Salam to all readers,
| Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik | Even kita sibuk menangani isu Covic-19, jangan kita lupa tarikh keramat 16 May. Ia merupakan tarikh yang cukup bermakna buat para guru. Rindu gila zaman sekolah, bila dah nak dekat Hari Guru sibuk mencari hadiah untuk guru kesayangan. Sungguhpun mak ayah aku bukan guru, dorang tetap guru di mata aku. Kalau nak tahu arwah atuk aku juga merupakan bekas guru juga.
Masa zaman sekolah, bila tiba hari guru macam-macam pertandingan sekolah anjurkan. Salah satu pertandingan sekolah buat aku tak pernah miss should be pertandingan kad ucapan hari guru. Biasa aku menang okay. Aku akui, even zaman pandemic sekarang pun, semua cikgu-cikgu memang sangat-sangat komited bagi ilmu kepada anak murid. Mana tidaknya, cikgu-cikgu yang tak familiar guna online sekarang sudah tahu, cikgu struggle untuk belajar, buat kelas online semata-mata nak bagi anak didik tidak tercicir.
Bukan sahaja para guru sahaja yang struggle nak mengajar anak-anak, mak ayah pun dah boleh kategori sebagai guru sandaran kepada anak-anak. Mak ayah jugalah yang struggle pasangkan light ring, setup komputer, makesure cikgu nampak muka anaknya. Aku scroll juga facebook, tengok keletah mak ayah melayan anak-anak mengadap kelas online. Kalau dulu, guru sandaran kita jumpa di sekolah sahaja, segak-segak orangnya dan comel berlaka. Sekarang, bila mak ayah sendiri jadi guru sandaran di rumah, siaplah anaknya. Bila terang sekali anak tak dapat, mak ayah mulalah nak menyinga. Dia ingat, sekali ajar terus pandai. Ibarat telan pil pandai, esok dah boleh jawab exam tak perlu dehh baca buku semua. Payah lagu gini nohh...
Apa-apa pun Selamat Haru Guru buat guru-guru yang mengajar aku dari sekolah rendah sehinggalah peringkat universiti. Terima kasih segalah ilmu yang dicurahkan selama ini.
Selamat Hari Guru!
Thank you for reading!
Happy teachers day
ReplyDeleteSelamat hari guru untuk semua guru guru di Malaysia! :)
ReplyDelete