Salam to all readers,
Enaknya
Jamu US Pizza Malaysia Waktu Lunch Hours | Weh lately ramai gila orang duk post
makan pizza. Aku tengok pun terliur, mana taknya, buka twitter, Instagram,
Facebook semua duk post makan pizza. Tak boleh jadi aku pun nak gakk!! Bosan
pula hari-hari makan nasi. Lagilah work from home sekarang, mood nak masak tu macam
bercinta. Punyalah malas nak ke dapur pegang kuali, periuk belanga semua. Nak
cepat memang order Foodpanda je. Tak sampai 30 minit dah sampai. Tapi tulah,
kalau hari-hari kau ber Foodpanda kopak kocek wei.
Member kata
try la pekena US Pizza Malaysia ini, memang tak menyesal sebab kenyang katanya.
Justeru, aku pantang dihasut lalu aku mencubanya sendiri tahap kesedapannya ini
hari. Sebelum aku mengulas lebih lanjut US Pizza ini jom kita sembang kejap
mana datang pizza ini.
Pizza ini
ikutkan salah satu makanan segera yang cukup popular di negara Itali dan
Amerika Syarikat. Boleh dikatakan pizza ini makanan ruji mereka. Kalau kita kat
sini, nasi adalah makanan ruji. Dorang sana, pizza tu boleh bantai waktu
breakfast, lunch, dinner pun boleh. Kau rasa? Pizza ini bukan terkenal di
negara Eropah sahaja sebab pizza (makanan segera ini) sudah cukup terkenal di
Malaysia juga. Pelbagai brand ada di pasaran Pizza Hut, Domino’s, Pizza Express,
Pizza Mansion, US Pizza dan macam-macam lagilah.
Normally,
pizza ini berasaskan dari doh dan disusuli dengan keju, tomato, termasuk bahan-bahan
lain seperti cendawan, zaitun, bawang, nenas, daging, ayam lalu dibakar dalam
suhu yang tinggi. Kalau di negara Itali, pizza akan dihidangkan dalam suasana
formal seperti di restoran, tanpa roti dan dimakan menggunakan garpu dan pisau.
Bagi aku,
lagi tebal roti pizza dan bila makan ia lembut di dalam. Itu memang betul-betul
padu pizzanya. Sebab apa? Aku gila makan roti. Doh pizza ini ibarat roti yang
empuk. Itulah kenikmatan dan kelazatan yang aku rasa bila pekena US Pizza
Malaysia ini. Ini first time try, memang rasa Daebakk!!
2. Italiano Chicken (R)
3. Italian Aloha Deluxe (R)
Now, during MCO ini tak dapat nak ke outlet nya. Mujur mereka ada buat servis delivery hantar sampai depan pintu rumah. US Pizza Malaysia ini ada disekitar Klang Valley, Negeri Sembilan, Penang, Kedah, Perak, Johor dan juga Pahang. Kalau korang nak merasa makan waktu MCO ini, boleh tengok outlet yang berdekatan dengan korang di SINI.
Thank you for reading!
aduhhh tngok time2 ni.. terliur sudahhh. haha
ReplyDeletenangis... sedap sangat ni
ReplyDelete