buat root canal treatment. Bridge treatment korang just cabut gigi yang problem pasang gigi baru. Disebabkan rasa sayang nak cabut gigi sedia ada, jadi aku teruskan buat root canal treatment.
Untuk menjamin root canal treatment ini okay ada baik teruskan dengan pemakaian crowning. Sebab ada juga lepas buat root canal treatment gigi dia jadi rapuh balik. Sebab dah takde nyawa dalam gigi tersebut. So, dia jadi mudah rapuh. Jadi, doktor sarankan dah buat root canal buatlah crowning terus.
Berapa kos rawatan root canal ini?
Bergantung pada klinik gigi awak semua pergi. Kalau rate dekat Kuala Lumpur ini RM800 dan ke atas. Nak murah dan sanggup menunggu bolehlah tunggu turn dekat klinik kerajaan.
Untuk gigi hadapan - bermula RM800 dan ke atas
Untuk gigi belakang - bermula RM1000 dan ke atas
Total Kos Rawatan Root Canal Aku di sini: RM1200
*Kedua-duanya bergantung pada kondisi gigi yang problem tersebut dan boleh jadi bergantung pada doktor yang bagi treatment tersebut.. Jadi, sebelum jalani root canal treatment ini dia minta ambil X-tray terlebih dahulu.
Alhamdulillah aku dapat doktor perempuan yang sangat okay. Bak kata mak aku kerajaan ke swasta sama je. Cuma ko pergi swasta dia cakap lembut sikit (nganga mulut ms, saya inject sikit je tak sakit pun). hahaha..
Appointment pertama root canal treatment: X-Tray gigi, buka tampalan sementara, bersihkan akar yang problem tersebut. Kemudian tutup semula menggunakan tampalan sementara
Appointment kedua root canal treatment: Buka tampalan sementara, letak ubat, (pasang besi sebab ada space pada gigi tersebut).
Appointment ketiga root canal treatment: Letak ubat sekali lagi.Korang boleh tengok youtube macam mana rupa rawatan root canal ini. Aku yakin ramai yang nak pergi buat, tapi takde keberanian kan?
Pengalaman buat Scalling gigi di Klinik Pergigian Bangsar Utama boleh baca SINI.
Pengalaman Check Up Gigi di Klinik Pergigian Bangsar baca SINI.
Pergi je, jangan dibiar lama-lama. Next appointment untuk tengok kondisi gigi ini semula baru proceed pasang crown. Doakan aku murah rezeki dapatlah bayar duit gigi. Ameen!
Thank you for reading!
So total root canal + crowning berapa ya?
ReplyDeleteKAlau nk murah boleh ergi ke klinik gigi emerald sri petaling..
DeleteJadi total root canal + crowning berapa ya?
ReplyDeletesy baru nie cabut ggi geraham..dkter tue cabut gna manual lps bius saya..tpi msa cabut ada skit bahagian hujung gigi tertanam kt dlm..sy jadi xselesa dgn hjng gigi kecil tue. patutkah saya pergi cabut..kalau cabut ada kos ke disebabkn kcuaian dokter smasa cabut gigi tertinggal sdikit hjng serpihan gg dlm mulut saya .
ReplyDeleteBetter minta doktor check semula and bersihkan sekali lagi. If tak betul-betul bersih dia effect ke gigi lain.
DeleteTerima kasih sis, bermanfaat sangat sharing ni.. semoga sis terus happy, kaya raya, jadi jutawan beriman 🧡
ReplyDeleteawk buat dekat klinik mana
Deleteawk buat dekat klinik mana
Deleteterima kasih share story sis. saya pun pening nak survey harga rawatan akar ni
ReplyDeletesama-sama.
DeleteSalam..masa pasang besi tu sakit tak? Mcm mana cara dia tanam tu?
ReplyDeleteSeriau jugak.. Sy baru jumpa doc sebb gusi bengkak berulang2 n sakit ya amat.doc cadangkan room canal ni..huhu ..
Waalaikumsalam, tak rasa sakit sebab semua operation dia bius dulu. Then lepas habis ubat bius pun tak sakit. Depend pada orang juga. If rasa sakit lepas buat kena datang lagi sekali takut tak cuci bersih masih buat rawatan root canal.
DeleteWaalaikumsalam, tak rasa sakit sebab semua operation dia bius dulu. Then lepas habis ubat bius pun tak sakit. Depend pada orang juga. If rasa sakit lepas buat kena datang lagi sekali takut tak cuci bersih masih buat rawatan root canal.
DeleteFuh..nak tanya juga soalan sakit tak sepanjang semua proses tu.. sbb baru2 ni sy pi repair tampalan gigi yg dh tercabut,tiba2 doc kata gigi ni kena buat rawatan akar,tp kena tunggu waiting list. Yg buat trauma tu time doc bersihkan gigi utk buat tampalan tu sakitnya ya ampunn.. tu yg nak tanya tu,sakit tak proses root canal dari a to z.. huhu.. tq sis 😊
ReplyDeleteHi Farhah, saya pun start kena buat root canal pun sebab doktor buat tampalan sementara. Then selang sebulan lepas tu start sakit semula tu yang buat root canal. Alhamdulillah sepanjang prosedur buat root canal tak sakit, sebab kena ubat bius. Lepas hialng ubat bius pun tak rasa sakit. Jangan takut okay,
Deletesalam sis, berapa ye kos rawatan akar utk klinik kerajaan? harap dapat jawapan dari sis sbb sy pon mcm nak kene buat rawatan tu lepas tampal gigi masih lagi sakit-kairul
DeleteSis ada buat crown gigi ke lepastu? Klw ada, RM brp?
ReplyDeleteHihi, saya ada buat crown after buat root canal. Sebab kalau tak buat kemungkinan besar root canal tu mudah rapuh. Topap lagi RM1k :(
DeleteSalam, saya nak tanya tempoh untuk menunggu antara appointment tu lama tak? Total ambil masa berapa lama ya untuk habiskan rawatan root canal ni ya?
ReplyDeleteAku penh buat rawatan akar di klinik gg gov,doktor sana bgtau ade beberapa treatmnet,1st treatmnt ok,tibe nk buat 2nd tratmnt doktor yg pgg kes aku,benti pulak- dah kn tukar doktor,2nd treatmnt dia just bukak tampalan sementara tukar dgn yg baru(tu pun aku tunggu after 2 thn) skang after 6years gigi yg wat rawatan akar tu sakit balik,paling sedih makin teruk,sampai bengkak gak la sebelah muka aku- Allahuakbar
ReplyDeleteSaya pun ada buat rawatan akar pada gigi geraham 2nd molar belah kiri.. buat pada 6 bulan yang lepas dekat Klinik Kerajaan.. gigi ni pada asalnya berlubang sikit je tapi ye lah kan tampalan dia terbuka masa covid outbreak so lambat la nak tunggu appointment klinik kerajaan masa tu.. cuba walk-in pulak katanya tampalan tak dibuat hanya cabutan shj.. dugaan waktu covid.. sekarang ni pulak gigi yg buat rawatan akar ni pya filling asyik pecah je.. haih dalam dilemma ni nak cabut terus atau teruskan buat filling baru.. asyik muka saya je dtg re-do filling ni..
ReplyDeleteHeheh.. Ni saya reply saya pya comment sendiri.. Saje nak bg update..
DeleteSo akhirnya gigi yang buat root canal tu terpaksa cabut, sebab gigi tu dah patah dua.. adeh rongak dah sekarang.. tp rasa tenang pulak sebab rasa tak payah pg klinik gigi untuk tampal korek tampal cuci lagi.. waktu gigi tu ada mula-mula 4@3 bulan sekali pegi.. lepas tu 2 bulan terkahir tu sampai 2, 3 kali dlm sebulan pegi klinik haiyoh..
Tapi nak bagitahu yang usaha nak selamatkan gigi ni sebenarnya sangat penting, so selagi boleh selamatkan harus cuba jangan la cabut terus..
Sebab saya lepas cabut gigi geraham ni baru tahu pentingnya gigi ni untuk mengunyah.. haha.. Okey tata..
Anak saya umur 5tahun . Sakit gigi sbb dah berlubang teruk .. p klinik doc suggest buat rawatan akar. Tp kalau anak tanak bekerjasama. Doc nak cabut terus. Kalau cabut ada effect nya.. tu doc tu suggest buat cuci akar. Doakan yaa .. takut pulak mak dia ni
ReplyDeleteBaru je nie setel buat tampalan sementara. Doc kata kalau takde rasa sakit lps 2 mggu boleh dtg buat tampalan kekal. Kalau tak kena buat rawatan akar. Fuh . Kita bila dgr rawatan akar terus terbayang duit melayangg hahahahaha.. Doc suruh google dlu psl rawatan akar. Kita google ternampak blog nie. Wah. Hahahaha.
ReplyDeleteeh sama lah...terbayang duit melayang,bukan pasal takut nak buat..doc dh bg harha around 1500 mcm tu..tapi kalo x buat nyut2 je bila kena panas ke sejuk
Deletesis saya buat rawatan akar masuk hari ke2 masih rsa sakit...hari keberapa akan hilang sakit? rawatan ke dua dan ketiga tu selepas habis ubat bius akan sakit jugak? berapa lama?
ReplyDelete