Salam to all readers,
| Pengalaman Ambil 1st Dose Vaccine AstraZeneca di PPUM | Last week, giliran aku pula mendapatkan vaccine 1st dose vaccine AZ. Had ini aku lepas register masa KJ announce buka volunteer vaccine AZ. Waktu tu tak ramai yang tahu dan tak semua negeri dia cover lagi. Mak aku belum dapat lagi sampai sekarang, hopefully dapatlah tarikh dalam masa terdekat. So, let's go aku cerita pengalaman aku dapat sakit ke idak apa effectnya lepas injection? Badan dah rasa sihat sikit barulah bertenaga nak update blog ini. Kalau tak peram 2 3 minggu baru nak update.
Sempena meraikan aku ambil vaksin ini, aku apply half day (afternoon) dekat ketua aku. Mujur lulus, even kena WFH nak taknak kena ambil juga half day sebab kau tak buat kerja waktu tu. Tak baik menipu ya dak? Banyak benor aku baca pengalaman orang yang dah pergi vaksin, mostly suruh telan panadol lepas vaksin. Ya benar, mana yang baik kita ikut je selagi boleh.
Checkpoint kelima: PPUM agak straight sikit, sini mereka tak bagi rekod-rekod untuk cucuk vaksin. Sebelum doktor cucuk, dia akan tunjukkan botol vaccine tu, dan dia sukat depat kita dia hanya beri 0.5 sahaja dose vaccine ni. Cucuk tu tak terasa sangat, tahu-tahu dah selesai. Setelah selesai cucuk vaccine, tunggu nombor dipanggil nak tunjukkan appointment vaccine hari tersebut sekali lagi, bagi IC, petugas tersebut nak tulis dalam kad vaccine kita. Setelah selesai, boleh ambil kad vaccine dan balik.
Alhamdulillah, lepas cucuk vaccine tu tak rasa nak tumbang, tapi rasa lapar nak makan KFC. Justeru, dalam grab aku pergi order Foodpanda. Balik-balik rumah makan KFC, time tu tangan kebas-kebas jerlah. Malam tu dia rasa start sakit. Mujur lepas makan KFC tu aku telan panadol dah. Malam tu tidur macam biasa cuma tak boleh timpap tangan yang kena inject. so kena mengiring bahagian yang tak kena inject.
Pada keesokkan harinya kan Jumaat? hari kerja, mujur waktu kerja tu dia hanya kebas tangan. Serupa orang main gym. Over exercise bahagian tangan. So, tangannya rasa hilang skru sebelah. Malam kedua tu yang rasa tak boleh buat bincang, demam lagi, aku telan lagi panadol untuk sekian kalinya, tuam air batu dekat kepala dan tempat injection, sebelum pukul 10.00pm aku tidur dah, pakai cool fever, minyak kapak tepi kepala. Aku kalau sakit rasa nak marah orang, baik aku tidur.
Alhamdulillah, hari ketiga, aku jalani kehidupan seperti biasa, kepala dah tak berdenyut-denyut dah, demam pun dah kebah. Cuma tangan yang inject ini still sakit, orang kata ambil masa seminggu nanti dia hilang sendiri. So, kita tunggu jerlah hari ke-7 nanti. So, setelah beberapa hari vaccine bolehlah jawab survey dalam MySejahtera. Dia minta kita punya feedback lepas injection. Feedback ini sebenarnya membantu KKM juga. Jangan lupa update okay.
Makesure, perempuan yang bertudung pilihlah pakaian yang sesuai nak cucuk vaksin. Baju yang senang nak sinsing sampai ke lengan. Lengan aku besar, justeru aku pakai tshirt lengan pendek dan sarung cardigan labuh. Nampaklah formal sikit. Lepas ini tunggu 2nd dose pula. So, mana-mana yang dah dapat tarikh vaksin, pergilah ambil okay. Even vaksin ini bukanlah 1 ubat yang boleh hilangkan covic tapi ia salah satu cara untuk kita herd immunity.
Thank you for reading!
terbaik dah cucuk, tahniah, kita still menunggu lagi..hihi..
ReplyDelete