Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2021 #TeamBerayadiSelangor - Azwar Syuhada

Friday, 14 May 2021

Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2021 #TeamBerayadiSelangor

 Salam to all reader,


Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2021 #TeamBerayadiSelangor | Ikutkan tahun ini tahun ke-2 kita beraya dalam musim PKP. Kesian tengok frontliner yang bertungkus lumus membantu kes Covic-19. Mostly yang kerja bidang perubatan, cuti dorang siap kena beku lagi tau demi menjalankan amanah. Kes pula saban hari semakin meningkat, rakyat marhaen dah penat melayan kerenah kerajaan yang ada. Bila buat SOP pula semua kena patuh tiada isu berat sebelah kononnya. Tapi, ada juga golongan yang mementingkan diri sendiri dah dapat kebenaran rentas negeri tanpa segan silu tunjuk pada semua akulah paling hebat dapat rentas pergi honeymoon. Tak kisahlah kau artis ke, instafamous pun kau tetap rakyat. Disebabkan kau hado duit semua benda jalan. Yang miskin semakin ditindas, yang kaya disanjung tinggi.


Orang lain punya payahlah nak rentas, sampai bapak dia nak ditanam pun tak boleh balik. Kau rasa? Adil ke tidak? Manalah rakyat tak marah. So, aku malas nak kupas berkenaan ini. Tahun ini aku beraya di Selangor. Mujur aku sempat balik awal bulan 5 haritu. Tup-tup PKP pula, kebetulan aku kena kerja dari rumah 2 bulan ini. Alhamdulillah, dapat tolong mak apa yang patut. Adik aku dari IKBN Pahang pun dibenarkan balik minggu lepas. Dapatlah beraya sekali tahun ini, cuma tahun ini buat sekian kali kita semua tak dapat ziarah sanak saudara. Moksu aku tak dapat balik, so aku kena menolong mak aku isi beras dalam daun ketupat. Hopefully tak kejunglah jawabnya.


Aku dalam pada taknak beli taknak beli baju raya dekat 4 pasang jugalah baju raya tahun ini tersedia. Bolehlah buat content tiktok nanti. Rutin aku sepanjang tahun bila raya bakal tiba sama sahaja, tapi tahun ini ada extra kena cuci karpet yang ada dalam rumah. Dah lama tak cuci, cuci langsir, pasang langsir, sapu sampah halaman rumah, sapu sawang-sawang, tukar cadar, vacuum ruang tamu. Itu je yang mampu aku buat, bab memasak setakat tengok kacau-kacau bolehlah.


Ada improvement tahun ini aku berjaya anyam ketupat, setelah kena herdik dengan mak aku. Keluarga aku kalau mengajar orang macam nak bergaduh. Lama juga nak hafal step untuk anyam ini, tak jadi buka balik sampai jadi. Bahagian ending dia tu aku tak berapa catch up lagi. Normally, kiteorang anyam ketupat 2 hari sebelum raya, petang sebelum raya dah siap-siap masukkan beras dalam daun ketupat. Rumah aku lebih prefer makan ketupat pagi raya, rendang, kuah lodeh, kari ayam berbanding makan kuih raya. Kuih raya tu adalah untuk makan begitu sahajalah. Bukan jenis hadam sambil tengok tv.

Berjaya Anyam Ketupat

Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2021 #TeamBerayadiSelangor

Buat pertama kali dalam sejarah aku baru berjaya menganyam ketupat. Walhal tahun-tahun sebelum ini jadi tukang terik ketupat sahaja. Mungkin berkat kena pekikkan mak aku tu yang berjaya buat. Bercerita berkenaan hidangan pagi raya, kebanyakan pagi raya berbeza buat setiap negeri. Makcik aku pernah bagitau, kalau orang belah utara biasanya mereka lebih suka buat ketupat palas (pulut isi dalamnya) makan pula dengan rendang. Manakala, orang pantai timur rata-rata makan ketupat daun palas juga tapi dia punya lemak manis (tidak perlu cicah dengan apa-aparendang pun). Makan begitu sahaja ketupatnya. Aku sendiri pernah makan, roomate aku bawa, memang manis.


Gosok Baju Raya



Malam raya baru start gosok baju, had ini belum gosok lagi ada 1 set baju aku tak berbasuh. Baju nak digosok bukan baju aku sorang, baju mak dan adik aku juga aku kena gosok. PKP PKP gak, raya still kena ONN. Guys follow la tiktok aku, aku pun tengah rajin buat content dekat sana. Aku jadi pandai pula tengok content dalam tiktok. Banyak benda boleh explore.


Isi Duit Dalam Sampul

Even tak ada orang datang ke rumah, sediakan jugalah untuk anak buah, adik, mak, saudara terdekat aku. So, tahun ini siapa tak jumpa aku boleh cuba tahun hadapan k? Siapa dah kerja tu, tak dapat dahlah. Dulu aku dapat collect duit raya sampai habis zaman mengaji dekat universiti. Seronok gila rasa, la ni budak-budak semua terkurung tak dapat beraya. Jangan risau mak pak korang boleh transfer guna DuitNow. Kan lebih mudah zaman teknologi sekarang ini.


Main Bunga Api

Memandangkan tahun ini buat sekian kalinya kena beraya terkurung dalam rumah sahaja kiteorang pun meriahkan suasana hari raya dengan main bunga api sesama keluarga sendiri. Pakcik aku duduk belakang rumah pun datang ke depan tengok bunga api, adik aku beli dekat kawan dia, dapatlah saksikan warna warni bunga api. Tapi tulah, bunyinya menakutkan. Pung pang pung pang, sambung menyambung, bukan rumah kita je meletup-letup, selang 2 3 rumah pun main gak. Sambung menyambung dari rumah ke rumah gitu. Setan terkurung 30 hari je, kita semua berkurung berhari-hari. 



Nantikan cerita Hari Raya Aidilfitri di rumah pula lepas ni. Selamat Hari Raya geng! Sebelum terlupa jom sama-sama berdoa untuk rakyat Palestin yang sekarang sedang berperang dengan Zionis. 


#Koyak

Thank you for reading!



No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!