Salam to all readers,
| Fungsi & Cara Menggunakan Pulse Oximeter | Alat Untuk Mengetahui Kadar Oksigen Dalam Darah | Seperti biasa, dalam pada kita duduk di rumah, seelok-eloknya kita jaga diri kita juga. Seboleh-bolehnya, janganlah kita jatuh sakit, memandangkan hospital tengah tenat merawat pesakit Covic-19. Dalam diam sebenarnya, kita sebenarnya sudah menghadapi untuk pilih mana yang patut diselamatkan terlebih dahulu. Covic-19 is real one, please jaga diri.
So, harini aku nak share berkenaan Happy Hypoxia? Tahu tak apa benda ini? Happy Hypoxia ini pendek cerita pembunuh senyap Covic-19! Kita rasa diri kita sihat tubuh badan, tiada symptom, tahu-tahu esok kita dah stage tak berapa baik. Banyak doktor-doktor yang share benda ini, jadi mana yang patut kita boleh cegah dan kawal kita ikut.
Happy Hypoxia, happy di sini bukan bererti gembira, Hypoxia membawa maksud individu yang mengalami masalah kekurangan oksigen dalam darah, badan kurang dari 95%. Kenapa diberi nama Happy Hypoxia? Ini kerana pesakit Covic-19 tiada membawa apa-apa symptom, keadaan luaran begitu tenang, normal, gembira seperti biasa tapi sebaliknya bacaan tahap oksigen mereka adalah rendah. Tidak sedikit pun mereka menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas even tahap bacaan oksigen nya rendah.
Cara Penggunaan Pulse Oximeter?
1) Masukkan salah satu jari dalam alat Oximeter ini. (Pastikan jari tersebut kering)
2) Tunggu beberapa saat bacaan akan keluar. Nombor warna hijau adalam bacaan nadi, manakala nombor warna OREN adalah bacaan oksigen yang perlu kita ambil tahu. Jika kurang 95% korang dinasihatkan walk in mana-mana hospital yang berdekatan. Bacaan yang elok adalah 95% dan ke atas.
Justeru, doktor pakar pun boleh jadi keliru dan sukar untuk kenalpasti pesakit Covic-19 yang alamai Hayppy Hypoxia sebab dorang punya otot pernafasan tidak sama sekali menunjukkan sukar bernafas. Senang cerita Happy Hypoxia ini boleh diungkap sebagai pembunuh senyap pesakit Covic-19. Tidak dapat dikesan dari awal, menyebabkan pesakit meninggal dunia.
Jadi bagaimana nak mengatasi dan mengesan Happy Hypoxia ini?
Kalau berada di hospital, pesakit akan di check selang beberapa jam. Tapi bagaimana yang duduk di rumah? Kuarantin di rumah? Justeru, bagi pesakit Covic-19 yang kuarantin di rumah korang digalakkan beli Pulse Oximeter (seperti gambar di atas) untuk memantau tahap oksigen korang jika bacaan kurang dari 95% datanglah ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Bila ada 1 dekat rumah senang sikit, hari-hari boleh check. Tapi janganlah beranggapan benda alah ini boleh nyahkan Covic-19. Kita hanya mampu mencegah sahaja. Mana yang baik doktor share kita buat. Yang lain kita tawakal.
Pulse Oximeter ini aku beli dekat Shopee. Tak sampai RM20 pun. Kalau nak boleh beli SINI.
Kalau bukan pesakit Covic-19 pun, aku sarankan korang at least belilah 1 untuk kegunaan seisi keluarga. Sama-sama kita jaga kita. Boleh dapatkan Pulse Oximeter ini di farmasi yang berdekatan ataupun Shopee pun ada jual.
Thank you for reading!
serious menarik. hmm should I get this one too? hehe
ReplyDeleteOh btw to answer your question as of where I got my cute keyboard, Ray beli kt Shopee je. hehe Here's the post and Ray dah sertakan link there. You can just find it there.
Read here:
https://www.raydahalhabsyi.com/2021/03/happy-birthday-ray.html#more
wahhhh murah ni...boleh la beli satu buat simpanan dekat rumah...kalau takde simptom mmg bahaya la citenya kan...
ReplyDelete