Hi and Assalamualaikum,
Seperti
semua sediakan maklum, negara Malaysia sekarang sedang berdepan dengan
gelombang ke-3 Covic-19. Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dibeberapa buah negeri bagi penularan wabak Covic-19 ini. Buat
sekian kalinya, ramai rakyat yang bekerja terpaksa bekerja dari rumah. Kalau
diikutkan bekerja dari rumah ini sesuatu perkara yang cukup mencabar. Nak-nak
bagi mereka yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak kecil. Tak pikir lagi
gangguan dari luar.
So, bagaimana caranya untuk kita semua kekal produktif bekerja dari rumah musim pandemic ini? Jom cuba 5 tips bawah ini, mana tahu sedikit sebanyak berguna buat mereka yang Work From Home sekarang di musim pandemic.
Nampak macam budak sekolah kan? Hakikatnya, dengan menyenarai semua perkarang yang patut dilakukan sedikit sebanyak dapat membantu korang focus bekerja dari rumah. Dari senarai “List To Do” inilah titik permulaan awal korang untuk menyempurnakan kerja. Ia bukan sahaja membantu peringatan kepada diri kita untuk melakukan kerja malah membuatkan kita lebih focus untuk bekerja. Sebelum tidur, korang dah boleh stand by dulu list to do apa nak buat esok.
2. Bangun Tidur Kemaskan Diri Terlebih Dahulu Sebelum Melakukan Kerja
Sungguhpun
bekerja dari rumah bukan bermakna korang boleh mandi pada bila-bila masa.
Disiplin kan diri sepertimana korang bersiap untuk ke pejabat. Bangun tidur,
kemas tempat tidur, mandi, pakai pakaian yang sesuai dengan professional anda,
breakfast dan tetapkan masa untuk melakukan kerja.
Bila badan dah segar, off course kerja lebih produktif!
Tidak
dinafikan sudut bahagian katil mahupun sofa yang empuk adalah yang ruang
terbaik bekerja dari rumah? Hakikatnya tidak sama sekali, sudut yang kita rasa
best tulah yang memakan diri kita balik dan membunuh produktiviti seseorang.
Justeru, korang digalakkan mencipta ruang khas untuk bekerja. Cuba elakkan
melakukan kerja di atas katil di sudut yang gelap.
Alang-alang musim PKPB ini cuba curi masa sedikit untuk mengubah bilik atau sudut khas untuk bekerja dari rumah dalam keaadan selesa. Bila dah ada ruang sudut khas untuk melakukan kerja pejabat, korang boleh take a break 5 minit untuk melakukan aktiviti renggangan badan dan juga makan.
4.Hadkan Penggunaan Sosial Media Pada Waktu Bekerja
Sungguhpun
bekerja dari rumah, ia adalah satu tanggungjawab yang cukup besar. Dimana, kita
pegang satu amanah dengan company. Jadi, nak taknak kita kena seimbangkan apa
perkara yang kita suka buat dengan sesuatu perkara yang kita patut utamakan.
Untuk kekal produktif, periksalah telefon bimbit korang secara berjadual /
berkala. Tambah sekarang, banyak orang share movie best Netflix untuk di layan,
gossip trending di twitter.
Tetapkan masa di telefon korang, waktu bila patut anda focus kerja dan waktu bila me time korang layan movie semua. Timer yang ada dalam telefon bimbit bukan sahaja membantu mengatur masa malah memberi peringatan untuk diri kita sendiri untuk tidak melihat telefon.
5. Sentiasa berinteraksi dengan rakan pejabat
Jika korang
bekerja dalam 1 team, make sure korang sentiasa berinteraksi antara satu sama
lain sepertimana korang berada di pejabat. Kita hidup dalam dunia teknologi
serba canggih sekarang, banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk berhubung
dengan rakan kerja walaupun duduk berjauhan.
Antara
aplikasi yang boleh digunakan seperti Whatsapp, Skype, Zoom Meeting, Google
Meet, Face Time dan banyak lagi. Tidaklah anda berasa bosan berada di rumah.
Apa yang penting, tanggungjawab kita semua sebagai seorang pekerja.
Ikutkan banyak lagi tips untuk kekal produktif bekerja dari rumah. Apa-apa pun ini sahaja tips aku boleh garap dan kongsikan. Jangan terlalu stress bekerja dari rumah. Work Smart not hard.
Thank you for reading!
bab bangun awal tu mmg betul, kaella pernah sekali bangun lewat, rasa nak mengamuk sehari sebab bangun lewat, mood nampaknya mempengaruhi juga
ReplyDeletehahaha.. semalam buat keje sambil layan Netflix . T_T
ReplyDeletewfh ni mmg kena ada strategi kan. kalau tak kelaut la jadinya
ReplyDeletekdg ada kerja tp malas nk buat.. haha. asyik tngk movie ja
ReplyDeletebtw nice sharing azwar!
ReplyDelete